Sunday 19 January 2014

Contoh soalan KBKK spm

SPM 2005
1. Berikan pendapat anda tentang kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara. (4m)
2. Apakah sikap perjuangan pemimpin tempatan tersebut yang boleh dijadikan iktibar? (2m)

SPM 2006
1. Bagaimanakah anda boleh merealisasikan kejayaan k-ekonomi? (3m)
2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang akan berlaku
        sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? (8m)
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara
       dapat mengelakkan berlakunya peperangan? (6m)

SPM 2007
1. Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini
       daripada masyarakat kerajaan maritim. (3m)
2. Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah
       anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda?                (3m)
3. Slogan “ Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda
        atas alasan untuk memimpin masyarakat Timur ke arah kesejahteraan.
Adakah anda bersetuju dengan alasan tersebut? Berikan pandangan anda. (3m)
4. Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia memberi
         kebaikan kepada rakyat negara kita sehingga kini.
5. Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan di atas. (2m)

SPM 2008
1. Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang
      mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan
       yang akan anda amalkan? (2m)
2. Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan
        demokrasi kepada sesebuah negara?       (2m)
3. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah
        demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.      (3m)
4. Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawab
         sebagai badan pengaman dunia?       (2m)
5. Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang
      menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia?      (8m)
6. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia
          kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang?    (6m)
7. Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah
        menghalang pembentukan masyarakat bermoral? (6m)
8. Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya
          mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan
           kedaulatan negara.  (4m)
9. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar
         Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan mereka terhadap
          perusahaan perlombongan bijih timah?
                                        (8m)
10. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu
        untuk memastikan mereka terus menguasai perusahaan perlombongan
          bijih timah pada masa itu? (8m)
11. Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara. (4m)

SPM 2009

1. Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang
        dalam kehidupan manusia? (2m)
2. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh
         daripada Zaman Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia? (2m)
3. Andaikan anda seorang pengerusi persatuan sejarah di sekolah.
Cadangkan dua aktiviti persatuan yang boleh memperkukuh semangat
     nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan warga sekolah anda.         (2m)
4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan
        perlembagaan kepada negara kita? (3m)
5. Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan agraria
       dan maritim, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk
        mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia. (4m)
6. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan
       Turki Uthmaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. (5m)
7. Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni
       perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.
(i) Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu
         dihayati dan diamalkan?      (4m)
(ii) Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan
        pengamalan semangat tersebut oleh warga Malaysia. (4m)


No comments:

Post a Comment