Friday 24 January 2014

Latihan Topikal Tingkatan 4 (standard minima)


Bahagian A


  •  Syed Naquib al-Attas    
  • Richard Sullivan                 

1      Kedua-dua tokoh di atas memberikan pengertian tentang makna tamadun. Apakah persamaan makna tamadun yang diberikan oleh tokoh di atas?
         A      Tamadun sebagai kehidupan bandar
         B      Tamadun sebagai pembangunan lahiriah
         C      Tamadun sebagai pembangunan lahiriah dan rohaniah
         D      Tamadun sebagai pencapaian tatasusila yang tinggi


  • Tamadun Indus- Muncul pada 2500 SM  dan Runtuh 1800 SM

                
2       Apakah yang menyebabkan keruntuhan tamadun di atas?
         I        Bencana alam
         II      Serangan orang Aryan
         III     Serangan orang Mongol
         IV     Tidak mendapat mandat
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV



3       Antara bandar yang berikut, yang manakah dapat dijadikan sebagai petunjuk utama
         jika ingin menghasilkan bandar yang terancang?
         I        Lothal
         II      Sutkagen Dor
         III     Mohanjo-Daro
         IV     Harrapa
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


  • Sumber arkeologi Masyarakat Indus
  • Penemuan cap mohor di Mesopotamia

             
4       Apakah yang dapat dibukti berdasarkan rajah di atas?
         A      Peluasan kuasa
         B      Hubungan diplomatik
         C      Hubungan perdagangan
         D      Pembayaran ufti


5       Cap Mohor buatan masyarakat Indus banyak ditemui di Mesopotamia. Cap Mohor tersebut dikaitkan dengan
         I      pengenalan diri
         II     kebesaran diraja
         III   amalan agama
         IV   kumpulan pedagang
         A     I dan II
         B     II dan III
         C     III dan IV
         D     I dan IV


  • Tamadun  Indus  - Perancangan bandar

           
6       Antara yang berikut, yang manakah merupakan ilmu yang diperlukan untuk merancang pembinaan bandar seperti di atas?
         I        Geografi
         II      Geometri
         III     Kesenian
         IV     Sains
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


  •                 Lembah Hwang Ho - Tapak Banpo

7       Tapak di atas adalah tapak
         A      petempatan awal penduduk
         B      perkuburan Shih Huang Ti
         C      pusat pemerintahan dinasti
         D      penemuan tengkorak Peking Man

  •  Dinasti Shang -Penggunaan teknologi gangsa

             
8       Apakah kelebihan penguasaan teknologi di atas terhadap golongan pembesar masyarakat Hwang-Ho?
         A      Menghasilkan senjata
         B      Menunjukkan kekayaan
         C      Mencipta kereta kuda
         D      Menundukkan golongan bawahan


  •      Pembentukkan sistem pemerintahan - pengiktirafan kepada pemerintah

9       Apakah yang digunakan oleh pemerintah di atas untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemerintah?
         I        Memiliki tanah yang luas
         II      Menggunakan unsur magis
         III     Mendakwa sebagai wakil Tuhan
         IV     Menganggap sebagai raja di gunung
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV

  •  Hasil inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam  pertanian

             
10     Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan penyataan di atas?
         I        Penciptaan peralatan cangkul
         II      Pemilihan petempatan kekal
         III     Mewujudkan pengkhususan pekerjaan
         IV     Penggunaan teknologi pengairan
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


11     Mengapakah pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting kepada masyarakat tamadun awal?
         A      Kestabilan politik
         B      Peningkatan inovasi
         C      Peningkatan produktiviti
         D      Perkembangan ekonomi


  • Hieroglif
  • Cuneiform
  • Ideogram


12     Rajah di atas menunjukkan sistem tulisan masyarakat tamadun awal.
Apakah tujuan tulisan di atas dicipta?
         I        Penyimpanan rekod pentadbiran
         II      Penulisan Undang-Undang
         III     Memudahkan urusan masyarakat
         IV     Menyebarkan ilmu pengetahuan
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


13     Mengapakah manusia memilih sungai sebagai lokasi petempatan kekal?
         I        Kemudahan pengangkutan
         II      Kesuburan tanah di sekitar sungai
         III     Memudahkan urusan harian
         IV     Mempercayai sungai anugerah Tuhan
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


  •                 Kerajaan Assyria memberikan perhatian khusus kepada ilmu perubatan

14     Antara yang berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan penyataan di atas?
         A      Mementingkan kesihatan anggota tenteranya
         B      Mengawetkan mayat raja-rajanya
         C      Menubuhkan pusat perubatan di istana
         D      Mewujudkan jawatan ketua perubatan


15     Antara tokoh yang berikut, tokoh manakah harus dijadikan contoh, sekiranya anda ingin membuat kajian tentang kepentingan memelihara warisan khazanah bangsa?
         A      Hammurabi
         B      Raja Sargon
         C      Raja Naramsin
         D      Ashurbanipal


  •              Firaun Hatshepsut-Pengiktirafan  wanita sebagai pemerintah -Mesir Purba

16     Antara yang berikut, yang manakah dikaitkan dengan penyataan di atas?
         I        Pembinaan terusan
         II      Membina piramid yang besar
         III     Menggelarkan dirinya sebagai Tuhan
         IV     padang pasir menjadi kawasan pertanian
         A      I dan II
         B      II dan III
         C      III dan IV
         D      I dan IV


  •  Memperkenalkan teknik pembangunan batu-bata
  • Seorang ahli saintis,ahli  fizik dan arkitek

17     Siapakah tokoh yang dimaksudkan dalam penyataan di atas?
         A      Imhotep
         B      Djoser
         C      Senuusret III

         D      Raja Menes

No comments:

Post a Comment