Sunday 15 September 2013

Modul SPM Kelantan

1.         a)         Namakan binaan yang dihasilkan oleh tamadun di atas.

TAMADUN YUNANI

F1     Acropolis
F2     Parthenon
F3     Pantheon

TAMADUN ROM
F4    Colloseum
F5 Aqueduct

TAMADUN INDIA
F6     Great Bath

TAMADUN CHINA
F7        Tembok Besar China

 (b)      Senaraikan sumbangan tamadun China dalam aspek pendidikan.

F1        Pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
F2         peringkat pendidikan/rendah/menengah/tinggi
F3        peringkat rendah mengenal/ menghafal tulisan Ideogram
F4        dan 9 buah buku suci tanpa faham maknanya
             F5         peringkat menengah, tumpuan terhadap karangan dan sastera
F6         peringkat tinggi, tumpuan untuk terjemah buku suci
F7        Peperiksaan awam mempunyai 3 tahap
F8        tahap pertama/Hsiu Tai
F9        tahap kedua/Chun Jen
F10      tahap ketiga/Chin shih
F11      tahap pertama setaraf Ijazah pertama
F12      tahap kedua setaraf Sarjana
F13      tahap ketiga setaraf doktor falsafah
F14      peperiksaan tahap pertama di daerah
F15      peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
F16      peperiksaan tahap ketiga di ibu kota empayar/istana/hadapan Maharaja
F17       lulus tahap pertama menjadi pegawai kerajaan
F18      lulus tahap ketiga menjadi pendidik
F19      tahap pertama diadakan 2 kali dalam masa 3 tahun
F20     tahap kedua dan ketiga diadakan 1 kali dalam masa 3 tahun
F21      sistem peperiksaan awam China dalah yang tertua













( c)       Nyatakan ciri-ciri pendidikan tamadun India
Pendidikan India

F1        Pendidikan bermula pada zaman vedik
F2        agama Hindu sebagai teras
F3        didominasi oleh kaum lelaki
F4        kaum wanita tidak berpeluang terima pendidikan
F5        pembelajaran kitab-kitab Veda
F6        bahasa sanskrit sebagai medium pengajaran
F7        kaedah hafalan
F8        menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
F9        nilai-nilai murni dalam agama
F10      Pendidikan Tinggi
F11      kolej Brahman
F12      Universiti Nalanda
F13      mencapai taraf Brahmin
F14      hafal buku agama
            F15     yang mengandungi    ritual/mantera/lagu-lagu agama
F16    pelajari karya saintifik/ falsafah
F17    meningkatkan ilmu sains
F18     mengatasi buta huruf
F19     mendapatkan jawatan

(d)       Berikan cadangan anda bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara kita bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan
F1       Kajian semula sistem pendidikan kebangsaan
F2       Semakan kurikulum/kurikulum yang memenuhi pasaran kerja
F3       Memperkasa Sekolah Bestari
F4      Memperbanyak Sekolah Wawasan
F5      Memperkasa sekolah sukan/Sekolah Sukan Bukit Jalil/
           Sekolah Sukan Bandar Penawar
F6      Sekolah Amanah
F7       Penekanan aspek mental dan fizikal
F8       Penguasaan ICT/komputer/internet
F9      Pemantapan KSSR
F10     Dasar MBMMBI
F11     Pemantapan program LINUS
F12     Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia
F13    Sekolah permata
F14    Memperbanyak sekolah Seni
F15     Kelengkapan prasarana ICT
F16     Prasarana dalam bilik darjah yang lengkap/kelas kondusif
F17    Memperbanyak institusi pengajian tinggi
F18    Sistem sekolah satu sesi
F19    Sistem persekolahan percuma
F20    Nisbah murid dalam kelas yang kecil
F21    Skim makanan percuma untuk pelajar
F22    Kupon tuisyen yang menyeluruh untuk para pelajar
F23    Kemudahan untuk menyediakan bahan P&P yang lengkap
F24   Peningkatan profesion perguruan yang berterusan
(Mana-mana jawapan munasabah)

(e)         Pada pendapat anda ,bagaimanakah melahirkan masyarakat yang maju dan saintifik selaras dengan cabaran Wawasan 2020
F1        Literasi ICT/internet/komputer
F2        Latihan pemasangan peralatan ICT di sekolah
F3        Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
F4        Berfikiran progresif/maju ke depan
F5        Berfikir secara kritis dan kreatif/KBKK
F6        Menyerap segala perubahan persekitarannya
F7        Menguasai ilmu sains dan teknologi
F8        Mengekalkan budaya ilmu
F9        Inovatif
F10      Pertukaran teknologi dengan negara-negara luar
F11      Mahir menggunakan gajet-gajet terkini
F12      Futuristik
F13      Memudahkan urusan mempaten hak cipta
F14      Institusi pendidikan berfokus kemahiran
F15      Penyelidikan dan Pembangunan/R&D
F16      Kempen hari inovasi negara
F17      Sokongan daripada syarikat swasta
F18      Bandar pintar/Putrajaya/cyberjaya/KLCC
F19      Pertandingan reka cipta /robotik

(Mana-mana jawapan munasabah)

2.
( a )      Namakan dua suku Arab Madinah yang terlibat dalam perjanjian tersebut.
F1        Aus
F2        Khazraj

b)                                                        Isi Perjanjian Aqabah Pertama
F1        Beriman kepada Allah dan Rasul
F2        Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad saw.
F3        Meninggalkan amalan Jahiliah
                                                           
            Isi Perjanjian Aqabah Kedua
F4        Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
F5        Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad   s.a.w
F6        Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah
F7        Orang Madinah menyediakan tempat tinggal
F8        Jaminan keselamatan untuk baginda dan umat Islam
F9        Kesediaan mempertahankan Islam               
                                                                    Mana-mana 2 x 1 m

( c )      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua ?

F1        Islam tersebar ke Madinah
F2        Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah
F3        Madinah menjadi tapak penyebaran Islam
F4        Keselamatan orang Islam Makkah terjamin semasa berada di Makkah
                                                                                                            Mana-mana 3 x 1 m










( d )     Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad S.A.W memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M.

F1        Prihatin
F2        Kesabaran
F3        Kerjasama atau permuafakatan
F4        Toleransi
F5        Bertanggungjawab
F6        Perpaduan
                                                            Mana-mana 3 x 1 m





3a        Maksud Imperialisme

F1        Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
F2        Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu/ekonomi


b           Ciri Birokrasi Barat
F1        Penubuhan kerajaan pusat/penyatuan wilayah
F2        Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi ketua pentadbir tanah jajahan
             F3        Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan  
                         pengawasan pegawai Barat/Pusat pentadbiran daerah
F4        Perlaksanaan pentadbiran melalui biro
F5        Penubuhan jabatan kerajaan/jabatan pelajaran/pertanian
F6        Penubuhan Dewan Tempatan
F7        Pengenalan undang-undang Barat
F8        Pegawai Barat sebagai  Ketua biro
F9        Pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat/residen dari Barat

C         Kesan Birokrasi Barat

F1        Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2        Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3        Raja kehilangan kuasa
F4        Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama di Burma
F5        Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6        Memperkenalkan undang-undang Barat
F7        Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8        Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9        Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10      Memaksa raja menerima penasihat Barat
F11      Pembesar kehilangan kuasa/diambil alih oleh residen/penasihat
F12      Kedudukan agama Islam terancam
F13      Pembinaan balai polis
F14      Kemunculan gerakan nasionalisme

d          Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?

F1        Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2        Menguasai pentadbiran
F3        Memudahkan perluasan pengaruh
F4        Mengekalkan kuasa politik
F5        Mendapatkan cukai
F6        Menyebarkan agama Kristian
F7        Meluaskan jajahan takluk
F8        Menyebarkan budaya Barat
F9        Menguasai jabatan kerajaan
F10                  Menghapuskan kuasa raja dan pembesar
            (Mana-mana yang munasabah)


e    Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia

F1        Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
F2        Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
F3        Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
F4        Bersatu-padu
F5        Patuh akan undang-undang/peraturan
F6        Menghormati lambang/simbol negara
F7        Patuh akan perlembagaan negara
                         (mana-mana munasabah)

4a        Namakan  tokoh  yang terlibat dalam suruhanjaya tersebut
F1        Lord Reid
F2        Sir Ivor Jenning
F3        Sir William Mc Kell
F4        Tuan B. Malik
F5        Tuan Abdul Hamid

b          Peranan Suruhanjaya Reid

F1        Bincang perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2        Susun perlembagaan PTM 1957
F3        Rangka perlembagan PTM 1957
F4        Mengkaji isu-isu
F5        Menerima memorendum daripada pelbagai pihak
F6        Menerbitkan cadangan perlembagaan
F7        Menghantar cadangan kepada Parlimen British
            F8        Menghantar cadangan ke Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan untuk disahkan

c          Nyatakan dua isu yang menjadi panduan suruhanjaya ini dalam menjalankan tugasnya.                                                                                                                     
F1         Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
F2         Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
F3        Kedudukan raja-raja Melayu
F4        Hak istimewa orang Melayu
F5        Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

d          Mengambil kira kepentingan semua rakyat
F1        Raja-raja Melayu menerima kerakyatan jus soli
F2        Orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan
F3        Dasar melindungi orang Melayu dan bumiputera dalam pendidikan dan sebagainya
F4        Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
F5        Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
                        ( mana-mana jawapan yang munasabah)

e          Cabaran anggota Suruhanjaya Reid
F1        Orang Melayu menolak kerakyatan Jus Soli
F2        Kedudukan Agama Islam
F3        Kedudukan Bahasa Melayu
F4        Persetjuan pertubuhan politik
F5        Perpaduan kaum di Tanah Melayu
( mana-mana jawapan yang munasabah)


5.         Tamadun Hwang Ho menjadi salah sebuah tamadun awal dunia kerana corak pemerintahannya yang bersistematik.

   (a)     Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho.                              
   [6 markah]                                                                                                      
F1        Sistem pemerintahan beraja /monarki
F2        Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
F3        Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama
F4        Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
F5        Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
F6        Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
F7        Raja Shang keturunan pemerintah agama.
F8        Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan
F9        Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim
F10      Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
F11      Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran
F12      Bertanggungjawab mentadbir wilayah
F13      Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
F14      Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang


Pentadbiran wilayah
F15      Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
F16      Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah
F17      Raja Chou dibantu oleh ketua menteri
             F18      Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama
                        /kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang
F19      Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia
F20      Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou
F21      Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang/Melindungi raja/
Memberi bantuan tentera semasa perang
F22      Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan
F23      Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti
F24      Bermula dengan Dinasti Hsia ,Dinasti Shang dan Dinasti Chou






(b)  Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi dan sosial.                                                                                                                                                                                [10 markah]
EKONOMI
F1        Pembangunan pertanian
H1a     Pembinaan sistem pengairan
H1b     Pembinaan terusan
H1c     Mengairi kawasan pertanian
H1d     Mengelakkan berlakunya banjir

F2        Teknologi pertanian
H2a     Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul/Sabit
H3b     Menggunakan batas untuk penanaman
H3c     Penggunaan alat pertanian  diperbuat daripada besi

SOSIAL
F3        Sistem tulisan
H3a     Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
H3b     Penggunaan secara meluas
H3c     Dalam bidang penulisan dan percetakan
H3d     Diajar di sekolah-sekolah di China
H3e     Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

F4        Sistem kepercayaan
H4a     Pemujaan roh nenek moyang
H4b     Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa
H4c     Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan
H4d     Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang
H4e     Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi
H4f      Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

F5        Sistem Kalendar
H5a     Terdapat 30 hari dalam sebulan
H5b     360 hari dalam setahun
H5c     Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
H5d     Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian
F6        Falsafah Perang Sun Tzu
H6a     Karyanya the Art of War
H6b     Membicarakan selok belok perang
H6c     Bagaimana menangani musuh
H6d     Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari ini
                                                        
C         Berdasarkan   kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini.
F1        Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian
F2        Memajukan tanah-tanah  terbiar untuk tujuan pertanian
F3        Menggunakan bijih benih yang berkualiti
F4        Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden
F5        Penggunaan baja yang bersesuaian
F6        Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas
F7        Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
F8        Menggunakan teknik penanaman yang betul
F9        Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian
F10      Menjadikan produk pertanian barangan komersial
F11      Pertanian adalah perniagaan
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 4 x 1 m


      6      (a)       Nyatakan enam sebab Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15.                           
    [6 markah]


F1        Kedudukan Melaka yang sangat strategik
F2        Kehadiran ramai pedagang asing
F3        Melaka menjadi pusat perdagangan rempah
F4        Pentadbiran yang licin dan teratur
F5        Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
F6        Mewujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan
F7        Syahbandar bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan
F8        Undang-Undang Laut Melaka digubal dan menjadi Landasan untuk dipatuhi.
F9        Sistem sukatan dan timbangan telah diperkenalkan.
F10      Perdagangan dilakukan melalui kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli



(b)       Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan perdagangan dan urusan jual beli.
           
Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu  sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.                                                                                                   [8 markah]

F1        Mata wang timah digunakan di Melaka
H1a    berbentuk bulat
H1b    beratnya satu kati lapan tahil
H1c    nama sultan dan tarikh Islam tertera pada mata wang

F2        Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay boleh digunakan di Melaka
F3        Mata wang timah digunakan di Johor
H3a     dikenali sebagai wang katun
H3b     berbentuk bulat atau segi enam
H3c     tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai tulisan Arab
F4        Negeri Kedah menggunakan mata wang timah
H4a     berbentuk ayam jantan hinggap di atas cincin
H4b     boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

F5        mata wang emas juga digunakan di Kedah , Johor dan Kelantan
H5a     Wang emas Johor digunakan sejak zaman Sultan Alauddin Riayat Shah – 1527
H5b     wang emas Johor dikenali sebagai kupang

(c)        Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan di Melaka.
                                                                                                               [6 markah]

F1        Pedagang dikenakan cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan
F2        Cukai tetap/import ditetapkan oleh pemerintah
F3        Pedagang dari India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai enam peratus daripada nilai barangan
F4        Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
F5        Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
F6        Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F7        Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
F8        Orang asing lain dikenakan cukai enam peratus
F9        Amalan riba tidak dibenarkan
F10      Golongan ceti yang memberi pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka

F11      Golongan kaya disaran membayar zakat harta

No comments:

Post a Comment