Tuesday 24 September 2013

Buletin Sejarah KPM dan KBKK


http://www.moe.gov.my/bbt/download/BULETIN%20SEJARAH%20EDISI%2012013.pdf


KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG  
-    Menjamin kedaulatan sesebuah negara
-    Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
-    Menjaga hak asasi rakyat
-    Melaksanakan hukuman yang adil
-    Menjalankan pentadbiran mengikut protokol
-    Membentuk sIstem pentadbiran kemas dan
   teratur
-    Memastikan rakyat berdisplin
-    Memastikan rakyat hidup bersatupadu
-    Membentuk hidup bertoleransi dalam
   masyarakat berbilang kaum
-    Memupuk sikap saling hormat menghormati
-    Menjamin keamanan negara
-    Menjamin kemakmuran negara
-    Menjamin keselamatan negara
-    (Mana-mana jawapan yang munasabah)


 
IKTIBAR DARIPADA PERJANJIAN
o        Toleransi antara kaum
o        Kebijaksanaan dalam kepimpinan
o        Mengutamakan keamanan
o        Permuafakatan
o        Kesungguhan dalam perjuangan
o        Menepati janji
o        Bijak mengatur strategi
o        Amalan bersaudara
o        Memberi bantuan kepada yang memerlukan
o        Berakhlak mulia
o        Tidak mudah berputus asa
o        Memohon pertolongan Allah
o        Mana-mana jawapan yang munasabah



KEBAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI

-    Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk
   kerajaan
-    Rakyat boleh bersuara / kemukakan pandangan
-    Pemimpin tidak berkuasa mutlak
-    Menjamin hak asasi rakyat
-    Tidak kejam
-    Kedaulatan di tangan rakyat
-    Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan
   raya
-    Menjamin kerajaan yang adil / stabil
-    Memastikan keamanan
-    Terima mana-mana jawapan munasabah


PERANAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN  DAN KEHARMONIAN NEGARA TERUS BERKEKALAN                          

-    Mengamalkan akhlak yang mulia
-    Saling bertolak ansur
-    Menunjukkan teladan yang baik
-    Mengutamakan kesabaran
-    Memiliki kebijaksanaan
-    Mengutamakan perpaduan
-    Mengadakan perundingan
-    Mengadakan perjanjian damai
-    Berbincang secara harmoni / lembut
-    Menggunakan diplomasi
-    Menunjukkan sikap persefahaman
-    Tidak mudah menyerah kalah
-    Menanam sikap perjuangan
-    Cekal menempuh rintangan/ halangan
-    Melantik orang tengah yang berkecuali
-    Mengamalkan sikap berkecuali
-    Mematuhi Piagam PBB
-    Merealisasikan Gagasan ‘Satu Malaysia’
-   Mana-mana jawapan munasabah


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI PUSAT
KECEMERLANGAN ILMU DI PERSADA DUNIA

-    Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
-    Memajukan bidang penyelidikan dan
   pembangunan (R&D)
-    Menaiktaraf universiti di negara ini
-    Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
-    Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian
   tinggi
-    Menggalakkan program pertukaran pelajar
-    Memajukan program penterjemahan
-    Memajukan program penulisan karya-karya
   buku baru
-    Menganjurkan program pendidikan
   antarabangsa
-    Mencapai kualiti pendidikan setanding negara
   maju
-    Menganjurkan banyak seminar/konvensyen
   berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
-    Memajukan prasarana pendidikan bertaraf
   dunia
-    Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara
   bangsa menuntut di IPT negara
-    Melahirkan ramai tokoh
   pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai   
   bidang ilmu 
-    (Mana-mana jawapan munasabah)


KEPENTINGAN  PENDIDIKAN

-    Meningkatkan ilmu pengetahuan
-    Menaikkan imej negara
-    Melahirkan masyarakat berilmu
-    Memajukan negara
-    Meningkatkan ekonomi negara
-    Membina modal insan cemerlang
-    Melatih pemimpin masa depan
-    Membina ilmu daripada pelbagai sumber
-    Mengadun budaya positif dari tamadun lain
-    Menjana transformasi negara
-    Melahirkan ilmuan / intelektual


KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK  DENGAN  NEGARA
LUAR
           
-    Mengekalkan kestabilan politik / negara
   /serantau/dunia
-    Meningkatkan kerjasama/kemajuan/ekonomi
-    Meningkatkan kemajuan sains / teknologi
-    Memastikan kemajuan negara berterusan
-    Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing
-    Memajukan bidang perindustrian/peladangan
    negara
-    Meluaskan pasaran eksport keluaran negara
-    Mendapat pertukaran teknologi
-    Membantu mengekalkan keamanan dunia
   sejagat
-    Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis
   antara negara-negara
-    Mengekalkan persefahaman
-    Meneruskan hubungan diplomatik
-    Membina semangat setiakawan
-    Membuka peluang pekerjaan
-    Membantu meningkatkan prasarana
-    Menjalin kerjasama dalam bidang
    perubatan/kesihatan
-   (Mana-mana jawapan yang
    munasabah)                              


KEPENTINGAN MENGEKALKAN BANGUNAN
BERSEJARAH

-    Untuk dijadikan warisan generasi akan datang.
-    Memelihara monumen
-    Menubuhkan agensi yang mengurus monumen
-    Mewartakan sebagai khazanah negara
-    Mewartakan sebagai tapak warisan dunia
-    Menggubal undang-undang khazanah negara
-    Kempen melindungi monumen
-    (Mana-mana jawapan  yang  munasabah)


AKTIVITI YANG BOLEH MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

-    Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
-    Menghormati lambang-lambang kebesaran
-    Menghayati Rukun Negara
-    Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
-    Lawatan ke muzium diraja
-    Mencari maklumat berkaitan melalui internet
-    Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
-    Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
-    Meraikan hari keputeraan sultan
-    Kembara Tengku Mahkota dibukukan
-    (Mana-mana jawapan munasabah)

1 comment:

  1. Anaknda pelajar yang dikasihi...Soalan Kbkk perlu dimahirkan agar anda dapat skor Sejarah A atau A+ .Apa yang penting pengetahuan sejarah dan ulangkaji berterusan perlu ada.

    ReplyDelete