Sunday 22 September 2013

Contoh Jawapan kerja Berkumpulan Sejarah Ting 4

5) Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di tanah melayu              dari tahun 1859 hingga tahun 1948 (255-258)
          Peranan institusi kewangan  dalam perkembangan ekonomi di tanah melayu dari tahun 1859 hingga tahun 1948 ialah melicinkan urusan perdagangan seperti pada zaman pemerintahan sultan Muzaffar Shah yang menggunakan mata wang emas , perak dan timah .
          Selain itu , kerajaan British telah menubuhkan sebuah pesuruh jaya yang dikenali sebagai Lembaga  Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi negeri-negeri selat  di bawah Ordinan XIII yang menyebabkan wang kerajaan melayu semakin pupus .
         Seterusnya, institusi kewangan dapat mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan dengan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur .Sistem pinjaman yang telah diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan industri getah dan bijih timah .
         Selanjutnya, penubuhan bank telah memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan kadar faedah yang tinggi .Contohnya , dana dari luar negara dapat disalurkan ke tanah melayu dengan lebih mudah dan cepat .
        Peranan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang .Insurans kebakaran pula penting kerana kebakaran sering berlaku sehingga mendatangkan masalah .
        Tambahan lagi , undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskini oleh British pada 1917 dimana insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran .



LOVE CIKGU AIN 

2 comments:

  1. Harap anaknda jadikan iktibar dalam penulisan kata Nama Khas perlulah ditulis dengan baik dan teliti.
    Seperkara lagi, bab ini perlu banyak bahan dibaca dan dibuat latihan supaya anda faham dan ingat

    ReplyDelete
  2. next time letak warna putih boleh? warna merah sakit mata~ be a smart blogger please

    ReplyDelete