Tuesday 15 November 2016

SKEMA AKHIR TAHUN TING 4 STRUKTUR 2016

1.
(a) Teras undang-undang      ( 1 markah )
F1        Hukuman dan denda mesti setimpal dengan kesalahan
F2        Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan


(b)       Dua contoh kandungan Kod Undang –Undang Hammurabi (  2markah )
F1        Sekiranya seseorang bangsawan  mematahkan tulang seseorang bangsawan lain,
            Tulangnya akan dipatahkan
F2        Sekiranya seseorang bangswan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau        mematahkan tulangnya, bangsawan ini akan didenda satu wang perak

(c)  Kesan perlaksanaan Kod Undang-Undang Hammurabi terhadap Tamadun Mesopotamia
     ( 3 markah )
F1        Undang-undang ini berjaya mengelakkan permasalahan di kalangan masyarakat        pelbagai kaum
F2        dapat mewujudkan perpaduan
F3        mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat
F4        membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masapanjang

( d) Sistem perundangan masih relevan dengan situasi semasa kerana ..(4 markah )
F1        Perundangan negara dapat menjamin keharmonian masyarakat
F2        dapat membendung tingkahlaku masyarakat yang negatif
F3        dapat membentuk disiplin hidup bermasyarakat
F4        dapat mengukuhkan perpaduan kaum
F5        seterusnya melahirkan dan mengukuhkan organisasi masyarakat agar lebih utuh dan
            bertahan lama
PERJANJIAN AQABAH  (TEMA 8 =BAB 5)
2. (a) Dua kaum dari Madinah yang terllibat dalam Perjanjian ( 2 markah)
F1        Suku aus
F2        Suku Khazraj
(b)       Dua syarat Perjajian Aqabah Pertama ( 2 markah )
F1        Suku Aus dan khazraj hendaklah beriman kepada  Allah dan Rasul
F2`      Mereka juga berjanji akan membantu perjuangan Nabi mUhammad s.a.w
F3        Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti  mencuri,minum arak
(c)       Dua syarat Perjanjian Aqabah Kedua ( 2 markah)
F1        Suku aus dan Khazraj memeluk Islam (peluk)
F2        Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi mUhammad (setia)
F3        Jemput Nabi Muhammad dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah (Jemput)
F4        Mereka secara sukarela menyediakan tempat tinggal
H         Menjanjikan keselamatan  dan mempertahankan Islam
(d)       Kesan Perjanjian Aqabah Kedua ( 2 markah )
F1        Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam          pendorong utamaberlakunya hIjrah
F2        Sokongan dan bantuan orang arab Madinah kepada Orang Islam Makkah faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah


(e) Nilai daripada perjanjian tersebut ( 2 markah )
F1        Nilai kesetiaan iaitu setianya orang Islam kepada Nabi muhammad
F2        Nilai Kerjasama diantara suku Aus dan Khazraj membentuk sifat muafakat
F3        Nilai kasih sayang iaitu kesediaan orang arab Madinah membantu orang Islam
            Makkah yang berhijrah



KERAJAAN BANI ABBASIYAH(TEMA 8 BAB 6)
3. (a) Khalifah yang memerintah ketika itu ( 1 markah )
F1 Khalifah Harun al-Rasyid
F2 Khalifah Abdullah al-Makmun
F3

(b) Tahap kegiatan penulisan oleh ilmuan ( 3 markah )
F1 Terdapat tiga tahap
F2 Tahap satu mencatat segala idea/percakapan
F3 Tahap kedua mengumpul idea yag serupa/mengumpul hadis nabi Muhammad
F4 Tahap ketiga ialah memgarang
F5 Diatur dalam nbahagian/bab tertentu/
(c) Kepentingan penterjemahan pada hari ini ( 3 markah )KBAT
F1        Memperluaskan ilmu pengetahuan
F2        Dapat menguasai segala idea-idea baru
F3        Dapat membuat pembaharuan dalam penterjemahan
F4        Dapat membuat penambahbaikan
F5        membuat penyelidikan
F6        Mendorong penulisan buku-buku ilmiah
(d) Usaha yang dilakukan untuk menjadikanMalaysia pusat kecemerlangan ilmu?
       ( 3 markah)
F1        Menggalakkan kegiatan penterjemahan
F2        Menggalakkan kegiatan penulisan
F3        Menggalakkan kegiatan penyelidikan
F4        Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F5        Menganjurkan pelbagai seminar bertaraf antarabangsa
F6        Melahirkan tokoh pemikir /cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu
F7        Menaik taraf institusi pengajian tinggi
KESAN-KESAN DASAR EKONOMI (PEMBANDARAN –TEMA 9–BAB  10)
4 (a) Maksud pembandaran ( 1 markah )
F1        Perubahan daripada pekan kecil /kampung
F2        kepada sebuah bandar
F3        Hasil pertambahan fungsi kegiatan ekonomi

(b)       Faktor kemunculan bandar di Tanah Melayu  ( 3 markah )
F1        Perkembangan pesat ekonomi
F2        kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi
F3        kawasan pusat kegiatan ekonomi penjajah
F4        kawasan perushaan petroleum
F5        Kawasan tumpuan mendapatkan pekerjaan
F6        Pusat pengumpulan /pengeksport bandar

( c ) Kesan bandar banyak dihuni oleh masyarakat kaum Cina ialah ( 3 markah )
F1        Pemisahan penduduk mengikut petempatan
F2        Orang-Orang Melayu terus tinggal di kawasan pedalaman
F3        Hidup dalam keadaan mundur
F4        Tiada kemudahan asas/serba kekurangan
F5        Tidak dapat menikmati pembangunan
M         mana-mana jawapan munasabah


(d) Masalah  utamayang dihadapi penduduk bandar pada masa itu.... ( 3 markah)
F1        Penularan wabak demam malaria dalam kalangan buruh
F2        kemasukan ramai buruh asing menambah lagi jumlah penduduk
F3        Hal ini menyebabkan tempat tingal dantempat kerja mempunyai kepadatan
           yang tinggi
F4        Bekalan air bersih tidak mencukupi
F5        Hal ini menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak di kawasan bandar
F6        Antara penyakit berjangkit termasuklah malaria, taun,demam campak dan batuk kering
C         Mengorbankan sekitar 200 000 orang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

M         munasabah diterima

No comments:

Post a Comment