Wednesday 9 November 2016

PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL

PENGLIBATAN MALAYSIA

1.                 Membangkitkan isu-isu ekonomi
2.               Membantu membangunkan sosioekonomi negara anggota dan kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain
3.               Malaysia membangkitkan isu kemanusia terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Apaarteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum
4.               Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel
5.                Malaysia telah memberi maklumat kepada Sri Lankatentang cara penanaman benih pokok getah.
6.               Malaysia juga memberikan biasiswa kepada pelajar Britain,India,New Zealand dan lain-lain.
7.                Isu alam sekitar yang telah menarik pandangan negara dunia iaitu mengenai kemerosotan dan pencemaran alam sekitar.Ekoran itu,ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan bebraapa rancangan yang merangkumi:-
·                     Penubuhan tabung antarabangsa untuk memlihara alam sekitar
·                     Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan membangun
·                     Pengurangkan pencemaran laut
·                     Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

PERANAN MALAYSIA


·                     Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
·                     Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
·                     Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
·                     Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
·                     Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.
·                     Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain negara untuk belajar di negara kita.
FAEDAH MALAYSIA MENYERTAI KOMANWEL

·                     Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
·                     Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·                     Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·                     Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi perlombongan dan perladangan.
·                     Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.



KEPENTINGAN MALYSIA DALAM KOMANWEL

Pada peringkat awal kemerdekaan.Malaysia masih nergantung kepada British dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) yang ditandatangani pada oktober 1957.Malaysia mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan pengairan Sabah dan Serawak daripada pencerobohan Indonesia.Semasa darurat,Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara Komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis.Pada tahun 1950,Malaysia mendapat bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang teknologi. 

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL

1.                 Menganjurkan mersyuarat CHOGM 1989
2.               Mengistiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah pencemaran
3.               Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dassar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
4.               Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. 
SUKAN KOMANWEL

Sukan Komanwel adalah acara  pelbagai jenis sukan.Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel.Kehadiran Sukan Komanwel biasanya 5,000 atlet Commonwealth Games Federation(CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.

1. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario,Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepadaSukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

1.                  
2. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

 ACARA SUKAN contah;Angkat berat,Aquatik,Renang,Renang berirama.

1.           KESIMPULAN
1.                 Dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia, dari setiap benua dan dengan 1.6 billion pendududk, negara-negara Komanwel percaya bahawa mereka boleh menunjukkkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multinasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden. Badan ini berasaskan perunding, perbincangan dan kerjasama. Hubungan ini menggalakkan dan meluaskan kesefahaman antara negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan..


No comments:

Post a Comment