Thursday 6 September 2012

PERCUBAAN SEJARAH AKAN BERMULA ISNIN INI




Pesanan  buat anaknda  Ting 5

1. Bahan  yang cikgu uploadkan  merupakan koleksi Modul Percubaan SPM
    semasa  Seminar Kecemerlangan Sejarah
2. Buatlah  latihan   secara  kerap  tetapi berfokus  mengikut Tema   yang telah  cikgu
     beritahu awal dalam kelas
3. Kekerapan menjawab soalan kertas   1  akan membnatu menaikkan Gred anda
4. Biar belajar sedikit  tetapi belajar setiap hari
5.Jangan lupakan  SUBJEK  SEJARAH     kerana  Tanpa  SUBJEK SEJARAH ini
    tiadalah makna sebuah kehidupan
6. Good luck  untuk Percubaan SEJARAH SPM 2012  hari Isnin ini
7. Jangan cuai, jawab  biarlah menggunakan  ayat gramatis, fahami kehendak soalan
8. Lihat  peruntukkan  markah  yang diberi  dan  jaga tulisan
9. Arahan Esei  perlu dipatuhi jawab 3 Soalan bagi soalan struktur biar jawab lebih
10. Jangan  terlalu confident..... BAWALAH  NOTA  RINGKAS  sahaja  untuk elakkan
      fakta  bercampur aduk

Doa daripada  Cikgu  (Bonda  dan Cikgu Azril)

Ya  Allah..Lorongkanlah jalan yang mudah  untuk anak didikku di SMKDPB dari
 kelas  5 Anggerik, Angsana, Cempaka, Cemara, Dahlia,Kenanga dan Kekwa.
agar  dipermudahkan memahami soalan dan menjawab soalan. Berikanlah
hidayah dan Nur-mu. Sesungguhnya  bagi pihak Bonda  menghalalkan segala
curahan ilmu buat anaknda. 
 Salam afuan  dari cikgu Azril dan Bonda.... Moga A+ dalam genggamanMU
Love  U All.....Jazakallahu khairan katsira........

No comments:

Post a Comment