Saturday 4 February 2017

GERAK KERJA SEJARAH TINGKATAN 5 MINGGU 4 2017

GERAK KERJA MINGGU KE -5 (TINGKATAN 5 -)

TEMA :  10.2 B) Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

Objektif : memahami perkembangan gerakan nasionalisme sehingga PD2
Kriteria Kejayaan :

  1. Menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme
  2. Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah
  3. Menyatakan maksud dan matlamat Gerakan Islah
  4. Menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang gerakan nasionalisme
  5. Menilai wawasan Kaum Muda dalam mendaulatkan bangsa Melayu
AKTIVITI :

1. Peta i-Think :
a) Peta Dakap - Faktor pemankin
b) Peta Buih-  Ciri Gerakan Islah

2.Latihan Soalan SPM-Latihan Google Drive
a) SPM 2013   (n0.3)
b) SPM 2015 (no.9)
c) SPM 2016 (n0.3)

3.KBAT :-Latihan Preezi.com/Simplemind map 
 Huraikan bagaimana menjadi patriotik yang dicontohi


JADIKAN ISI di BAWAH sebagai Panduan atau layari laman web/blog untuk mendapatkan maklumat



Nyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme.

· Pengenalan Sistem Politik Barat
· Sistem pendidikan
· Dasar British
· Pendudukan Jepun
· Penguasaan PKM
· Kemunculan mesin cetak
· Gerakan Pan-Islamisme
· Pengaruh luar

Senaraikan tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah
· Sheikh Tahir Jallalludin,
· Syed Syeikh all-Hadi
· Dr. Burhanuddin al-Helmy

Nyatakan maksud Gerakan Islah
· gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
· Golongan ini dikenali sebagai Kaurn Muda

Nyatakan matlamat Gerakan Islah
· menyampaikan idea mereka dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
.
Huraikan perjuangan gerakan Islah.
· berusaha menyematkah sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
· mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
· telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
· menerbitkan akhbar dan majalah

Nyatakan akhbar dan majalah yang menjadi saluran  Kaum Muda.  (ANIP )
· al-Iman,
· Neracha,
· Idaran Zarnan
· Pengasuh

Nyatakan kepentingan madrasah yang didirikan oleh Kaum Muda

· menjalankan sistem pendidikan yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris.
· memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan


Mengapakah mereka menentang golongan tua?

· Kaum Tua telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka bahawa Islam itu adalah tentang akhirat
· mereka menekankan fardu ain sahaja
· Kaum Muda sukar mempengaruhi masyarakat Melayu.

Mengapakah Kaum Muda sukar bergerak di NNMB.
· beberapa undang-undang telah dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh Kaum Muda.
· Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan.
· Undang-undang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment