Saturday 11 April 2015

Soalan Kertas 3 Tingkatan 4

Soalan Bab 3

MENGANALISIS


Dengan visi ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing,pengeluaran produk berkualiti ,selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksport.

Bandingkan sistem pertanian kerajaan awal Asia Tenggara dengan Malaysia hari ini ?

  • Aspek Peranan Pemerintah
1.Pertanian kerajaan Awal  -mengawal dan membina sistem pengairan

-Pertanian di Malaysia hari ini -mengawal penggunaan dan pembangunan tanah spt FELDA,FELCRA dan RSIDA

2.Lokasi
-Pertanian kerajaan awal - di Lembah sungai Cth Lembah Menam Chao Phraya
-Pertanian Malaysia hari inidi lembah sungai dan lereng bukit  spt Cameron Higland melalui tanaman hidroponik,akuakultur dan bioteknologi.

3.Teknologi
-Pertanian kerajaan awal- menggunakan teknologi mudah dan asas seperti menggunakan cangkul , sabit dan tenggala.
-Pertanian Malaysia hari ini menggunakan peralatan moden seperti jentera menanam padi

4.Pasaran
-Pertanian kerajaan awal bersifat setempat dan dipasarkan kepada kerajaan berhampiran
-Pertanian di Malaysia hari ini melibatkan pasaran luas dan dieksport  ke luar negara iaitu pasaran global.

5.Modal
-Pertanian kerajaan awal memerlukan sumber modal atau kewangan yang kecil daripada pengusaha dan keluarga.
-Pertanian di Malaysia hari ini- bersumberkan modal dan kewangan besar dan melibatkan pengunaan tenaga tempatan dan buruh asing

6.Tenaga kerja
-Pertanian Kerajaan awal menggunakan tenaga ahli keluarga dan menggunakan tenaga haiwan
Pertanian Malaysia hari ini melibatkan buruh asing,jentera digunakan dan mengupah pekerja asing

No comments:

Post a Comment