61 Pengenalan Malayan Union selama dua tahun oleh
British telah menyedarkan orang Melayu tentang maksud penjajahan yang sebenar.
(a) Nyatakan
empat tindakan orang Melayu untuk
membantah Malayan Union.
(i)
Bantahan melalui
akhbar secara berterusan

(ii)
Mengadakan demonstrasi
secara damai

(iii)
Menghantar telegram
dan surat bantahan

(iv)
Menubuhkan United
Malays Organization (U.M.O)

[4
markah]
(b) Nyatakan dua
peristiwa demonstrasi orang Melayu menentang Malayan Union.
(i)
Seramai 10 000 orang
terlibat di Kota Bharu, Kelantan

(ii)
Seramai 50 000 orang
berarak di Kedah

[2
markah]
(c) Apakah kesan bantahan orang Melayu terhadap
Malayan Union?
(i)
Mendorong British
mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan UMNO

(ii)
Pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu

[2
markah]
(d) Nyatakan iktibar daripada peristiwa penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union.
(i)
Perlu bertegas dalam
menyatakan bantahan

(ii)
Perpaduan dalam
kalangan orang Melayu

[2
markah]
62 British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif di King’
House, Kuala Lumpur untuk mengkaji tuntutan orang Melayu.
(a) Nyatakan tuntutan orang Melayu tersebut.
(i)
Raja-raja Melayu
menolak semua syarat Malayan Union

(ii)
Mereka ingin
menubuhkan sebuah persekutuan yang sama konsep dengan Negeri-Negeri Melayu
Bersekut
u


(iii)
Mereka sama sekali
menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union

[3
markah]
(b) Nyatakan tiga pihak yang mewakili Jawatankuasa Eksekutif tersebut.
(i)
Pegawai kanan British

(ii)
Pemimpin UMNO

(iii)
Wakil-wakil raja-raja
Melayu

[3
markah]
(c) Namakan dua
pertubuhan yang menentang Jawatankuasa Eksekutif.
(i)
AMCJA

(ii)
PUTERA

[2
markah]
(d) Mengapakah keputusan Jawatankuasa Eksekutif ditentang oleh orang
dagang?


[2
markah]
63 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada
1 Februari 1948.
(a) Nyatakan
dua faktor yang mendorong
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
(i)
Ketegasan orang Melayu
membantah Malayan Union

(ii)
Sikap politik Melayu
yang sederhana

[4
markah]
(b) Jelaskan sebab pihak British memilih UMNO
dan raja-raja Melayu untuk menjalankan rundingan tentang perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

[2
markah]
(c) Nyatakan langkah pertama ke arah pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu.

[2
markah]
(d) Mengapakah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dapat diterima
oleh orang Melayu?


[2
markah]
64 Tindakan keluarga Brooke dan SBUB
menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada British sebagai tanah jajahan mahkota
telah menimbulkan bantahan penduduk tempatan.
(a) Nyatakan dua alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British.
(i)
Vyner Brooke telah tua
dan uzur

(ii)
Penggantinya iaitu
Anthony Brooke tidak layak

[2
markah]
(b) Senaraikan dua
persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.
(i)
Persatuan Melayu
Sarawak

(ii)
Persatuan Dayak
Sarawak

[2
markah]
(c) Apakah tindakan yang diambil oleh penduduk
tempatan bagi menentang penjajahan British di Sarawak?
(i)
Persatuan-persatuan
menentang pengisytiharan secara terbuka

(ii)
Berdemonstrasi

(iii)
Menghantar surat
bantahan

(iv)
Kakitangan awam
meletak jawatan

[4
markah]
(d) Mengapakah penyerahan Sabah oleh SBUB kepada British tidak
mendapat bantahan yang jelas daripada penduduk tempatan?
(i)
Kesedaran politik yang
amat perlahan

(ii)
Persatuan yang
ditubuhkan adalah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana

[2
markah]
65 Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya
menolak penjajah tetapi di Sabah dan Sarawak terpaksa menerima penjajah British
secara mutlak.
(a) Namakan Raja Sarawak yang menyerahkan
Sarawak kepada kerajaan British.

[1
markah]
(b) Namakan persatuan-persatuan kaum tempatan
yang membantah tindakan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
(i)
Persatuan Melayu
Sarawak (PMS)

(ii)
Persatuan Dayak
Sarawak (PDS)

(iii)
Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak (PKMS)

[3
markah]
(c) Apakah peranan kaum ibu dalam Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak dalam isu penyerahan Sarawak?


[2
markah]
(d) Mengapakah kerajaan British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil.
9?


[2
markah]
(e) Apakah reaksi penduduk terhadap Surat Pekeliling Bil. 9?

[2
markah]
66 Perkembangan
politik di Sarawak adalah berlainan dengan politik di Tanah Melayu.
(a) Namakan Raja Sarawak yang menyerahkan
Sarawak kepada kerajaan British.

[1
markah]
(b) Mengapakah penyerahan Sarawak kepada pihak
British bercanggah dengan perlembagaan 1941?


[1
markah]
(c) Nyatakan tiga
tindakan yang telah diambil oleh golongan antipenyerahan Sarawak.
(i)
Berdemonstrasi

(ii)
Menghantar
surat bantahan kepada British

(iii)
Membunuh
gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan Stewart

[6
markah]
(d) Apakah langkah yang telah diambil oleh
kerajaan British dalam menghadapi gerakan anti- penyerahan Sarawak?


[2
markah]