Tuesday 31 July 2012

skema bab 8 ting 5


BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
8.1 PEMBANGUNAN EKONOMI
1a. Nyatakan matlamat Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan.
                                                                                                                                    [5 markah]
-membangunkan kawasan luar bandar yang dipinggirkan oleh penjajah British
-merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dengan luar                    bandar
-mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar
-memperbagaikan aktivitiekonomi dan sumber pendapatan negara
-supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah
b.i Huraikan usaha-usaha kerajaan untuk mencapai pembangunan di kawasan luar Bandar melalui Rancangan Malaya Pertama.                      [10 markah]
-pembangunan bersepadu yang memberi penekanan terhadap sektor ekonomi,sosial dan awam.
-pembukaan tanah baru untuk pertanian
-penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan
-hasil keluaran pertanian dipelbagaikan
-perusahaan melombong bijih timah diperluaskan
-sektor sosial seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
-dalam sektor awam, infrastuktur seperti balai polis,pejabat pos,kem tentera,mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberi perhatian
-penubuhan RIDA
- untuk membangunkan masyarakat luar Bandar
-memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil-kecilan
-membantu memasarkan hasil pertanian
-menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan
-penubuhan FELDA
-untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar
-disamping meningkatkan hasil pertanian negara
-tanah baru dibuka secara besar-besaran  untuk pertanian
-menyediakan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas kepada peneroka
-penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru
-untuk menjadi petani moden
-jenis tumpuan yang diberi tumpuan ialah getah dan kelapa sawit
-Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
-diketuai oleh Dato’Abdul Razak bin Dato’ Hussein
-diberikan peranan untuk menyelaras dan menjayakan program pembangunan luar bandar
-RIDA dan FELDA diletakkan di bawah kementerian ini .

b.ii     “ Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama….. “.                

Buktikan pernyataan tersebut.                                                                      [10 markah]
-program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan
-usaha mempelbagaikan hasil pertanian negara
-bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap getah
-dan juga bahan makanan import
-menubuhkan FAMA
-untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian
-dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
-memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastuktur sosial
-seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan
-usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar
-Kementerian Pembangunan Bandar dan Luar Bandar  telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur
-untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.
-memperkenalkan Buku Merah
-yang mengandungi program,pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian pembangunan di luar Bandar
-memastikan program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat
-bagi memupuk integrasi nasional
-kemunculan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka,Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.
-menubuhkan FELCRA
-untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
-Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.
-menubuhkan PERNAS
-menubuhkan MARDI
-untuk menjalankan penyelidikan  dan memperkenalkan teknologi
-bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian
-kecuali getah
-menubuhkan MIDA
-dan Lembaga Penasihat Tarif untuk membangunkan sektor perindustrian
-meluluskan Akta Pelaburan yang berfungsi menggalakkan kemunculan industri baru.  
c. Apakah peranan MARA dalam usaha meningkatkan ekonomi bumiputera?
                                                                                                                                    [5 markah]
-membantu dan membimbing bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
-membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam ekonomi
-menambah guna tenaga bumiputera
-meningkatkan ekuiti bumiputera dalam syarikat
-menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam perniagaan
-membangun dan memajukan penduduk luar bandar
-mengadakan program latihan belia di luar bandar
-memberi bantuan modal dan pinjaman kepada bumiputera dalam perniagaan

2a. Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun        
            pertama di bawah DEB.Huraikan matlamatnya dalam memenuhi aspirasi
DEB.                                                                                                               [8 markah]
-menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
- antara kaum, kawasan dan wilayah
-berusaha membasmi kemiskinan
-tanpa mengira kaum
-dengan menambahkan pendapatan
-menyediakan peluang pekerjaan
-bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum
-menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
-meneruskan program penbangunan luar Bandar
-menubuhkan beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan kemajuan Wilayah
-untuk melaksanakan program pembangunan wilayah
-menubuhkan agensi lain khususnya untuk membantu golongan petani,
-menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan
-serta memajukan bandar
-bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara bumiputera dengan bukan bumiputera
-Permodalan Nasional berhad
-dan Amanah Saham Nasional telah ditubuhkan

b. Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat
         DEB.   [6 markah]
-menubuhkan LPN untuk menstabilkan harga padi
-LKIM untuk meningkatkan taraf hidup nelayan
-UDA untuk membangunkan Bandar
-RISDA bagi membantu pekebun kecil
-LPP membantu golongan petani dalam kegiatan koperasi
-PETRONAS untuk memajukan sector perindustrian dan perniagaan yang berkaitan petroleum
-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri menggalakkan perindustrian dan perdagangan
-dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.
-pembukaan tanah secara besar-besaran
- dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
-oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
-tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit
-kerana keperluan eksport
-agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya
-dalam sektor pembangunan industri
-dan pembangunan bandar baru
-bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian
-antara bumiputera dan bukan bumiputera
-Permodalan Nasional berhad ditubuhkan
-dan Amanah Saham Nasional telah dilancarkan
-Dasar Pertanian Negara
-bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sector pertanian secara bersepadu
-dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
-penggunan tanah yang lebih cekap dititikberatkan
-supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
-industri desa yang berpotensi
-seperti kraftangan digalakkan
-kemudahan kredit dan insentif diperluas
-melalui Bank Pertanian Malaysia
-Skim Pinjaman Khas Pertanian
-dan Amanah Ikhtiar Malaysia
c.i. Sejauh manakah DEB berjaya mencapai matlamatnya?                                [6 markah]
-berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah
-kadar kemiskinan menurun
-KDNK meningkat
-Pendapatan per kapita meningkat
-hak milik modal bumiputera meningkat
-sebanyak 20.3%
-sasaran yang ditetapkan ialah 30%
-hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%
-melebihi sasaran 40%
-peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan  hak milik saham orang asing
-kepada 33.5%
c.ii Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan daripada Rancangan Malaysia kedua.Buktikan.                                                                                              [6 markah]
-meneruskan usaha membasmi kemiskinan
-dan menyusun semula masyarakat
-program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan
-untuk meningkatkan produktiviti
-membuka peluang pekerjaan
-dan meningkatkan taraf hidup rakyat
-pembukaan tanah secara besar-besaran
- dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
-oleh agensi-agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
-tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit
-kerana keperluan eksport
-agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya
-dalam sektor pembangunan industri
-dan pembangunan bandar baru
ciii. Huraikan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan sektor perindustrian melalui Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima.                   [6 markah]
-memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat
-yang berasaskan pelaburan modal
- teknologi tinggi
-dan keperluan tenaga kerja mahir
-menubuhkan HICOM
-untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat
-dengan cekap seperti sektor swasta
-bagi menggiatkan perindustrian
-dan menggalakkan modal asing
-perusahaan baru dibuka
-seperti di Skudai,Senawang,Bintulu, menggatal dan Likas
-memperkenalkan zon perdagangan bebas
-di Bayan lepas dan Sungai Way
-melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
-dan Pelan Induk Perindustrian
-untuk memajukan sektor perindustrian
-mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian
-melalui Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
-menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaan
-melalui Pelan Induk perindustrian
-meningkatkan sektor perindustrian
-dengan melonggarkan peraturan
-mengawal hak milik syarikat dan perlesenan
-dalam sektor swasta
-syarat pelaburan modal asingdilonggarkan
-untuk meningkatkan pelaburan sector perindustrian
-berorientasikan eksport
-kerajaan berusahameningkatkan kecekapan agensinya
-agar dapat bekerjasama
-dengan sektor swasta dengan lebih berkesan
3.a Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam Dasar Pertanian Negara?          [5 markah]
-meningkatkan pendapatan sektor pertanian
-ke tahap maksimum
-menerusi pengurusan sumber ekonomi negara
-yang cekap dan berkesan
-bermatlamat memaksimumkan pendapatan
-pekebun kecil
-memajukan komoditi utama
-yang berpotensi untuk dieksport
b. Apakah strategi yang digunakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara?            [6 markah]
-menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru
-di bawah rancangan FELDA,agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri
-memperkenalkan program pembangunan in-situ
-untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah
-menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian
- seperti pemasaran,kredit,subsidi dan penyelidikan.
-melibatkan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian
-di bawah Kementerian Pertanian
c. Huraikan tentang Dasar Pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan di bawah dasar pembangunan ekonomi negara.                                                                         [8 markah]
-matlamatnya untuk meransang penglibatan sektor swasta
-secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara
-Malaysia dianggap sebagai syarikat yang dimiliki bersama
-oleh kerajaan dan swasta
-semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja
-yang bertanggungjawab memajukan syarikat,
-satu panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan
-untuk melaksanakan dasar tersebut.
-pegawai kerajaan ditempatkan di sektor swasta
-untuk menjalin hubungan dan berkongsi kepakaran.
-sektor swasta harus faham dasar kerajaan
-yang mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi
-disamping mendapat keuntungan yang maksimum.
-pihak kerajaan bertindak memberikan perkhidmatan sokongan
-bagi memudahkan operasi sektor swasta.
4a.

  Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan perlaksanaan dasar tersebut.         [10 markah]
--melalui dasar ini,kerajaan memindahkan
-perkhidmatan, perusahaan,kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu
-kepada sektor swasta
-bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan
-bertujuan meningkatkan produktiviti
-serta kualiti perkhidmatan atau barangan
-kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam
-diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara
-melalui pelaburan modal
-oleh sektor swasta
-UPE bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan
-yang memberikan garis panduan
-kepada sesebuah kementerian atau jabatan
-yang ingin menjalankan penswastaan
-penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau sebahagian
-penswastaan dapat mengurangkan beban kewangan
-dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.
b. Apakah yang anda faham dengan Dasar hala Tuju Cara Baru?                     [5 markah]
-dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar Bandar
-melalui pendekatan baru
-matlamat utama untuk meningkatkan pendapatan
-golongan petani dan pekerja desa
-melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.
-dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi
-strategi pertama mengelompokkan kampong-kampung
-menjadi petempatan yang lebih besar
-supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik
-strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
-melalui program usahawan desa
-yang terlibat dengan industri pembuatan barangan
-strategi ketiga ialah pelaksanaan projek penbangunan
-oleh agensi kerajaan
-untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
c.i Berdasarkan pemahaman anda, terangkan secara ringkas tentang Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara .                                                                             [5 markah]
-bermatlamat untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan
-walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran
-peningkatan hasil pendapatan negara penting
-untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
-yang lebih tinggi
-memastikan penggunaan sumber negara
-pada tahap maksimum
-bagi mengelakkan pembaziran
-memastikan sektor perindustrian dapat bersaing
-pada peringkat antarabangsa
-strategi DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi,
-struktur organisasi
-penggunaan teknologi
-serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.
c.ii Apakah rasionalnya Dasar Kependudukan Negara diperkenalkan?                [5markah]
-matlamatnya untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk
-menjelang tahun 2100
-pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang
-akan memberikan kesan positif
-terhadap bekalan tenaga kerja
-peningkatan produktiviti negara
-memperluaskan pasaran dalam negeri
-jumlah penduduk yang besar
- akan menyumbang ke arah kekuatan politik
-dan keselamatan negara
-menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk
-dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara
-khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan,perumahan,kesihatan dan peluang pekerjaan.
-didasarkan pada unjuran jumlah penduduk
-untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk
-tidak mendatangkan masalah kepada negara.
8.2 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN BANGSA
1a. Mengapakah Rukun Negara dibentuk?                                                           [2 markah]
-kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969
-yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum

b. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab membentuk ideologi Rukun Negara.
                                                                                                                              [1 markah]
Majlis Perundingan Negara (MPN)

c. Senaraikan dua daripada lima prinsip Rukun Negara.                                       [2markah]  

d. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara.                                                            [3 markah]
-mengukuhkan perpaduan kaum
-memelihara corak hidup yang demokratik
-mencipta sebuah masyarakat yang adil
-menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
-membina masyarakat yang progresif
-yang akan menggunakan sains dan teknologi
e. Bagaimanakah caranya anda membuktikan anda cintakan negara?               [2 markah]
-menyanyikan lagu negaraku dengan penuh penghayatan
-menyokong semua usaha kerajaan kearah perpaduan kaum
-menghormati hak kaum lain
[mana-mana yang munasabah]
2a. Huraikan langkah-langkah yang diambil ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.                       [8 markah]
- bermula apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.
- Laporan Barnes1950
- mencadangkan semua sekolah vernakular dibubarkan
- dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja
- iaitu sekolah kebangsaan
- dicadangkan menggunakan bahasa Melayu
- sebagai bahasa pengantar
- pada peringkat rendah
- serta bahasa Inggeris
- pada peringkat menengah dan tinggi
- cadangan ini ditentang
- oleh orang cina
- kerana menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugut
- laporan Fenn-Wu 1951
- mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal
- walaupun bersetuju dengan sisitem pendidikan kebangsaan
- Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan
- mencadangkan dua sistem persekolahan
- yang menggunakan dua bahasa pengantar
- iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan
- sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa
- bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris
- bahasa Inggeris di wajibkan diajar di sekolah Melayu
- Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan
- Kerana tentangan masyarakat Cina dan India
- Kekurangan kewangan
- dan ancaman komunis
- 1955, Kerajaan Perikatan
- membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran
- yang dipengerusikan oleh
- Dato Abdul Razak Hussein
- selaku Menteri Pelajaran
- Penyata Razak 1956 mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan
- iaitu sistem persekolahan yang sama
- bagi semua penduduk
- dan penyeragaman kurikulum
- bercorak kebangsaan
- cadangan Penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum
- yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- dan sekolah jenis umum
- yang menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
- sekolah menengah Melayu
- menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- dan sekolah menengah Inggeris
- menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- diwajibkan diajar di semua sekolah
- Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu
- Melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan
- masyarakat berbilang kaum
- Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
b.i Terangkan cadangan-cadangan Penyata Razak 1956 dalam sistem pendidikan kearah kemerdekaan.                                                                                                  [8 markah]
-wujudkan satu sistem persekolahan yang sama kepada semua kanak-kanak
-penyeragaman kurikulum bercorak kebangsaan
-memberi peluang kepada semua kanak-kanak
-yang mencapai umur persekolahan mendapat pelajaran
-mewujudkan sekolah Umum
-yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
-mewajibkan semua sekolah jenis umum
- menggunakan sama ada bahasa Inggeris, Tamil dan Cina sebagai bahasa pengantar
-menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
-sebagai mata pelajaran wajib
-di semua sekolah
-mengadakan bahasa Tamil atau Cina di sekolah
-sekiranya terdapat   melebihi 15 orang
-dan rayuan daripada ibu bapa.
-menubuhkan 2 aliran sekolah menengah
-iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
-dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
-menjadikan bahasa Melayu sebagai  bahasa pengantar
-dan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di Sekolah Menengah Kebangsaan
-menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
-dan bahasa Melayu mata pelajaran di Sekolah menengah Jenis Kebangsaan
-bantuan kewangan diberikan
-kepada sekolah-sekolah yang mematuhi cadangan tersebut.
b.ii Bagaimanakah Akta Pelajaran 1961 memartabatkan bahasa Melayu seterusnya memupuk semangat perpaduan kaum?
                                                                                                                                    [8 markah]
-sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
-sementara sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
-pelajaran percuma diberikan
-kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
-tanpa mengira keturunan dan agama
-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
-ditukar kepada bahasa Melayu.
-penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan  Rahman Talib.
-Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar
-di semua sekolah menengah.
-pelajaran agama Islam diajar
-di semua sekolah bantuan penuh kerajaan
-yang mempunyai tidak kurang 15 orang pelajar
-bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan
-sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
-semua peperiksaan awam
-akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
-meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
-supaya umur persekolahan murid dapat dilanjutkan
-kepada 15 tahun.
-murid yang gagal melanjutkan pelajaran
-ke sekolah menengah biasa
-diberi peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah yang menyediakan kursus kemahiran
-untuk melahirkan tenaga kerja mahir
-dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja
-mata pelajaran wajib pula adalah seperti di sekolah menengah biasa
-kursus kemahiran pilihan
-ialah perdagangan,sains rumah tangga,seni perusahaan dan sains pertanian.
b.iii



     
Huraikan laporan jawankuasa tersebut.            [8 markah]
-penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca,menulis, mengira (3M)
-kenaikan darjah secara automatik
-penekanan terhadap sekolah vokasional
-sukatan pelajaran sekolah swasta
-bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
- dalam peperiksaan
-penekanan dalam kokurikulum dan disiplin
-sebagai asas perpaduan

 b.iv Huraikan Falsafah Pendidikan Negara.                                                          [8 markah]
-pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
-ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
-secara menyeluruh dan bersepadu
-untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
-dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani
-berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
-usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang
- berilmu pengetahuan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
-mencapai kesejahteraan diri
-serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
-keluarga ,masyarakat dan negara.
c. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang seimbang jasmani,emosi,rohani dan intelektual?
-berusaha mewujudkan pelajar yang cemerlang kurikulum dan kokurikulum
-menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran
-memperkenalkan semula mata pelajaran sivik
-menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai teras dalam SPM
-memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
[mana-mana yang munasabah]
3a. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan  untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?                                                             [8 markah]
-Menubuhkan Dewan bahasa dan Pustaka(DBP)
-Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”
-dilakukan sebagai usaha  menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
-memperkenalkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
-penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
-seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri danKolej Sultan Abdul Halim.
-meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
-untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat.
-1977, menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
-dengan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
-1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
-menggantikan bahasa Inggeris
-1990, bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah
b. Jelaskan secara ringkas tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan                  [6 markah]
-lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan
-yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
-pada tahun 1971.
-dasar ini digubal untuk menjadi panduan
-dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
-  tiga prinsip utama iaitu kebudayaan rakyat asal sebagai tunjang
-unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima
-agama Islam sebagai unsur yang terpenting
-objektifnya untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
-memupuk dan memelihara keperibadian bangsa
-memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
-dari aspek kemanusiaan dan kerohanian
-seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
c. Bagaimanakah sukan di Malaysia dapat dijadikan alat perpaduan?               [6 markah]
-penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
-tidak mengehadkan penyertaan kepada satu-satu kaum sahaja
-malah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
-pada peringkat sekolah
-sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
-Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan pada peringkat daerah,negeri dan kebangsaan
-untuk menggalakkan aktiviti sukan.
-Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan
-dua tahun sekali
-memainkan peranan mengeratkan perpaduan kaum
-dan hubungan antara negeri.
8.3 MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU
1a. Apakah yang anda faham dengan Wawasan 2020?                                    [2 markah]
-merupakan gagasan negara
-untuk menjadi sebuah Malaysia yang maju
-menjelang tahun 2020
-idea ini dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
-pada 28 Februari 1991
b. Nyatakan matlamat Wawasan 2020. [2 markah]
-menjadikan Malaysia sebagai  sebuah negara industri yang maju
-dengan menggunakan acuan sendiri
-setanding dengan negara maju di dunia
-dengan menitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual
c. Senaraikan tiga teras kemajuan bersepadu yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.            [3 markah]
-perpaduan dalam kalangan rakyat
-kestabilan politik negara
-ketinggian taraf hidup
-kekukuhan nilai moral dan etika
-kekukuhan sistem kerajaan
-ketinggian maruah bangsa agar dihormati
-semangat yakin diri bangsanya
d. Nyatakan tiga daripada sembilan cabaran bagi negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020.
                                                                                                                                    [3 markah]
-membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
-membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
-memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
-mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
-mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi
-membina masyarakat yang maju dan saintifik
-mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
-menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
-memupuk dan membina masyarakat makmur

     

No comments:

Post a Comment