21 Antara berikut, yang manakah faktor luaran yang
memberi inspirasi
kepada golongan nasionalis negara Asia Tenggara?
I Jepun berjaya menewaskan China pada tahun 1895
II Kekalahan Sepanyol ke tangan Amerika Syarikat
III Jepun menewaskan Rusia pada tahun 1905
IV Perjuangan Mahatma Gandhi di India
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
22 Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua
di Asia Tenggara lebih radikal?
A Penjajah mula menghapuskan
bangsa dan negara jajahan
B Nasionalisme tahap pertama yang lebih
sederhana sifatnya gagal
C Usaha menuntut kemerdekaan
dipengaruhi perjuangan pemimpin tertentu
D Nasionalisme tahap pertama
hanya tertumpu kepada usaha menuntut kemerdekaan
23 * Menubuhkan Liga Filipina
* Menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol
Tokoh
di atas merupakan pejuang nasionalis Filipina yang
menghadapi penjajahan
Sepanyol. X ialah
A Emilio Aguinaldo
B Andres Bonifacio
C Sergio Osmeno
D Jose Rizal
24 Apakah persamaan perjuangan nasionalisme
Raden Adjeng Kartini
dan Pertubuhan Muhammadiyah?
A Membela nasib kaum wanita
B Menegakkan Islam yang sebenar
C Menerapkan idea moden dan
sekular
D Memberi tumpuan isu-isu pendidikan
25 Mengapakah gerakan nasionalisme di Vietnam
mengalami kegagalan?
A Pemimpin tempatan sering bertelagah
B Ancaman daripada Parti Komunis
Vietnam
C Terdapat parti politik yang menyebelahi
Perancis
D Tindakan tegas terhadap pejuang nasionalis
oleh Perancis
26 Antara yang berikut, pilih tokoh nasionalis IndoChina yang bersifat radikal.
I Maharaja Bao Dai
II Nguyen Thai Hoc
III Phan Boi Chau
IV Ho Chin Minh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
27
di Siam bukanlah kerana penentangan penjajahan.
Apakah faktor yang menyebabkan para nasionalis Siam menentang?
I Raja berkuasa mutlak
II Pemimpin berhaluan kiri
III Cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
IV Pedagang Cina yang menguasai perniagaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
28 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan
gerakan nasionalisme
tahap kedua di Indonesia ?
A Pemimpin nasionalis lebih
bersifat terbuka
B Ingin merdeka sekalipun dengan kekerasan
C Perjuangan mereka gagal
mempengaruhi rakyat
D Bekerjasama erat dengan
Belanda dalam merancang kemerdekaan
29 Apakah tindakan yang diambil oleh British
untuk mengukuhkan
kedudukan politik di Tanah Melayu?
A Memaksa mereka menjadi
jajahan takluk
B Memberi pencen kepada
pemimpin tempatan
C Mengikat penduduk dengan pelbagai peraturan
D Mengadakan kerjasama dengan
pemimpin daerah
30 Apakah tujuan dasar penaklukan British di
daerah dan
negeri seperti di Naning, Terengganu, Sarawak dan Sabah ?
A Untuk memaksa rakyat
menentang raja
B Untuk mengukuhkan kedudukan politik British
C Untuk menunjukkan kehebatan
sistem politik British
D Untuk melonggarkan perintah
dan peraturan tempatan
31 Bagaimanakah eksploitasi terhadap ekonomi
tempatan yang
dilakukan oleh British di Tanah Melayu?
A Perjanjian dengan pemimpin tempatan membawa
masuk saudagar luar
B Ambil alih penguasaan
pemerintah tempatan dalam perdagangan
C Usahasama dengan pemimpin
tempatan dalam perlombongan
D Melalui rampasan dan paksaan
32 Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh apabila British
menjajah kawasan mereka sehingga mereka kehilangan
kuasa untuk mentadbir
I negara
II jajahan
III kawasan
IV anak buah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
33 Mengapakah Rentap terpaksa berundur ke Bukit
Sadok setelah
berjaya menewaskan James Brooke di Kubu Nanga Skrang?
A Mendapat sokongan penduduk
tempatan
B Untuk menyusun semula angkatan
tentera
C Tempat strategik untuk melancarkan
serangan
D Kampung halaman mereka dibakar oleh musuh
34 Apakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap
Syarikat Borneo
Utara British (SBUB) di Sabah?
I SBUB memenjara dan mendera Mat Salleh
II SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
III SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu
IV SBUB tidak melayan keinginan Mat Salleh untuk berbincang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
35 Pada tahun
1895, tekanan British terhadap pejuang tempatan
di Pahang semakin hebat. Apakah langkah yang diambil oleh pejuang
tempatan bagi menghadapi
tekanan ini?
A Mat Kilau menyerah diri
B Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
C Tok Gajah menghentikan
perjuangan dan lari ke Siam
D Semua pejuang Pahang bersatu
tenaga menyerang British
36 Mengapakah Kuala Berang dapat ditawan dengan
mudah
oleh British di Terengganu?
A Memiliki senjata perang yang
moden
B Penghantaran tentera
tambahan dari Singapura
C Menggunakan cara rundingan
dengan pemimpin tempatan
D Menghantar pembesar dengan menggunakan kuasa
dan nama sultan
37 Penjajah
British memperkenalkan sistem politik Barat di negara kita.
Apakah kesan tindakan British ini?
I Memusnahkan sistem politik tradisional
II Peranan pembesar tempatan digantikan oleh
pegawai British
III Mencabar sistem tradisional dan menjatuhkan
maruah bangsa
IV Menunjukkan sistem Barat lebih baik berbanding
sistem tempatan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan V
38 Setelah British mentadbir Tanah Melayu,
pembesar tempatan diberi
A jawatan pembantu pegawai
B imbuhan berbentuk pencen
C gelaran tertinggi tempatan
D tempat tinggal percuma
39 *Mengalakkan sesiapa sahaja datang melabur,berniaga
berdagang dan belajar di Tanah Melayu
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan-kesan dasar
British tersebut
ke atas aktiviti ekonomi penduduk asal Tanah Melayu?
I Kampung-kampung tradisional diambil alih untuk
dimajukan
II Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional
seperti pertanian
III Pertanian padi yang diusahakan oleh mereka
tidak dimajukan oleh British
IV Jurang taraf hidup antara penduduk tempatan di
luar bandar dengan
imigran di bandar amat besar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
40 Mengapakah penduduk tempatan menentang
pemerintahan Jepun
di Tanah Melayu pada tahun 1941?
A Sikap Jepun yang mungkir
janji dalam memberi kemerdekaan
B Kesengsaraan kehidupan rakyat untuk mendapat
makanan
C Menyekat rakyat daripada
penghijrahan ke negara jiran
D Memberi layanan istimewa
kepada golongan imigran
No comments:
Post a Comment