Pesanan Kerja Buat Anak Didikku Sayang.........
Walaupun Anaknda Bercuti.. Kerja sekolah tetap ada
agar ingatan tidak luput......
(BUKU NOTA BARU TINGKATAN 5 )
SELANG 4 muka surat baru buat Nota
1. Arahan : Membuat Nota Peta minda Bab 1 - Bab 3 Bagi tingkatan 5
2. Rujuk sukatan atau Rancangan Pengajaran Tahunan Tingkatan 5
3.Boleh merujuk mana-mana sumber
4.Cetak pengesahan Kerjarumah dalam blog sekolah
5.Jawab soalan objektif dalam blog ini dengan menulis
jawapan pilihan anda A/B/C atau D
1 Imperialisme
moden bermula sejak abad ke-15, apabila kuasa-kuasa Barat
menguasai wilayah-wilayah
di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
Menurut pengetahuan sejarah anda, apakah
imperialisme?
A Dasar menguasai sumber ekonomi
B Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah
C Tindakan mengembangkan pengaruh
agama
D Tindakan untuk mengembangkan
idea ke negara lain
2 Apakah tujuan
awal kuasa imperialis di atas menguasai Asia Tenggara?
A Meluaskan tanah jajahan
B Menyebarkan agama Kristian
C Memperoleh kawasan pasaran
D Menguasai perdagangan rempah
3 Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba
untuk mendapatkan
tanah jajahan di Asia Tenggara?
A Melambangkan kekuatan dan kekayaan negara
B Galakan daripada pemerintah
dan raja di Eropah
C Menghapuskan monopoli negara
China dan India
D Saingan dengan
pedagang-pedagang Arab dan India
4 Buktikan kepentingan pengenalan kapal
berkuasa wap dari segi kemajuan
ekonomi kuasa Barat.
I Membawa muatan barang dagangan dengan banyak
II Mempercepatkan perjalanan ke Timur
III Memendekkan perjalanan ke Timur
IV Menjimatkan kos dan lebih selamat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
5 Slogan beban orang putih digunakan oleh kuasa
British dan Belanda
dalam menjalankan imperialisme. Apakah maksud beban orang putih?
A Bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur
ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera
B Bertanggungjawab untuk memodenkan
kehidupan
C Bertanggungjawab untuk menyebarkan
tamadun
D Bertanggungjawab untuk menyebarkan
agama
6 Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai
Asia Tenggara
ingin menggantikan sistem pemerintahan beraja tempatan?
A Ingin memantapkan sistem
politik tempatan
B Ingin menjajah semua negara
Asia Tenggara
C Ingin memperkenalkan sistem birokrasi Barat
D Ingin bekerjasama dari segi
politik dan ekonomi
7 Manakah
antara berikut adalah berkenaan dengan Sistem Birokrasi
Barat di Asia Tenggara?
I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan
II Undang-undang Barat bercampur aduk dengan adat
resam tempatan
III Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan
wilayah-wilayah di tanah jajahan
IV Pegawai Barat menjadi ketua biro dan berkongsi
kuasa dengan pembesar tempatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
8
* Negara ini terdiri daripada barangay dan diperintah oleh datu
Manakah antara berikut sesuai dengan
pernyataan di atas?
A Sistem pentadbiran sebelum
penjajahan di Indonesia
B Sistem pentadbiran sebelum
penjajahan di Vietnam
C Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di
Filipina
D Sistem pentadbiran sebelum
penjajahan di Burma
9 Apakah tujuan Belanda menubuhkan Volksraad di
Indonesia?
A Penasihat pentadbiran
Belanda
B Langkah ke arah kemerdekaan
C Pembahagian kuasa pemerintah
tempatan
D Usaha menghapuskan golongan
nasionalis
10
Antara berikut, yang manakah tugas Raja Burma
sebelum penjajahan British?
I Penaung kepada sami Buddha
II Mengetuai Persatuan Belia Buddha
III Menjadi penasihat angkatan tentera
IV Pentadbiran dibantu oleh Majlis Diraja Tentera
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
11
Manakah antara berikut merupakan perubahan
dalam sistem
pentadbiran yang dilakukan oleh British selepas menakluki Burma ?
I Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi
pemerintah tertinggi Burma
II Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh
Myo-ok (pegawai bandaran)
III Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan
Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran
IV Akta Kampung Ulu Burma
1887 dan Akta Perkampungan Burma
1889
melindungi pentadbiran tradisional
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
12 Nyatakan syarat untuk pelantikan golongan
Mandarin di IndoChina.
A Lulus ujian bahasa dan kesusasteraan China
B Memiliki sifat berani dan
bertanggungjawab
C Mahir dalam selok-belok
keagamaan dan adat
D Terdiri daripada kerabat
diraja dan bangsawan
13 Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka
yang menjadi ikutan
kebanyakan negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan
Portugis?
A Empat Pembesar Pusat
B Negeri Jajahan Naungan
C Pembesar Empat Lipatan
D Pentadbiran Daerah dan
Jajahan
14 British
memperkenalkan Sistem Residen dan Sistem Penasihat
di negeri-negeri Melayu. Residen dan penasihat British diletakkan di bawah
A Raja-Raja Melayu
B Pesuruhjaya Tinggi British
C Gabenor Negeri-Negeri Selat
D Pejabat Tanah Jajahan London
15 Apakah dasar penjajahan Barat yang menimbulkan
kemarahan
penduduk tempatan di Asia Tenggara?
I Memecahkan perpaduan dalam kalangan orang
tempatan
II Membawa masuk imigran untuk menguasai ekonomi
III Menjalankan kerahan tenaga di ladang milik
penjajah
IV Menubuhkan sekolah aliran penjajah di luar
bandar
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
16 Mengapakah penduduk Filipina yang beragama
Kristian
menentang penjajah Sepanyol?
A Kekurangan gereja untuk
beribadat
B Mungkir janji untuk memberi
kemerdekaan
C Mubaligh Kristian melakukan
penyelewengan
D Beranggapan penganut tempatan adalah kelas
rendah
17 Apakah kesan pengalaman yang diterima oleh
golongan pelajar
Asia Tenggara yang melanjutkan pelajaran di Barat atau Asia
Barat?
A Mereka mahu menjajah
menggunakan sistem pentadbiran negara jajahan
B Mereka memohon subsidi dan elaun taraf hidup
penduduk tempatan
C Mereka meminta penjajah
membebaskan negara mereka
D Mereka mahu penjajah
mentadbir negara mereka sendiri
18 * Pengangkutan -Jalan raya
*Perhubungan -Telefon
Berdasarkan
maklumat di atas, apakah kesan perkembangan
infrastruktur ke atas perkembangan
nasionalisme?
A Membincangkan idea
nasionalisme
B Memudahkan rakyat dan pemimpin
C Menghubungkan pelbagai kaum
di kawasan terpisah
D Menyekat perkembangan
nasionalisme di kawasan pedalaman
19 *Indonesia-Sistem Tanaman Paksa
* Filipina-Sistem Polo
Pelaksanaan
sistem di atas oleh penjajah mempunyai satu persamaan.
Apakah persamaan
tersebut?
A Kemasukan ramai imigran
B Menindas penduduk peribumi
C Menggunakan kaedah
tradisional
D Penjajah memonopoli hasil
keluaran pertanian
20 *Vietnam - Tribune Indegene
*Tanah Melayu -Al-Ikhwan
Penjajah
menganggap media massa
di atas mengancam politik mereka.
Sikap ini bertentangan dengan amalan di
negara mereka sendiri.
Apakah amalan tersebut?
A Diskriminasi kaum
B Hak asasi manusia
C Kebebasan akhbar
D Humanisme
No comments:
Post a Comment