Cabaran Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju
Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah
dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan
rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.
Masyarakat
Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan,benar-benar
menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati
pula oleh semua bangsa lain.
membentuk
dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang,
yang
mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan
musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan
para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh
dan
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
membentuk
sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta
dan
berpandangan jauh ke hari muka,
yakni
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini
tetapi
turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi
pada masa hadapan.
membentuk
sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri,
dengan
kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada
sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
menjamin
terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya
.
Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi
saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk
selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan
kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang
mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya
ketahanan.