Tuesday, 31 July 2012

Titipan Dari Bonda Buat Anaknda SMKDPB

Buat  anak  didikku   Tingkatan  5 dari kelas  5Anggerik,Angsana,Cempaka,Cemara,Dahlia,Kenanga dan Kekwa....Fokuskan Dan Tumpukan  Sepenuh jiwa dan ragamu  dalam perjuangan percubaan SPM 2012 yang bakal menjelang  pada  30  Ogos  2012.

Ciptakan suatu  Sejarah...Meskipun Kelas Sejarah kurang diberikan mandat  dalam  kelas  Tambahan , cikgu yakin dan percaya  kebolehan  anaknda  semua.

Anda perluYAKIN DIRI dan bersungguh-sungguh melakukan pembacaan,memahami konsep dan seterusnya  melakukan Drill dan Practice  pada ModulTopikalTing  4 dan 5 yang telah dibekalkan olehGuru.
Mungkin selama  ini,anaknda  tidak memandangnya, atau  kurang  memberikan Fokus  Utama,Kembalilah  ke  Pangkal  jalan...Jangan menjadi  kera hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong  keciciran.Kerapkan  berjumpa Guru Anda   untuk bertanya  .

Ketahuilah  anaknda  ,di saat-saat inilah   perjuangan anda  perlu seimbang, selaras, tekal dan akur.
Insyallah..Sebagai seorang Guru Biasa...Cikgu menghalalkan  segala ilmu yang dicurah...segala teguran jadikan sebagai panduan ,azimat dan  bekalan.Cikgu memaafkan  segala  kesalahan anaknda............

Pinta Guru...Moga Fokuskan  ,Lakukan Gerak kerja  yang berfokus,Berkumpulan, Latihtubi  dan SmartWork...Moga  Kejayaan PerfectScore A++  untuk anaknda/

No comments:

Post a Comment