BAB 6 EMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.
( 1) Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud konsep khalifah.
1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
b) Apakah syarat pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka beragama Islam.
2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.
3. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan berakhlak baik.
5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak.
6. Pandai mentadbir kerajaan Islam.
c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.
1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.
3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.
5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.
6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.
7. Syura bermaksud permuafakatan atau consensus.
d) Apakah tugas khalifah.
1. Memelihara keduduk agama Islam.
2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.
5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.
( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.
1. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.
2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.
7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.
8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.
b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
1. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.
2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.
4. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
5. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
6. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan.
7. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
8. Kalendar – tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.
9. Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.
10. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
12. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.
4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.
3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.
4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.
5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi.
(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).
2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.
4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.
b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
- Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
- Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
- Sistem Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
- Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
- Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
- Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
- Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan).
- Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
- Bidang perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
- Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
- Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
- Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
- Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
- Ilmu agama – Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
- Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
- Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
- Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
- Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
- Pusat pengajiaan tinggi di Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
- Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
- Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
- Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
- Cardova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
- Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
- Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
- Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
- Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).
2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.
7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.
9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual.
2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.
4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).
5. Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.
6. Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).
7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.
c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.
1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.
2. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab.
3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).
4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.
(5) Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
2. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.
5. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.
b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
2. penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
3. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.
4. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.
5. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.
c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.
2. Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
3. apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
4. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.
5. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
6. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.
7. Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.
8. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.
9. Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan.
10. Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam.
11. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.
12. Seni bina – masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.
(6) Faktor penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
1. Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
2. Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.
3. Sistem ketenteraan Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.
4. Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
5. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
b) Politik tidak stabil di Eropah.
1. Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
2. Kemasukkan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
3. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
4. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai penganut Kristian memeluk Islam.
c) Dasar pemerintahan Islam.
1. Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
2. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.
3. Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.
4. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.
d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
1. Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.
2. Mereka bersama ahlisufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi. Ahli sufi.
(7) Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan pertembungan tamadun.
1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.
2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.
3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.
b) Cara pertembungan berlaku.
1. Perdagangan – Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).
2. Diplomatik – kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam.
3. Penaklukan – kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar Byzantine).
4. Kebudayaan – kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.
5. Intelektual – Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.
1. Keagamaan – mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.
2. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.
3. Lahir pelbagai kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.
4. Penguasaan ekonomi – keselamatan lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.
5. Urbanisasi – berlaku kesan kemajuan pedagang Islam.
6. Organisasi sosial – Islam memberi penyelarasan undang – undang yang saksama kepasa semua lapisan masyarakat.
7. pendidikan – merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.
8. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
9. Golongan Mudejar ialah orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.
d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.
1. Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.
2. Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.
3. Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.
4. Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.
5. Politik dan undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.
6. Ilmu Mantik dan falsafah – Ibn Sina, Ibnu Rushd.
7. Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.
8. Kesusteraan – Omar Khayyam, Jalal ad-Din.
9. Pengembaraan – Ibn Battuta, al – Mascudi.
No comments:
Post a Comment