Tuesday, 31 July 2012

skema bab9 tingkatan 5


BAB 9
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
(JAWAPAN)


1. (a)  Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan perang Dunia Pertama.
(10 markah)
- Penyatuan negara-negara lecil di Eropah pada akhir abad ke-19
- Membentuk negara bangsa yang lebih besar
- Contohnya Jerman dan Itali
- Menyertai kuasa besar Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan
- Kuasa besar sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan.
- Bersaing akibat Imperialisme Baru
- Membentuk lingkungan pengaruh.
- Mendapatkan baha mentah
- Memasarkan barangan siap mereka.
- Kemunculan dua pakatan di Eropah.
- Perikatan Kuasa Tengah dianggotai Jerman, Austria-Hungary dan Itali
- Turut disertai Turki dan Bulgaria
- Perikatan Bertiga terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia
- Turut disertai oleh Itali dan Jepun
- Persaingan antara keduanya mengancam petimbangan kuasa




(b) Perihalkan peristiwa Perang dunia Pertama (6 markah)


- Pencetus Perang Dunia Pertama 
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isteri
- /pewaris takhta Austria-Hungary
- oleh seorang pengganas Serbia
- Austria mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang ke atas serbia
- Serbia dosokong oleh Rusia dan Perancis
- Jerman menyerang Perancis melalui Belgium/negara berkecuali
- Britain campur tangan dalam peperangan
- Britain mendapatkan bantuan Amerika
- Amerika melibatkan diri apabila Jerman menyerang kapal dagang Amerika


(c)  Pada pendapat anda mengapakah kuasa besar cenderung untuk terlibat dalam      peperangan. (4 markah)

- Persaingan meluaskan kuasa
/Membuktikan kekuasaan
- Kepentingan ekonomi
- Meluaskan pasaran
- Mendapatkan bahan mentah
- Meluaskan pengaruh
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
2. (a)  Namakan perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama. (1 markah)
- Perjajian Versailles



(b) Apakah matlamat Liga Bangsa (2 markah)
-   Menggalakkan keamanan
- menggalakkan kerjasama antarabangsa
- menjamin keselamatan bersama


(c) Kemukakan kesan politik Perang Dunia Pertama (2 markah)

- Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
- Termetrainya Perjanjian Versailles dalam Persidangan Damai Tahun 1919
- Pembentukan Liga Bangsa 1919
- Mengubah peta Eropah
- Terbentuknya beberapa buah negara baru




(d)  Apakah kesan ekonomi terhadap negara-negara yang terlibat? (3 markah)
- Kesan ekonomi negara-negara terlibat
- mengalami inflasi
- Pengangguran berleluasa
- Menanggung hutang perang yang tinggi
- Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
- Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya


(e)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda adakah Liga Bangsa berjaya mencapai      matlamatnya? (2 markah)


- Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia
- Liga gagal menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan
- Liga Bangsa dibubarkan pada April 1945






3. (a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Perang Dunia Kedua.
( 10 markah)
- Rasa tidak puas hati Jerman terhadap Perjanjian Versailles 
- Jerman negara itu kehilangan tanah jajahannya.
- Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi 
- Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.
- Adolf Hitler berjaya menguasai Jerman melalui partinya Nasional Socialist.
- Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles 
- Hitler membina sebuah angkatan tentera yang besar.
- Hitler berjaya memulihkan ekonomi 
- memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Jerman
- Hitler telah berjaya memulihkan maruah bangsa Jerman 
- mengembalikan semangat kebangsaan kepada rakyat.
- Itali dipihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan 
- Pemimpin Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia).
- Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis.
- Jepun ingin menguasai negara-negara  di Timur 
- Jepun berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat.
- Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri 
- menguatkan ketenteraan Jepun untuk meluaskan pengaruh di Asia.
- Jepun menceroboh Manchuria dan China 
- membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.
- Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Washington untuk menyekat kekuatan tentera dan sekatan bahan mentah ke Jepun.
- 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat 
- seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia.
- Amerika Syarikat tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman 
- Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.
- negara eropah lain termasuklah Britain,Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan.
- Jerman yang bertindak mengukuhkan ketenteraannya 
- Jerman menjalankan perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.


(b) Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua. (6 markah)


- Jerman menyerang Poland dari barat 
- USSR menyerang Poland dari timur.
- Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
- Jerman menguasai Perancis 
- Jerman melancarkan serangan ke atas British tetapi gagal.
- Pada 7 Disember 1941 Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour
- berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
- Pada September 1942 Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain.
- Pada bulan Mei 1945 Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jerman dikalahkan.
- Amerika Syarikat beralih ke Asia 
- memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun 
- Jepun masih bersemangat meneruskan perjuangan mereka.
- Pada 6 Ogos 1945 bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima 
- Dua hari kemudian,bom kedua dijatuhkan di Nagasaki 
- dalam masa yang singkat bandar tersebut musnah.






(c) Menurut pengetahuan sejarah anda apakah akibat peperangan kepada sesebuah      negara. (4 markah)


- Korban nyawa yang tinggi
- Kecederaan rakyat yang banyak
- kos rawataan yang tinggi
- kerosakan negara
- ekonomi terjejas
- kos pemulihan pembangunan yang tinggi
- terima mana-mana jawapan yang munasabah




Kemunculan Blok dan Perang Dingin

4. a) Apakah Blok Dunia? (1 markah)


- negara-negara yang sehaluan 
- berusaha untuk bersatu dan bertindak bersama
- bagi menjaga kepentingan ahli.
- berdasarkan aspek politik,ekonomi atau geografi.


(b) Apakah Perang Dingin? (2 markah)
- berlaku sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga 1989
- berpunca daripada perbezaan ideologi dan fahaman politik
- persaingan antara blok kapitalis dan blok komunis
- Blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat
- disertai 11 buah negara lain
- menandatangani perjanjian Atlantik Utara (NATO)
- Blok komunis diketuai oleh Soviet Union
- disertai 7 buah negara lain
- menandatangani Perjanjian/Pakatan Warsaw




(c) Mengapakah perang tersebut dinamakan perang dingin? (3 markah)


- -Tidak berlaku konflik bersenjata secara langsung
- membuktikan kekuatan masing-masing
- -berusaha menyebarkan pengaruh
- -memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia
- -menggunakan propaganda
- -menggunakan bantuan ekonomi
- menggunakan bantuan ketenteraan
- -cuba mempengaruhi Negara-Negara Dunia Ketiga






(d) Nyatakan kesan Perang Dingin. (2 markah


- Pembentukan Blok Komunis dan Blok Kapitalis
- Penubuhan NATO oleh kuasa Kapitalis
- Penubuhan Pakatan Warsaw oleh kuasa komunis
- Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
- Berlaku perlumbaan senjata
- Pembentukan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

(e) Pada pendapat anda mengapakah negara-negara Dunia Ketiga
    tidak bersekongkol dengan Blok Komunis mahupun Blok Kapitalis.    (2 markah)


- Mahu mengekalkan keamanan dunia
- Mengelakkan campur tangan kuasa asing
- Menghormati kedaulatan sesebuah negara
- Menghormati hak asasi manusia
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah





Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Dasar Luar Malaysia


5. (a) Terangkan maksud hubungan berikut (2 markah)
i. hubungan bilateral : hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
ii. hubungan  multilateral : hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan




(b) Apakah matlamat Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara-negara dunia?
(2 markah)
- Ingin berbaik-baik dengan semua negara.
- Menjamin keselamatan rakyat dan negara.
- Memelihara kepentingan nasional 
- mengekalkan kedaulatan negara.
-     Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
-     Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
- Menjadi warga global yang bertanggungjawab 
- Peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

(c)   Jelaskan bagaimana faktor sejarah menentukan dasar luar Malaysia
(2 markah)
- Wujud hubungan luar sejak  sejak Kesultanan Melayu Melaka.
- Hubungan dengan China, Arab, Siam dan kepulauan Melayu
- Hubungan luar berbentuk perdagangan
- Terjalin hubungan serumpun dengan Kepulauan Melayu
- Selepas merdeka menyertai pertubuhan Komanwel
- Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain
- Sejarah ancaman komunis terhadap keselamatan Malaysia
- Mendorong Malaysia bersikap probarat dan antikomunis
- Bergantung kepada barat untuk mendapat bantuan pertahanan




(d)   Terangkan bagaimana faktor geografi mempengaruhi dasar luar Malaysia
(2 markah)
- Kedudukan Malaysia Strategik di Asia Tenggara
- bersempadan dengan kebanyakan negara serantau 
- seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina    
- dan Brunei
- Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
- Keselamatan negara serantau memberi kesan terhadap keselamatan Malaysia 


(e)  Pada pendapat anda apakah kebaikannya berbaik-baik dengan negara lain di   
                  dunia (2 markah)
- Saling membantu dalam pelbagai bidang
- Dapat berkongsi ilmu
- Meluaskan pasaran
- Mengadakan pertukaran kepakaran
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah




6 a) Nyatakan bagaimana dasar luar semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana 
     Menteri Malaysia menunjukkan sikap probarat. (10 markah)


- Memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis 
- ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara 
- Hubungan baik dengan negara Komanwel Malaysia 
- memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain,Australia dan New Zealand.
- Menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956 untuk menyekat pengaruh komunis.
- British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
- Berbaik-baik dengan negara jiran kerana timbulnya krisis dengan negara jiran
- konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
- terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) 
- keluarnya Singapura daripada Malaysia(1965).
- Usaha-usaha  memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian seperti menubuhkan ASA,MAPHILINDO dan ASEAN.
- Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara kerana merupakan anggota blok sterling.
- Memberikan tumpuan kepada bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.
- Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
- Mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian  perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Jepun,Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.


(b)   Jelaskan bagaimana dasar luar peringkat kedua menunjukkan sikap berkecuali.
(6 markah)
- Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah 
- Malaysia mula mengamalkan  dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
- Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA 
- pengaruh Britain semakin kurang di Timur.
- Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam
- kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China mula campur tangan
- Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman,Bebas da n Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
- Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,Jerman Timur,Korea Utara,Vietnam Utara dan Mongolia.
- Malaysia menunjukkan minat menjalinkan persahabatan dengan semua negara jiran 
- mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.
- Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Malaysia menukar dasar 
                  luarnya kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
(4 markah)


- Ingin mengekalkan keamanan
- Meluaskan hubungan diplomatik
- Mengamalkan konsep ZOPFAN
- Menghormati hak asasi manusia
- Meluaskan pasaran
- Meningkatkan kerjasama ekonomi
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah


7a)  Kemukakan bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi dasar luar negara    
       Malaysia. (8 markah)


- Malaysia mengamalkan pasaran bebas
- Menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi
- Pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British
- Selepas merdeka Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal dari Britain dan Amerika Syarikat.
- Menggalakkan pelaburan asing
- Meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan
- Pelaburan Korea dan Jepun pada tahun 80-an
- Menjalin hubungan baik dengan negara membangun
- Menjalin hubungan baik dengan negara Islam
- Meningkatkan pelaburan dan pasaran barangan keluaran Malaysia 


(b) Huraikan dasar luar peringkat ketiga semasa Tun Mahathir menjadi Perdana 
      Menteri Malaysia. (8 markah)


- masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
- memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi.
- Mementingkan isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan 
- Tumpuan dalam kalangan negara membangun.
- mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
- menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
- Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur  pada tahun 1982 
- menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
- Menggalakkan rakyat menerima  nilai-nilai  baik negara berkenaan
- mencontohi semangat mencintai negara
- menerapkan kesungguhan dalam bekerja
- mengamalkan etika pengurusan kerja yang baik.
- Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan
- Banyak lawatan diadakan ke Afrika. Amerika Selatan, Caribean dan Pasifik Selatan
- misi perdagangan Malaysia akan turut 
- menandatangani perjanjian perdagangan dua hala 
- Menjalinkan hubungan politik dan perdagangan dengan negara Dunia Ketiga disamping negara maju.


(c) Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat membantu  
                  meningkatkan ekonomi negara. (4 markah)


- Bekerja dengan bersungguh-sungguh
- Mengamalkan etika kerja yang baik
- Melibatkan diri dalam kegitan ekonomi yang menguntungkan
- Merebut peluang ekonomi yang disediakan
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang
- Bersikap kreatif dan inovatif
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah






Negara KOMANWEL


8.   (a) Perihalkan latar belakang Komanwel (4 markah)


- Ditubuhkan pada 1931
- Anggotanya terdiri daripada negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka.
- Terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun.
- Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965
- beribu pejabat di London.
- Bermatlamat membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota.
- Mewujudkan kerjasama dalam semua bidang




(b) Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia setelah menjadi anggota Komanwel
(10 markah)
- membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara
- menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
- Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain,Australia dan New Zealand
- akan memberi bantuan pertahanan sekiranya malaysia diserang
- membantu Malaysia semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.
- Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
- Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
- Tanggungjawab komanwel mengatasi masalah pencemaran
- menentang dasar aparteid 
- Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
- Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
- Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
- Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.




(c) Malaysia cenderung untuk  menjadi tuan rumah acara di peringkat antarabangsa?


i. Apakah faedahnya kepada Malaysia? (3 markah)
- Berpeluang mempromosi Malaysia kepada negara lain
- Meningkatkan industri pelancongan Malaysia
- Meningkatkan ekonomi 
- Meningkatkan pasaran kraftangan
- Membuktikan keupayaan Malaysia
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah


ii. Apakah peranan rakyat sebagai tuan rumah? (3 markah)
- Melayan pengunjung dari luar dengan baik
- Menjaga kebersihan negara
- Menjaga nama baik negara
- Mengelakkan perbuatan yang mencemarkan nama negara
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah









Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


9.  (a) Kemukakan ciri-ciri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (2 markah)
- Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945
- Ibu pejabat asalnya di San Francisco 
- berpindah ke New York pada tahun 1946
- dianggotai oleh 51 buah negara pada peringkat awal
- keanggotaannya meningkat kepada 189 buah negara sehingga 2002.
- Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957
- Negara anggota  PBB harus akur dengan Piagam PBB
- Prinsip asas hubungan antarabangsa




(b) Apakah matlamat Piagam PBB. (2 markah)


- menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
- -menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
- -bekerjasama dan menyelesaikan hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
- menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.


(c) Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Tan Sri Razali Ismail dalam PBB?
(1 markah)
- Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
- Wakil Khas PBB menyelesaikan konflik politik negara Myanmar




(d) Kemukakan peranan dua daripada organisasi PBB berikut: (3 markah)


i. Majlis Keselamatan : mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa


ii. Majlis Perhimpunan Agung : sebagai Parlimen yang mendebatkan ha ehwal dunia
iii. Skretariat : menjalankan kerja-kerja pentadbiran
iv. Mahkamah Keadilan
Antarabangsa : menyelesaikan pertelingkahan antara negara
v. Majlis Amanah : mengawasi dan menyediakan pemerintahan sendiri bagi 11 wilayah yang diamanahkan.
vi. Majlis Ekonomi dan Sosial : menguruskan hal ehwal ekonomi dan sosial negara anggota








(e) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia diberi banyak penghargaan untuk     terlibat secara langsung dalam PBB? (2 markah)


- Pemimpin-pemimpin Malaysia berani menyuarakan pendapat
- Pemimpin Malaysia membuktikan ketokohan apabila diberi peluang
- Malaysia menunjukkan komitmen sebagai aanggota PBB




10.     (a) Huraikan sumbangan Malaysia dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
(12  markah)


- menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.
- mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu  mencapai kemerdekaan.
- menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq.
- Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
- Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar aparteid di Afrika Selatan.
- Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.
- Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia
- Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
- Malaysia mengusulkan satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna,Jun 1987 
- Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan.
- menyertai bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO).
- Memberi kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization(WHO).
- Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO).
- Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965,1989 dan 1999.
- Wakil Malaysia ke PBB,Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
- Beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan  konflik politik negara Myanmar.
- Malaysia berpendirian tegas mendesak PBB berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.


(b) Apakah faedah  yang diperolehi oleh Malaysia melalui Keanggotaan dalam PBB?
(4 markah)


- Mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara.
- Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing untuk membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan.
- Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga - Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).
- Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.


(c) Pada pendapat anda apakah langkah yang dapat diambil untuk memupuk       hubungan baik antara negara-negara di dunia ini? (4 markah)


- Melalui sukan
- Mengadakan kerjasama antara negara 
- Mengadakan program pertukaran pelajar
- Berkongsi kepakaran 
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
-


PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI


11. (a) Apakah matlamat penubuhan NAM? (2 markah)


-   Mengekalkan keamanan dunia
- Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis 
- Membangunkan negara anggota
- Mengelak campur tangan asing
- Bertukar-tukar pendapat untuk keamanan  dan pembangunan
- Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui rundingan dan persefahaman




(b) Senaraikan prinsip perjuangan NAM. (2 markah)


- Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
- Menghormati kedaulatan sesebuah negara
- Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara 
- melalui rundingan dan persefahaman
- Menghormati hak asasi manusia
- Membela kepentingan negara anggota / negara sedang membangun




(c) Namakan  negara anggota dalam Pertubuhan NAM (2 markah)


- Bekas tanah jajahan Barat (sebut mana-mana negara berkaitan)
- Negara-negara membangun di Asia/Afrika / Amareka Selatan
- Timor Leste 
- Pulau Catalina




(d) Nyatakan empat isu-isu yang dibangkitkankan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) (2 markah)


- menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
- Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana negara.
- menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
- Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun 
- menubukan Kumpulan G15
- ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
- menghidup kembali NAM
- Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq




(e) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia diberi penghormatan 
menganggotai G16 dalam pertubuhan NAM? (2 markah)


- Malaysia menunjukkan penglibatan yang aktif
- Kebolehan Malaysia diakui
- Malaysia dihormati oleh negara anggota
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah




NEGARA-NEGARA SELATAN


12. (a) Jelaskan apa yang  anda faham tentang Negara-Negara Selatan?
(10 markah)
- dikenali juga sebagai Negara-Negara Dunia Ketiga.
- mempunyai banyak persamaan 
- segi latar belakang ekonominya 
- pernah dijajah oleh kuasa Barat.
- masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.
- tidak mempunyai kepakaran 
- tiada modal 
- untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap.
- Dikenakan  syarat perdagangan yang tidak adil 
- seperti kawalan terhadap harga barang mentah.
- Pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi  
- Bermatlamat untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah
- mahu meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal
- Tidak mahu bergantung kepada negara-negara maju.


(b)  Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam Negara Selatan-Selatan.
(6 markah)
- idea penubuhannya  daripada Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.
- Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989.
- Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.
- Merancang kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.
- Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan(SITTDEC) di Kuala Lumpur.
- Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GSTP).
- Penubuhan kemudahan kredit 
- mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.


(c)   Pada pendapat anda mengapakah Malaysia memainkan peranan yang penting      
                   dalam Negara Selatan-Selatan? (4 markah)


- ingin membela nasib negara-negara dunia ketiga  
- berkongsi kepakaran dengan negara-negara anggota
- tidak berpuas hati dengan sikap negara-negara maju
- berganding bahu demi kemajuan bersama
- terima mana-mana jawapan yang munasabah
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM   (OIC)


13. (a) Perihalkan latar belakang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
(8 markah)


- OIC yang beribu pejabat di Jeddah,Arab Saudi
- ditubuhkan pada tahun 1971 
- idea penubuhan oleh Tunku Abdul Rahman.
- asalnya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara sebagai pemerhati.
- Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang.
- Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.
- Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
- Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
- Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan,Bosnia dan Afghanistan.
- Bantuan  kewangan  kepada negara-negara Islam yang kurang maju 
- menubuhkan Bank Pembangunan Islam 
- memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.




(b) Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.
(8 markah)
- Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.
- Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
- Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
- Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin 
- mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
- Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
- Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
- Tawaran  biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).
- Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam Malaysia telah 
- mendapat penghormatan daripada negara lain 
- amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda apakah faedah yang diperoleh oleh   
                 Malaysia sebagai negara anggota OIC? (4 markah)


- pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam 
- bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
- OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM.
- Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam di bawah naungan OIC.
- Menerima pengiktirafan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agong OIC.
- Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putrajaya pada tahun 2003.




PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA


14  (a) Nyatakan negara-negara yang menganggotai ASA (3 markah)
- Malaysia
- Thailand
- Filipina


(b) Nyatakan tujuan penubuhan ASA. (1 markah)
- Melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis.
- Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.


(c)  Apakah matlamat penubuhan ASA (2 markah)


- Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan 
- dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota.
- Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.


(d)  Mengapakah pertubuhan ini dibubarkan? (2 markah)


- Gagal mewujudkan kerjasama yang erat.
- ASA juga dianggap sebagai antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia.
- Sangsi kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain 
- Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat.
- Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan  Malaysia


(e)Pada pendapat anda mengapakah kita patut menjalinkan hubungan yang 
   baik dengan  negara-negara jiran? (2 markah)


- Apa yang berlaku di negara jiran turut meninggalkan kesan kepada Malaysia
- Sama-sama mewujudkan keamanan serantau
- Saling membantu menyelesaikan masalah serantau
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah


















15 (a) Apakah MAPHILINDO? (1 markah)

- cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia. 




(b) Terangkan tujuan utama penubuhan MAPHILINDO.
(2 markah)
- Meningkatkan perhubungan persahabatan 
- menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.




(c) Mengapakah Filipina dan Indonesia tidak berpuas hati terhadap Malaysia?
(2 markah)


- tidak berpuas hati atas pembentukan Malaysia
- Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme.
- Filipina mendakwa Sabah masih menjadi hak milik negara mereka.


(c) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan pertelingkahan?
(2 markah)
- menubuhkan MAPHILINDO
- memohon bantuan PBB 
- mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan 
Malaysia.
- menghantar perwakilannya  untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.


(d)  Apakah hasil langkah-langkah berkenaan? (3 markah)


- majoriti rakyat Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia.
- Indonesia dan Filipina masih kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB 
- Indonesia dan Filipina terus menentang pembentukan Malaysia.
- Persengketaan yang berterusan 
- MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi dan dibubarkan.





(e)Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang sesuai untuk menyelesaikan    
     masalah serantau? (2 markah)


- Mengadakan rundingan antara pemimpin
- Memilih orang tengah sebagai perantara
- Mendapatkan bantuan daripada pertubuhan tertentu
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah




ASEAN


16. (a)Kemukakan dua matlamat penubuhan ASEAN. (2 markah)


- Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
- Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
- Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
- Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
- Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.


(b) Mengapakah ASEAN mengisytiharkan ZOPFAN? (1 markah)


- mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
- Tidak bersekongkol dengan blok Barat atau Blok Timur
- Bagi mengelakkan campur tangan kuasa besar


(c) Apakah bukti komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep 
                 ZOPFAN? (2 markah)

- Mengisytiharkan Zon Bebas Senjata Nuklear
- Diisytiharkan pada 1984
- Kapal mengangkut bahan nuklear tidak dibenarkan menggunakan 
perairan dan pelabuhan  rantau ini

(d) Kemukakan tiga kerjasama kebudayaan yang dilaksanakan oleh ASEAN.
(3 markah)


- Mengadakanfestival kebudayaan dan kesenian
- Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
- Mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen
- Kerjasama pelancongan
- Mengadakan tahun Melawat ASEAN pada 1992
- Mengadakan Sukan ASEAN




(e)Sebagai pelajar di sebuah negara ASEAN, apakah langkah yang boleh diambil 
     untuk mengeratkan hubungan dengan negara ASEAN yang lain. (2 markah)


- Menyertai program pertukaran pelajar antara negara ASEAN
- Mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lain
- Menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelajar daripada negara ASEAN
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah



17 (a)  Jelaskan kerjasama ekonomi yang dilaksanakan oleh ASEAN.    (7 markah) 


- Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian 
- Melaksanakan projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta Acheh(Indonesia).
- Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN free Trade Area(AFTA) 
- Dato Seri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus(EAEC).
- memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
- Program ini  dinamakan Perundingan Kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN+3 
- Kerjasama judkan antara negara ASEAN dengan negara-negara timur 
iaitu China, Jepun dan Korea.
- Menteri-menteri luar negara Asia Timur dijemput menghadiri majlis kerjasama ekonomi.


(b)  Apakah yang dimaksudkan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Tenggara(AFTA)?
(6 markah)
- Kerjasama ekonomi ASEAN yang diumumkan pada sidang kemuncak di Singapura 1992.
- Menghapuskan sekatan dagangan di kalangan negara-negara ASEAN.
- Menggalakkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota.
- Mewujudkan pasaran yang luas kerana penduduk yang ramai.
- Mengembangkan industri 
- meningkatkan pengeluaran barang.
- Meningkatkan kerjasama ekonomi negara-negara ASEAN.


(c)  ASEAN juga melaksanakan kerjasama dalam bidang sosial sebagai langkah    
                  mengeratkan hubungan sesama negara anggota.
     Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
(7 markah)

- Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
- Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
- Mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen
- Kerjasama pelancongan
- Mengadakan tahun Melawat ASEAN pada 1992
- Mengadakan Sukan ASEAN
- Menubuhkan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN)
- Pembinaan RECSAM (Pusat Serantau Untuk Sains dan Matematik) di Pulau Pinang











GLOBALISASI


18 (a)  Apakah maksud globalisasi? (2 markah)


- Kepesatan teknologi maklumat/komunikasi
- Menjadikan dunia tanpa sempadan
- Aspek ekonomi/soaial/kemahiran/nilai
- Menyeberangi sempadan dengan pantas

(b)  Bagaimanakah perhubungan menjadi semakin pesat? (2 markah)
- Peralatan teknologi baru
- kemajuan komputer/internet
- perkembangan teknologi komunikasi
- telefon mudah alih
- Kos pengngkutan semakin murah 


(c)   Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam 
       menghadapi cabaran globalisasi. (2 markah)


- menyediakan frasarana ICT
- merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT
- mempromosikan Penggunaan ICT
- melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
- Kerajaan telah memperuntukkan belajawan
- Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT
- RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar


(d)   Jelaskan tentang Koridor Raya Multimedia (MSC) (2 markah)

- Dilancarkan pada 27 JUN 1998
- Merujuk kepada kawasan mencakupi KLCC dan KLIA
- Dibangunkan secara berperingkat
- Akan mencakupi seluruh negara
- Bertujuan memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat
- Melahirkan masyarakat yang bermaklumat


(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda apakah kebaikan
    dan keburukan globalisasi? (2 markah)


- Berfaedah
- Menjadi kunci pembangunan
- Meningkatkan jurang antara bandar dan luar bandar
- Jurang antara negara maju dan negara membangun
- Menyekat peluang pekerjaan
- Merendahkan taraf hidup
- Menghindarkan pembangunan sosial
19  (a) Terangkan konsep K-ekonomi dan kepentingannya. (8 markah)


- Ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan
- Keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan
- Mencipta satu nilai baru yang membawa kemajuan
- Mampu bersaing
- Meningkatkan mutu pengeluaran
- Meningkatkan mutu perkhidmatan
- Teknologi dan industri berasaskan pengetahuan
- Menjana keuntungan/kemajuan perniagaan/peluang pekerjaan/perkongsian pintar
- Sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengetahuan
- Lahir dari kekayaan pengetahuan
- Semangat /daya saing yang tinggi
- Perlu untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan
- Inovasi kunci utama kejayaan k-ekonomi
- Melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Peruntukan besar untuk R&D
- Menggalakkan penciptaan baru
- Menggalakkan pendaftaran paten
- Menggalakkan penggunaan penemuan baru
- Meningkatkan tahap kemajuan rakyat dan negara
- Mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi




(b) Terangkan konsep k-masyarakat dan cara untuk menjayakannya. (8 markah)


- K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki/memperkaya diri dengan ilmu pengetahuaan
- Dapat brsaing
- Selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat
- Kerajaan menyediakan prasarana untuk pertumbuhan k-masyarakat
- Membangun dan menyusun semula sistem pendidikan
- Sekolah wawasan memupuk interaksi kaum dan daya saing
- Sekolah Bestari dengan prasarana teknologi maklumat
- Memupuk rasa cinta terhadap IT
- Ubahsuai kurikulum
- Melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis
- Melahirkan kumpulan tenaga kerja yang 
berpendidikan/bermotivasi/berkemahiran tinggi
- Mampu menyahut cabaran globalisasi
- Mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik


(c) Sebagai pelajar apakah persediaan anda untuk memenuhi cabaran globalisasi?
(4 markah)
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu sains
- Menguasai kemahiran IT
- Berdaya saing
- Sentiasa kreatif/dinamis/kritis /analitis
- Menguasai pelabagai kemahiran
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah


















9 comments:

  1. semuanya dalam bab malaysia dan kerjasama antarabangsa kaa ne , cikgu ?

    ReplyDelete
  2. Cikgu.... Boleh tak tolong emailkan kpd saya ? umieaisyah@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Maaf cikgu, tulisan nyaa, tak berapa jelas. sebab warna nya tu. -,-'
    Terutama sekali warna kuning.

    ReplyDelete
  4. Masuk sebijik ...tentang globalisasi....thkx cikgu...syg cikgu....

    ReplyDelete