Kemahiran Pemikiran Sejarah
.1 Memahami
kronologi – bermakna melihat masa lalu, kini dan akan datang
secara urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Di samping itu murid-murid dididik dengan
kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu tamadun disamping
memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman
seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan
tanpa menyatakan tahunnya.
2 Meneroka
bukti – melibatkan kemahiran mengenal pasti sumber pertama dan
kedua dan membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Perkara ini dapat merangsang pemikiran
sejarah seseorang murid di samping memahami masalah sejarah dan sifatnya yang
interpretatif.
3 Membuat
interprestasi – bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa
sejarah dengan memberi ulasan dan kupasan.
Murid-murid disedarkan tentang perbezaan tafsiran dan perspektif yang
wujud di kalangan sejarawan. Mereka
dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah dengan menyedari bahawa
kedua-dua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.
4 Membuat
imaginasi – adalah suatu usaha melibatkan murid-murid sesuatu
dalam peristiwa sejarah yang dikaji.
Kemahiran imaginasi ini ialah imaginasi secara visual dan empati.
5 Membuat rasionalisasi – melibatkan
penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan
sesuatu persoalan yang timbul daripada peristiwa sejarah. Usaha ini, memerlukan kemahiran murid-murid
untuk mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan
membuat inferens daripada data yang dikumpul.
No comments:
Post a Comment