Buat Warga SMKDPB serta anak didikku.........
Afuan daripada bonda guru sepanjang pengajaran dan pembelajaran tidak secukup rasa dan tidak selazat yang dipinta.Bonda menyusun sepuluhjari atas segala kekhilafan dan keterlanjuran kata dan tingkah.
Terkadang tersentuh hati nurani ini...namun jauh dilubuk hati bonda sudah memaafkan kalian.Tetap ada rasa ihsan dan sayang di hati bonda titipkan di sepanjang perjalanan anaknda menuju ke puncak kejayaan.Gunakan cuti dengan pengisian jadual yang berkualiti,dan jangan persiakan usia muda remajamu dengan maksiat kerana ia bisa merosak hati dan menyukarkan nur sampai ke hati nuranimu.
Doakan bonda sekeluarga sihat walafiat dan jumpa lagi pada pertemuan Syawal nanti.Debaran pastikan terasa...........Jazakallahu khairan katsira.
Wassalam Bonda....
No comments:
Post a Comment