Friday, 15 June 2012

LATIHAN dan SKEMA BAB 6 TING 5


BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA



SOALAN STRUKTUR


1. Politik, ekonomi dan sosial adalah merupakan aspek yang diambil kira dalam cadangan
    penubuhan Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai reaksi terhadap cadangan ini, melalui
    pelbagai usaha akhirnya pembentukan Malaysia diterima pada 16 September 1963.

    a). Senaraikan DUA buah negara di Kepulauan Borneo yang dicadang penggabungannya
         ke dalam Malaysia.

          i. ………………………………………………………………………………………….

         ii. ………………………………………………………………………………………….
                                                                                                                      ( 2 markah )

     b). Nyatakan TIGA sebab British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.

         i. ……………………………………………………………………………………….. …

        ii. …………………………………………………………………………………………..

       iii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 3 markah )

     c). Nyatakan TIGA alasan yang mendorong Singapura di bawah Lee Kuan Yew bersetuju
          menyertai Malaysia.

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..

       iii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 3 markah )

     d). Kemukakan DUA faktor ekonomi  yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 2 markah )








2. Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk oleh kerajan British bagi mengkaji memorandum yang
    telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum berkaitan dengan
    penubuhan Malaysia.

    a). DUA rakyat tempatan yang turut menjadi ahli suruhanjaya di atas ialah

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 2 markah )
    b). Nyatakan DUA peranan suruhanjaya di atas berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 2 markah )

    c). Nyatakan TIGA hasil daripada tinjauan suruhanjaya di atas di Sarawak dan Sabah
         berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..

       iii. …………………………………………………………………………………………..
                                                                                                                      ( 3 markah )

     d).Kemukakan TIGA cadangan suruhanjaya di atas berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

         i. …………………………………………………………………………………………..

        ii. …………………………………………………………………………………………..

       iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )


SOALAN ESEI


1. a). Bincangan cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia.
( 9 markah )
     b). Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.
                                                                                                                      ( 11 markah )


2. a). Huraikan reaksi dalam dan luar negeri terhadap cadangan penubuhan Malaysia.
                                                                                                                      ( 11 markah )
    b). Bincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh pemimpin tempatan untuk
         menangani pelbagai reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
                                                                                                                      ( 9 markah )

SKEMA STRUKTUR

1.a).   i. Sarawak
         ii. Sabah
        iii. Brunei
                                                                                              ( 2 markah )

   b).   i. menjayakan proses dekolonisasi.
         ii. selaras dengan usul PBB memerdekakan tanah jajahan.
        iii. kestabilan politik di Asia Tenggara.
        iv. menghalang penyebaran pengaruh komunis.
         v. kepentingan mereka terutama di Singapura terkawal
                                                                                              ( 3 markah )

   c).   i. kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura.
         ii. kemenangan Barisan Sosialis melemahkan parti pimpinan beliau.
        iii. pengaruh Barisan Sosialis mengugat kemerdekaan Singapura.
        iv. bimbang terhadap ancaman komunis.
                                                                                              ( 3 markah )

    d).  i. mengwujudkan pasaran yang luas.
          ii. menggalakkan pelaburan dalam industri pertanian.
         iii. mengwujudkan kerjasama ekonomi.
                                                                                              ( 2 markah )


 2.a). i. Tan Sri Ghazalie Shafie.
         ii. Dato’ Wong Pow Nee.
                                                                                              ( 2 markah )

   b).  i. meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.
         ii. mengemukakan cadangan kepada British berkaitan cadangan gagasan Malaysia.
        iii. menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan berkaitan gagasan Malaysia.
                                                                                              ( 2 markah )   

   c).   i. 1/3 rakyat menyokong penggabungan tanpa syarat.
         ii. 1/3 rakyat menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi.
        iii. 1/3 rakyat hendakkan kemerdekakan terlebih dahulu.
                                                                                              ( 3 markah ) 

   d).   i. perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
         ii. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen dan bahasa Melayu.
        iii. jaminan hak dan kedudukan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
        iv. pemberian nama Malaysia.
         v. penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
                                                                                              ( 3 markah )


 

SKEMA ESEI


1.a). Cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia.

Brassey
Lord Brassey mencadangkan kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Mac Donald
Malcom Mac Donal mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Dato’ Onn
Dato’ Onn mencadangkan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia.
Marshall         
David Marshall dan Lim Yew Hock turut mencadangkan pembentukan Malaysia.
Lee
Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
TAR   
Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan penggabungan kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Setuju
akhirnya Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan penggabungan.
7 isi x 2 markah = mak. 9 markah

   b). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.

Sosialis
perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang mengugat kemerdekaan Singapura.
Komunis
bimbang terhadap ancaman dan pengaruh Parti Komunis Malaya.
Benteng
penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah dapat menjadi benteng
menghadapi ancaman komunis.
Kemerdekaan
mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Singapura.
Dekolonisasi  
menjayakan proses dekolonisasi British di Asia Tenggara selaras dengan usul PBB.
Kestabilan
dapat mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara.
Kawal
British dapat mengawal kepentingan mereka terutama pengkalannya di Singapura.
Pasaran
mewujudkan pasaran yang lebih luas.
Galak
menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
Kerjasama
mewujudkan kerjasama ekonomi untuk memanfaatkan keistimewaan yang ada.
Imbang           
mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negara-negara anggota.
Kesepakatan   
mewujudkan kesepakatan dan semangat setiakawan antara negara anggota.
12 isi x 2 markah = mak. 11 markah

2.a). Reaksi cadangan penubuhan Malaysia.

Runding
Parti Islam se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis mahukan cadangan ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
UMNO           
UMNO bersetuju dengan penggabungan tanpa Singapura.
PAP    
Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew bersetuju.
Sosialis
Barisan Sosialis menentang kerana menganggap Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
Buruh
Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu menyokong pandangan Barisan Sosialis berkaitan dengan pendapat rakyat.
Tolak
awalnya penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan penggabungan kerana ingin kekal di bawah British.
Sokong
Parti Negara, SNAP, PESAKA dan SCA menyokong penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.
Setuju
kesemua parti politik di Sabah bersetuju dengan penggabungan.
Brunei
awalnya Sultan Brunei bersetuju dengan penggabungan.
Tentang
Parti Rakyat Brunei menentang kerana bercita-cita menubuhkan Persekutuan Borneo dan anggap Malaysia neo-kolonialisme
Lancar
melancarkan pemberontakan di bawah Tentera Nasional Kalimantan Utara.
Indonesia       
Indonesia membantah pembentukan kerna menganggap Malaysia neo-kolonialisme.
Konfrantasi    
mengisytiharkan dasar konfrantasi terhadap Malaysia.
Filipina
Filipina membantah kerana menuntut Sabah.
14 isi x 2 markah = mak 11 markah


 b). Langkah menangani reaksi.

Jelas
menjelaskan kepada penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Tindak
bertindak balas terhadap pencerobohan Indonesia ke atas Malaysia dengan bantuan tentera Komanwel.
Pelihara
memelihara kedaulatan negara dan rakyat apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara-negara Afro-Afrika dan negara Dunia Ketiga.
Hantar
menghantar deligasi ke Afrika untuk menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Malaysia-Indonesia.
MAPHILINDO
menyertai pertubuhan MAPHILINDO untuk memulihkan hubungan dengan Filipina dan Indonesia.
JPPK   
menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum untuk
menerangkan tentang gagasan Malaysia.
JAK    
menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk menerangkan tentang penubuhan Malaysia.
7 isi x 2 markah = mak 9 markah

                                              
  
   

No comments:

Post a Comment