Friday, 15 June 2012

INOVASI TEKNIKIMEJ RAJA


INOVASI   SUBJEK   SEJARAH
TAJUK INOVASI   SEJARAH :   TEKNIK   IMEJ RAJA
 AKU  ADALAH   RAJA

PERNYATAAN  MASALAH:
1.       Pelajar   tidak  memahami  pengaruh   Agama   Hindu  Buddha  dalam  sistem Pemerintahan yang terdapat dalam Bab3 Tamadun Awal di Asia  Tenggara.
2.       Terdapat  banyak  fakta menyebabkan  fakta  bercampur-aduk.
3.       Pelajar mudah  lupa akan fakta dan  tidak  memahami konsep soalan.

PENYELESAIAN MASALAH:
1.Pada  awalnya,guru  menjadikan DIRI  sebagai  subjek  RAJA.Pelajar mengikut arahan  yang diberi dengan menggunakan katakunci secara  berulang-ulang.
2.Hasilnya, didapati  pelajar berasa seronok kerana DIRI pelajar dilibatkan dan wujud  keterampilan dan penonjolan  diri  untuk mengingat  fakta yang diberi.
3.Bagi penambahbaikan  guru , mengaplikasikannnya  dalam bentuk lukisan  imej RAJA  melalui  teknik IMAGINASI.Pelajar  diberikan kertas kosong dan pelajar  cuba  membayangkan dan melukiskan
Pengaruh Raja  dalam sistem pemerintahan dengan bimbingan  guru.

4.Guru  melukiskan gambaran tersebut di papan  whiteboard  dan pelajar  cuba melukiskannya  samada menggunakan lukisan yang sama   atau diubah suai  melalui kreativiti parapelajar.
Hasilnya, para  pelajar  sebenarnya  lebihkreatifdaripada guru.Hasilyangterbaikdipamerkan didalamkelas dan dijadikancontoh  Terbaik.

5.Setiap  gambaran  tersebut diberikan petunjuk  KATA KUNCI. Pelajar lebih mudah memahami  konsep ini.

6.Guru terus membuat  penambahbaikan   dengan  memberikan aktiviti latihan   dalam bentuk struktur  dan  esei secara  closebook tanpa  melihat buku teks.Hasilnya, para pelajar dan guru berbincang  dan  didapati pelajar dapat mengeluarkan isi penting menerusi  KATAKUNCI  menerusi GAMBARAN  RAJA  yang telah dilukiskan.Teknik inidijadikan  suatu  KONSEP yang mudah untuk mengingat berbanding fakta yang panjanglebar.
7.Walaubagaimanapun,pemahaman menerusi  pembacaan bukuteks merupakan  syarat  utama  sebelum diperkenalkan teknik ini.


No comments:

Post a Comment