BAB
5 – PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA YANG MERDEKA
SISTEM
AHLI
● Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan
dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
CIRI-CIRI
SISTEM AHLI
● Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada
beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang
dibentuk.
● Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
● Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
● Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
● 5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1
India.
● 4 orang pegawai Inggeris.
● Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya
Tinggi British.
PAKATAN
MURNI
● Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu
menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
● Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang
tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan
pelbagai kaum.
BEBERAPA
USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN
1.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
@ Communities Liaison Committee (CLC)
pd
Januari 1949.
● Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.
● Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6
pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan
Eropah.
Hasil
Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.
● Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural
Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan
pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
● Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran
yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah
menjadi rakyat Tanah Melayu.
● Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai
diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
1. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
● Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.
● Cadangan beliau dikecam hebat.
● Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah
struktur UMNO.
● Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.
2. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya
Party (IMP).
● Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep
kerjasama kaum dlm sebuah parti.
● IMP terbuka kepada semua kaum.
● Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan
kaum lain.
● Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai
satu bangsa Tanah Melayu.
3. Penubuhan Persidangan Kebangsaan
● Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm
MacDonald
● Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan
perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
4. Konvensyen Kebangsaan
● Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
● Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik
yang lain.
● Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti
Perikatan.
SURUHANJAYA
REID
- Dibentuk pada Mac
1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.
- Anggota Suruhanjaya
Reid
● Lord Reid (Hakim British)
● Sir Ivor Jennings
● Sir William McKell
● Tuan B. Malik
● Tuan Abd. Hamid
- Beberapa isu menjai
panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.
● Kerajaan Persekutuan yang kuat
● Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang
tertentu.
● Kedudukan Raja-raja Melayu.
● Hak istimewa orang Melayu.
● Pewujuan satu bangsa persekutuan.
PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
Antara
isi pentingnya termasuklah:
● Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
● Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri.
● Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
● Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat
Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli
diterima.
● Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
● Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
● Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
● Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
● Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
● Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
● Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana
pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.
KEPENTINGAN
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
● Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja
Berperlembagaan dibentuk.
● Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini
dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
● Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
● Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk
mentadbir sesebuah negara berdaulat
mengikut acuan sendiri.
● Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti
masyarakat yang merdeka.
● Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa
diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
- TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
● Presiden UMNO
● Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.
● Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
● Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni
dan gemilang.
- TUN ABD RAZAK
● Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
● Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd
tahun 1956.
● Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957.
● Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
● Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada
1970.
- TUN H.S LEE
● Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.
● MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan
kemerdekaan negara pada tahun 1957.
- TAN CHENG LOCK
● Presiden MCA
● Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan
kemerdekaan negara.
- TUN V. T SAMBANTHAN
● Presiden MIC
● Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan
kemerdekaan negara.
● Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
● Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada negara.
No comments:
Post a Comment