8.
Kemasukan pengaruh agama Hindu-Buddha telah mempengaruhi
sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
(a)
Bagaimanakah pengaruh Hindu-Buddha tersebar ke Asia
Tenggara ? [
8 markah ]
F1
|
Pendapat pertama, pengaruh Hindu dibawa oleh golongan
Ksyatria atau tentera
|
F2
|
Melalui penaklukan
|
F3
|
Dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India
yang membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara
|
F4
|
Pendapat kedua, pengaruh tersebut dibawa oleh golongan
pedagang ( vaisya )
|
F5
|
Melalui perdagangan
|
F6
|
Pendapat ketiga, dibawa oleh golongan Brahmin ( pendeta )
|
F7
|
Pendapat keempat, berlaku melalui penyesuaian
aspek-aspek kebudayaan India yang menarik
dengan budaya tempatan
|
F8
|
Aspek kebudayaan India diterima melalui perdagangan
|
F9
|
Contohnya, penerimaan masyarakat peribumi terhadap
aspek keagamaan dan sistem beraja
|
F10
|
Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
bermula sejak abad ke 5 S.M
|
F11
|
Perdagangan dua hala antara India dengan Asia Tenggara
berkembang kerana India berusaha dapatkan
logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian
dari Rom memberhentikan perdagangan logam
emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan emas di
Rom
|
F12
|
Kesannya aspek kebudayaan India diterima dan diterapkan
|
F13
|
Dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran, kesenian,
kesusateraan di negara Asia Tenggara
|
F14
|
Pendapat ini dipersetujui dan diterima oleh para
sejarawan
|
F15
|
Jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam
bercirikan Asia Tenggara
|
F16
|
Ikatan tali kulit harimau pada arca yang hanya ditemui
di Srivijaya memperkukuhkan pendapat ini
|
[ mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]
(b)
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pengaruh
Hindu-Buddha wujud dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara? [ 6 markah ]
F1
|
Menjalankan pemerintahan beraja
|
F2
|
Gelaran raja kepada ketua pemerintahan kerajaan awal
|
F3
|
Raja sebagai ketua pemerintahan
|
F4
|
Dibawah raja terdapat kerabat diraja
|
F5
|
Diikuti golongan pembesar termasuk ahli agama, iaitu
Brahmin
|
F6
|
Diikuti rakyat dari pelbagai golongan
|
F7
|
Golongan Brahmin memainkan peranan penting adalam
upacara keagamaan
|
F8
|
Raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada
pegawai tentera dan hakim
|
F9
|
Hamba menduduki kedudukan paling bawah
|
F10
|
Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha
dalam kerajaan awal Asia Tenggara seperti
Yuvaraja, Parvandha, Bhupati, Senapati, Raja Kumaraa,
Tuhan Vatakuurah dan Kumratmatya di Srivijaya
|
F11
|
Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa
sanskrit
|
F12
|
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan
|
F13
|
Seperti pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan
khazanah negara
|
F14
|
Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib
dilaksanakan
|
F15
|
Sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap
menderhaka
|
F16
|
Tidak akan diampunkan
|
F17
|
Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
|
F18
|
Raja merupakan bayangan tuhan (dewa raja)
|
F19
|
Dipercayai memiliki kesaktian
|
F20
|
Rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja berlaku
tidak adil
|
F21
|
Kedudukan dan status raja diperkukuh melalui unsur
mitos dan legenda berkaitan asal-usul raja
|
F22
|
Raja membina kompleks kota yang melambangkan konsep
alam semesta (orde kosmos)
|
F23
|
Kerana bercita-cita menjadi raja yang ulung iaitu berkuasa terhadap alam semesta
|
F24
|
Raja mewujudkan pelbagai adat istiadat
|
F25
|
Seperti pertabalan raja yang diketuai oleh golongan
Brahmin
|
F26
|
Untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan
diperintah
|
F27
|
Raja menjalankan upacara angkat sumpah bagi mengukuhkan
konsep dewa raja
|
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(c)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah
pemerintah di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya ?
F1
|
Menjadi ketua pemerintah
|
F2
|
Berkuasa mutlak
|
F3
|
Ketua tentera
|
F4
|
Pemegang khazanah tentera
|
F5
|
Raja dianggap sebagai dewaraja
|
F6
|
Menjadikan ibu kota sebagai pusat alam
|
F7
|
Menggunakan golongan Brahmin untuk mengukuhkan
kedudukan
|
F8
|
Unsur mitos dan legenda tentang asal-usul raja
|
F9
|
Melalui pelbagai adat seperti adat pertabalan
|
F10
|
Membina monumen/kompleks kota
|
F11
|
Perintah raja mesti dilaksanakan
|
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
9.
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang ketua keluarga
yang penyayang, malah pemimpin yang bijaksana dan pedagang yang berjaya.
(a)
Nyatakan enam sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sehingga
dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.
F1
|
Siddiq bermaksud berkata benar
|
F2
|
Amanah bermaksud dipercayai
|
H2a
|
Khadijah menyerahkan modal
yg besar kepada baginda untuk diperniagakan
|
H2b
|
Menyampaikan ajaran islam
dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi rintangan
|
F3
|
Tabliq bermaksud menyampaikan
|
F4
|
Fatanah bermaksud bijaksana
|
H4a
|
Bijak dalam menyelesaikan
peristiwa perletakan semula Hajar Aswad ( batu hitam )
|
H4b
|
Walaupun kandungan Perjanjian Hudaibiyah kelihatan
berat sebelah, baginda tetap menerimanya sebagai satu hikmah untuk terus
menyebarkan Islam
|
F5
|
Digelar al-amin
|
H5a
|
Perkataan dan perbuatan
sentiasa dipercayai kerana tidak pernah berbohong
|
F6
|
Pengasih dan bertimbang rasa
|
H6a
|
Membantu isteri memasak/
menampal pakaian/ melayan anak/ membersihkan rumah
|
H6b
|
Memberikan didikan agama
yang cukup kepada anak-anak
|
H6c
|
Menjadikan diri baginda
teladan kepada anak-anak
|
H6d
|
Mengamalkan cara hidup yang
sederhana
|
F7
|
Sentiasa merendah diri
|
H7a
|
Bergaul dengan semua lapisan
masyarakat sama ada kaya atau miskin
|
F8
|
Penyayang
|
H8a
|
Menyayangi orang tua dan
kanak-kanak
|
F9
|
Pemaaf
|
H9a
|
Mengampunkan dan memaafkan
orang Arab Quraisy yang menyerah diri
|
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(b)
Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam
menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai. [ 8 markah ]
F1
|
Baginda menyampaikan dakwah
secara lemah lembut dan berhikmah
|
F2
|
Menyebarkan Islam secara
berperingkat-peringkat
|
H2a
|
Pada mulanya secara rahsia dan kemudia secara terbuka
|
H2b
|
Memilih strategi melakukan dakwah Islamia secara rahsia
pada peringkat awal
|
H2c
|
Bagi mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas
Islam dihancurkan
|
H2d
|
Hanya menyebarkan Islam secara terbuka setelah menerima
perintah Allah SWT
|
F3
|
Tidak memaksa orang ramai
memeluk Islam
|
F4
|
Agama menyembah berhala
dihapuskan dan digantikan dengan ajaran Islam
|
F5
|
Masyarakat Islam telah mula mendalami
ilmu pengetahuan Islam
|
F6
|
Kota Makkah dijadikan kota
suci umat Islam
|
F7
|
Makkah menjadi tumpuan umat
Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat
|
F8
|
Membuktikan bahawa negara
Islam yang dibentuk di Madinah kukuh di bawah pimpinan nabi Muhammad SAW
|
F9
|
Menjadi pembuka jalan
penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
|
F10
|
Dakwah Islam telah tersebar
secara aman
|
F11
|
Mewujudkan pusat
pemerintahan Islam yang kuat
|
F12
|
Makkah dijadikan sebuah
wilayah Islam
|
[ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]
(c)
Huraikan sifat positif Nabi Muhammad SAW yang wajar
diteladani oleh murid dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
F1
|
Berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan
|
F2
|
Bersifat pengasih dan bertimbang rasa
|
F3
|
Pemaaf
|
F4
|
Memiliki kesabaran yang tinggi
|
F5
|
Bijak mengatur strategi
|
F6
|
Mempunyai wawasan
|
F7
|
Berpandangan jauh
|
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
10 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku
pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi.
(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?
[ 8 markah ]
F1
|
Hijrah ialah perkataan Arab
yang bermakna berpindah
|
F2
|
Perpindahan berlaku dari
satu tempat ke tempat yang lain
|
F3
|
Dalam konteks tamadun Islam,
hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah
|
H3a
|
Usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
|
H3b
|
Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
|
F4
|
Perjuangan untuk menegakkan
kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan
|
F5
|
Menjadi lambang semangat ingin
berubah
|
H5a
|
Perubahan yang boleh berlaku adalah dalam pelbagai
keadaan
|
H5b
|
Perubahan dari segi sikap
|
H5c
|
Cara berfikir atau tingkah laku
|
F6
|
Orientalis Barat
mentafsirkan hijrah
|
H6a
|
Mentafsirkan hijrah suatu yang negatif iaitu sebagai
suatu pelarian
|
H6b
|
Konsep ini boleh disangkal dengan menggunakan empat
hujah
|
H6c
|
Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah
kerana jemputan orang Arab Madinah seperti
Yang tercatat dalam perjanjian Aqabah II.
|
H6d
|
Ketibaan orang Islam Makkah di Madinah telah disambut dengan
rela dan meriahnya oleh orang Madinah.
|
H6e
|
Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang
sewajarnya selain dijamin oleh mereka
mengenai keselamatan oleh orang arab Madinah.
|
H6f
|
Nabi Muhammad SAW telah dilantik sebagai pemimpin
Madinah dan baginda diterima oleh
kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang
bukan Islam
|
[ mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]
(b)
Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. [ 6 markah ]
F1
|
Aqabah I
|
H1a
|
Nabi Muhammad SAW memeterai Perjanjian Aqabah Pertama
dengan orang Madinah
|
F2
|
Aqabah II
|
H2a
|
Nabi Muhammad SAW memeterai Perjanjian Aqabah Kedua
dengan orang Madinah
|
F3
|
Tentangan orang Quraisy
|
H3a
|
Nabi Muhammad SAW mendapat tahu tentang pakatan untuk
membunuhnya daripada wahyu Allah
|
F4
|
Perintah Hijrah
|
H4a
|
Nabi Muhammad SAW ke rumah Abu Bakar al-Siddiq dan
memberitahu beliau tentang wahyu Allah
yang memerintahkan baginda supaya berhijrah
|
F5
|
Bersembunyi di Gua Thur
|
H5a
|
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi
di Gua Thur selama tiga malam
|
F6
|
Singgah di Quba’
|
F6a
|
Nabi Muhammad dan Abu Bakar al-Siddiq sampai ke Quba’
dan mendirikqan masjid Quba’
|
F7
|
Tiba di Madinah
|
H7a
|
Nabi Muhammad SAW mendirikan masjid al-Nabawi,
mempersaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar serta membentuk Piagam Madinah
|
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(c)
Pada pandangan anda, apakah kepentingan peristiwa hijrah
terhadap sejarah perkembangan Islam ?
F1
|
Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada
peningkatan tamadun
|
F2
|
Selepas berlaku hijrah, dakwah Islamiah dapat
dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung
|
F3
|
Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW untuk
mendamaikan suku Arab di Madinah.
|
F4
|
Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam
Makkah dengan orang Islam Madinah
|
F5
|
Menyatukan golongan yang sebelumnya mempunyai perbezaan
dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
|
F6
|
Baginda memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam
Makkah yang berhijrah ke Madinah
|
F7
|
Orang Islam Madinah yang membantu Muhajirin dikenali
sebagai Ansar
|
F8
|
Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada
pelbagai suku, budaya dan agama.
|
F9
|
Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
|
F10
|
Masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,
agama dan aktiviti lain untuk menikmati
kesejahteraan dan kemakmuran hidup
|
F11
|
Pembinaan sebuah masjid iaitu Masjid al-Nabawi
|
F12
|
Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam
|
F13
|
Baginda menukar nama Yathrib kepada Madinah
al-Munawwarah atau kota bercahaya
|
F14
|
Usaha untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun
Islam dan agama Islam menjadi cara
hidup yang
merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.
|
F15
|
Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang
|
F16
|
Peristiwa Hijrah memperlihatkan bahawa wanita juga
dapat memainkan peranan penting dalam
kemajuan sesebuah negara
|
F17
|
Hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa
Nabi Muhammad yang sanggup berkorban
dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan
Islam.
|
F18
|
Tidak berputus asa apabila menempuh kegagalan.
|
F19
|
Kebijaksanaan mengatur strategi
|
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
11.
Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW
merupakan sebuah perlembagaan yang lengkap, menyeluruh dan mengambil kira
kepentingan semua pihak.
(a)
Jelaskan intisari kandungan Piagam Madinah. [ 6
markah ]
F1
|
Politik
|
H1a
|
Baginda sebagai ketua negara/ pemimpin
|
H1b
|
Sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan masalah
secara musyawarah dan keadilan
|
F2
|
Perundangan
|
H2a
|
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
|
H2b
|
Peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah boleh
diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
|
H2c
|
Hukuman yang dikenakan dilakukan dengan adil
|
F3
|
Ekonomi
|
H3a
|
Tiada diskriminasi dalam ekonomi
|
H3b
|
Melarang amalan riba, penipuan dan penindasan agama
|
H3c
|
Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi
memajukan ekonomi negara
|
F4
|
Agama
|
H4a
|
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing
|
H4b
|
Bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak
bertentangan dengan Islam
|
H4c
|
Menghormati agama yang dianuti oleh individu lain
|
H4d
|
Melarang sikap buruk sangka dari segi agama
|
H4e
|
Tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam
|
F5
|
Sosial
|
H5a
|
Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah dan mempunyai
tanggungjawab yang sama
terhadap negara.
|
H5b
|
Hidup bersatu padu, tolong menolong dan memelihara
kehormatan negara
|
H5c
|
Perasaan benci-membenci dan mementingkan diri dielakkan
demi menjaga keharmonian hidup
|
H5d
|
Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
|
F6
|
Pertahanan
|
H6a
|
Mewajibkan masyarakat Madinah mempertahankan Madinah
daripada ancaman musuh luar
|
F7
|
Kedudukan orang yahudi
|
H7a
|
Diakui sebagai rakyat Madinah
|
H7b
|
Mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain
|
H7c
|
Dibenarkan tinggal di Madinah
|
H7d
|
Menikmati kebebasan dan keselamatan
|
H7e
|
Kedudukan mereka terjamin selagi mematuhi Piagam
Madinah
|
H8f
|
Tidak dibenarkan menimbulkan huru hara
|
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(b)
Terangkan kepentingan Piagam Madinah kepada penduduk
Madinah. [ 8
markah ]
F1
|
Model kerajaan Islam yang
unggul
|
H1a
|
Menjadi panduan kepada pemerintah berasaskan Islam
|
H1b
|
Dilengkapi perlembagaan yang diterima pakai oleh semua golongan
|
H1c
|
Unsur Islam mampu dipraktikkan dalam negara yang
berbilang bangsa dan agama
|
H1d
|
Mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap iaitu
merangkumi peraturan dunia dan akhirat
|
F2
|
Perundangan
|
H2a
|
Undang-undang yang lengkap dan sempurna
|
H2b
|
Syariah Islam yang adil
|
F3
|
Pembentukan negara
|
H3a
|
Menyusun perlembagaan negara sebelum mengasaskan negara
|
H3b
|
Masyarakat Madinah diikat dengan perjanjian yang
lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah
pemerintahan
|
F4
|
Ekonomi
|
H4a
|
Amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan tidak
dibenarkan
|
H4b
|
Sifat bertimbang rasa dan amalan sedekah digalakkan
|
H4c
|
Mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
|
H4d
|
Ekonomi kerajaan Islam di Madinah meningkat
|
F5
|
Masyarakat baru berasaskan
ummah
|
H5a
|
Masyarakat yang bersatu padu
|
H5b
|
Masyarakat yang hidup aman
|
H5c
|
Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah
|
H5d
|
Sifat positif seperti semangat perpaduan dan rela
berkorban dipupuk dan dipraktikkan
|
F6
|
Taraf dan kedudukan rakyat
sama
|
H6a
|
Konsep keadilan sosial telah dipraktikkan
|
H6b
|
Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
|
H6c
|
Tiada perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat
|
F7
|
Menyusun kehidupan
masyarakat secara sistematik
|
H7a
|
Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang
digariskan
|
H7b
|
Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain
|
H7c
|
Semua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah
|
H7d
|
Mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang
menjadi panduan masyarakat
|
H7e
|
Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan Madinah
|
H7f
|
Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar
|
[ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]
(c)
Apakah ciri negara
Islam Madinah yang boleh diaplikasikan dalam konteks masyarakat majmuk di
Malaysia pada hari ini ? [
6 markah ]
F1
|
Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan
negara daripada ancaman luar
|
F2
|
Kerjasama antara masyarakat pelbagai bangsa
dituntut demi kemajuan ekonomi negara
|
F3
|
Unsur-unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem
perniagaan
|
F4
|
Masyarakat tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
|
F5
|
Masyarakat bebas mengamalkan agama/adat masing-masing
selagi tidak bertentangan dengan Islam
|
F6
|
Keselamatan rakyat dijamin selagi mereka mematuhi
perlembagaan negara
|
F7
|
Rasuah dan penindasan tidak dibenarkan
|
F8
|
Masalah ekonomi orang Melayu dapat dibantu dengan
pemberian Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
|
F9
|
Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
|
F10
|
Ekonomi negara meningkat hasil kerjasama masyarakat
berbilang kaum
|
[ Mana-mana 6x1m = 6 markah ]
No comments:
Post a Comment