Skema jawapan ( Bahagian A )
1.
Pemerintah yang telah berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil,
akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan
pembukaan kawasan baru.
a)
Nyatakan dua sumbangan Alexander The Great dalam perluasan empayar Yunani
(i)
Menguasai Parsi, Mesir, Tuskistan dan Samarkand
(ii)
Menguasai seluruh kawasan Laut Merah
(iii) Menyebarkan budaya Hellenistik
(iv)
Budaya Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam Yunani seperti
Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
( pilih mana-mana 2 markah )
b)
Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Empayar Yunani ?
(i)
Kematian Alexander the Great (ii) Kemunculan Rom ( 2 markah )
c)
Senaraikan tiga faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya
semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasanya ?
(i)
Pasukan tentera yang besar (iii)
600 ekor gajah
(ii)
1000 orang tentera berkuda (iv)
10 000 orang infantri ( pilih mana-mana 3 markah )
d)
Apakah kaedah perluasan kuasa yang dilakukan semasa pemerintahan Asoka?
(i)
Meluaskan kuasa dengan menekankan agama Buddha ( 1
markah )
e)
Pada pendapat anda, bagaimakah Asoka berjaya memperluas pengaruh dan
kedudukan Maurya?
(i)
Tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk meluaskan kuasa
(ii)
Menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka
(iii) Menekankan penyebaran agama
Buddha
(iv)
Kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga. (
pilih mana-mana 2 markah )
2.
Kerajaan agraria merupakan salah satu kerajaan yang
muncul dalam tamadun awal di Asia
Tenggara.
(a)
Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.
(i)
Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,
penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
(ii)
Terbentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur
(iii)
Juga terdapat di kawasan pedalaman
(iv)
Kawasan subur di lembah-lembah sungai ( pilih mana-mana 3 markah )
(b)
Nyatakan tiga aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat
kerajaan agraria.
(i)
Tanaman utama utama iaitu tanaman padi sawah dan padi huma
(ii)
Tanaman sampingan iaitu jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
(iii)
Menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam
(iv)
Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading,
damar, kayu cendana dan buah-buahan
(v)
Mencari sarang burung
(vi)
Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
(vii) Penternakan binatang ( pilih
mana-mana 3 markah )
(c)
Berikan dua faktor yang menyumbang kepada kemajuan
pertanian kerajaan agraria.
(i)
Pembinaan sistem pengairan yang baik
(ii)
Contohnya perkembangan pertanian Funan dan Angkor adalah disebabkan sistem
pengairan yang bersumberkan air dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
(iii)
Raja terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
(iv)
Contohnya ialah pembinaan baray
(v)
Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
( pilih
mana-mana 2 markah )
(d)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu
dilaksanakan untuk memajukan sektor pertanian negara.
(i)
Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem
pengairan
(ii)
Penggunaan mesin yang berteknologi tinggi
(iii)
Menanam minat untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian sejak dari
kanak-kanak
(iv)
Permintaan pasaran yang menggalakkan ( pilih mana-mana 2 markah/jawapan yang
munasabah )
3.
Zaman Jahiliah telah berlaku lebih kurang 310
tahun, iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.
(a)
Berikan satu peristiwa penting yang telah berlaku dalam
jangka masa Zaman Jahiliah.
(i)
Empangan Maarib runtuh (iii)
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
(ii)
Turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW (
pilih mana-mana 1 markah )
(b)
Nyatakan dua kedudukan wanita dalam masyarakat Arab
Jahiliah.
(i)
Wanita dipandang rendah dalam masyarakat
(ii)
Tidak dapat mewarisi harta pusaka
(iii) Bayi perempuan ditanam
hidup-hidup kerana dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga
(iv)
Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus. [
pilih mana-mana 2 markah ]
(c)
Jelaskan dua kesan negatif akibat daripada pengamalan
Sistem Kabilah oleh masyarakat Arab Jahiliah?
(i)
Ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing
(ii)
Muncul semangat assabiah dan kesukuan yang melampau
(iii)
Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
(iv)
Terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah masing-masing
(v)
Keadaan hidup yang kucar-kacir dan tidak aman
(vi)
Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab yang kecil
(vii) Sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah.
[ pilih mana-mana 2 markah ]
(d)
Senaraikan dua bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat
Arab Jahiliah.
(i)
Wathani – menyembah berhala
(ii)
Animisme –memuja alam seperti pokok
(iii)
Samawi- kristian, yahudi
(iv)
Kepercayaan karut - menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati
menjadi burung
[ pilih
mana-mana 2 markah ]
(e)
Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliah kepada
masyarakat Arab yang hidup dalam kesesatan?
(i)
Perpaduan kaum luntur (v) Hilang nilai kemanusiaan
(ii)
Tiada keadilan sosial (vi)
Keselamatan terancam
(iii)
Institusi keluarga runtuh (vii)
Penindasan ekonomi
(iv)
Peperangan [
pilih mana-mana 3 markah / mana-mana jawapan munasabah ]
4.
Pertemuan antara penduduk Madinah dengan Nabi
Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621 M telah membuka lembaran baru dalam
sejarah Madinah.
(a)
Namakan dua suku Arab dari Madinah yang mengadakan perjanjian dengan Nabi
Muhammad s.a.w.
(i)
Suku Aus (ii)
Suku Khazraj ( 2 markah )
(b)
Nyatakan tiga kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.
(i)
Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
(ii)
Berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
(iii)
Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan
membunuh bayi perempuan ( 3
markah )
(c)
Nyatakan tiga kandungan Perjanjian Aqabah Kedua.
(i)
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
(ii)
Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad
(iii) Menjemput Nabi Muhammad s.a.w
dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
(iv)
Menyediakan tempat tinggal
(v)
Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Makkah
(vi)
Bersedia mempertahankan Islam ( pilih mana-mana 3 markah )
(d)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah suku Arab Madinah mengajak
Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah ?
(i)
Suasana di Madinah kurang aman
(ii)
Berlaku pergeseran dalam kalangan suku Arab
(iii) Penguasan ekonomi oleh orang
Yahudi.
[ pilih mana-mana 2 markah /
mana-mana jawapan munasabah ]
No comments:
Post a Comment