1 Peranan Dan
Strategi Malaysia Dalam Membantu Meningkatkan Ekonomi Dikalangan Negara-Negara
ASEAN.
3.1.1 Penubuhan
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Malaysia kini telah mencapai reputasi
yang baik sebagai hab operasi global dan serantau bagi perkilangan dan
perkhidmatan dengan menarik pelaburan yang akan mempercepatkan peralihan negara
kepada industri bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan
pengetahuan serta berasaskan inovasi. Pendekatan ekosistem MIDA dalam
pembangunan pelaburan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini.
Setelah empat dekad bagi menggalakkan dan menyelaras pembangunan perindustrian,
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menerima nama baharu dan skop
tanggungjawab yang lebih luas pada tahun 2011.Ekonomi, agensi ini telah
dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diberikan
peranan utama dalam menerajui agenda pelaburan nasional untuk memacu matlamat
Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Malaysia memecah kesemua rekod pelaburan
dan pekerjaan pada tahun 2012, tetapi projek pelaburan berkualiti dan pekerjaan
yang benar-benar menonjol. Pencapaian luar biasa telah dapat dicapai hasil
daripada strategi baharu Kerajaan untuk menarik pelaburan berkualiti dalam
sektor yang disasarkan. Perkongsian strategik dengan agensi-agensi pembangunan
ekonomi negara telah menyokong usaha MIDA dalam meningkatkan profil Malaysia
sebagai lokasi yang ideal bagi perniagaan bernilai ditambah tinggi. Antara
pencapaian Malaysia sepanjang tahun 2012 hasil daripada pelaburan ini ialah:
• Menarik jumlah
pelaburan langsung tertinggi yang pernah direkod: RM162.4 bilion
• Menjana 182,841 pekerjaan – melebihi
daripada tahun-tahun sebelum ini
• Meningkatkan lanskap pelaburan
domestik
• Melaksanakan
kemajuan kukuh dalam pembangunan industri bagi teknologi baharu dan baharu
muncul
• Memperkukuh
ekosistem industri sedia ada seperti semikonduktor, diod pemancar cahaya (LED),
solar dan jentera & kelengkapan (M&E)
• Memperkukuh reputasi
Negara sebagai hab global dan serantau bagi perkilangan dan perkhidmatan
• Mengimbangi pembangunan lima koridor ekonomi Negara
Secara tidak langsung,
penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ini telah banyak membantu
dalam meningkatkan ekonomi dalam Negara-negara serantau ASEAN. Sesuatu
yang amat memberangsangkan adalah aliran masuk pelaburan domestik meningkat
dengan ketara sebanyak hampir empat kali ganda jumlah pelaburan langsung asing
(FDI) pada tahun 2012. Ini merupakan satu petunjuk yang jelas akan keyakinan
perniagaan tempatan dan Negara serantau terhadap keupayaan negara dalam
memajukan para pelabur. Berikut adalah Graf 1 Aliran masuk FDI ke ASEAN,
2011(US$ bilion):
Dalam rantau membangun Asia Timur dan Asia Tenggara, aliran masuk FDI
mencapai rekod baharu pada tahun 2012. Jumlah aliran masuk FDI bernilai US$336
bilion, yang merupakan 22 peratus daripada jumlah aliran masuk global. Asia
Tenggara sahaja telah mencatatkan aliran masuk sebanyak US$117 bilion, iaitu peningkatan
sebanyak 26 peratus daripada tahun sebelumnya. Asia Timur mencatatkan aliran
masuk sebanyak US$219 bilion, manakala Asia Tenggara tetap mengalami
pertumbuhan FDI yang lebih cepat. Antara ekonomi Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura semuanya
mencapai peningkatan yang ketara dalam aliran masuk FDI. Malaysia merupakan
penerima ketiga terbesar dalam aliran masuk FDI di antara Negara-negara ASEAN
pada tahun 2011 selepas Singapura dan Indonesia.
Aliran masuk FDI ke Singapura
mencatatkan pertumbuhan kukuh daripada US$48.6 bilion pada tahun 2010 kepada
US$64 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus.
Indonesia mengalami peningkatan sebanyak 37.9 peratus daripada US$13.7 bilion
pada tahun 2010 kepada US$18.9 bilion pada tahun 2011. Pertumbuhan dalam
negara-negara ASEAN telah didorong terutamanya oleh permintaan domestic dan
pengembangan kukuh dalam aktiviti sector swasta. Berdasarkan trend aliran masuk
FDI, aliran keluar FDI global juga meningkat sebanyak 17 peratus daripada
US$1.45 trilion pada tahun 2010 kepada US$1.69 trilion pada tahun 2011. Tahap
ini kekal di bawah paras tertinggi sebanyak US$2.2 trilion yang telah dicapai
pada tahun 2007. Peningkatan ini adalah terutamanya oleh pertumbuhan aliran
keluar FDI daripada negara-negara maju. Aliran keluar FDI daripada ekonomi maju
berkembang sebanyak 25 peratus daripada US$0.99 trilion pada tahun 2010 kepada
US$1.24 trilion pada tahun 2011, manakala FDI daripada ekonomi peralihan
meningkat sebanyak 19 peratus.[1]
3.1.2 AUTOMOTIF
(Industri kelengkapan Pengangkutan)
Ianya merangkumi
subsektor automotif, aeroangkasa dan pembinaan kapal dan pembaikan kapal.
Subsektor automotif adalah yang terbesar dalam industri ini yang meliputi
pengilangan atau pemasangan kenderaan bermotor (termasuk motor beroda dua),
pemulihan semula / pemasangan semula / pembinaan semula / pengubahan kenderaan
bermotor dan pengilangan bahagian dan komponen, termasuk koc dan badan
kenderaan.
Dalam menggalakkan usaha ke arah
teknologi hijau, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2010 telah menghasilkan
peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran kenderaan hibrid/ elektrik kepada
RM792.4 juta pada tahun 2012. Ia juga telah peningkatkan pelaburan dalam
pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan bernilai ditambah tinggi
kepada RM262 juta pada tahun 2012. Menuju kehadapan, NAP akan dikaji semula
untuk terus menekankan kepada kenderaan cekap tenaga berteknologi tinggi (EEV).
Fokus berkemungkinan akan memberi tumpuan kepada meneruskan liberalisasi
ke atas subsektor automotif bagi menggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar
komponen automotif berteknologi tinggi untuk bersaing dengan industri motor
ASEAN dari segi pertumbuhan dan jumlah eksport.[2] Berikut
adalah jadual kenderaan bermotor dalam ekonomi utama ASEAN:
3.1.4 Sumbangan
dan bantuan ekonomi Malaysia kepada Negara-negara ASEAN atas dasar
keperihatinan
- Laporan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
- Laporan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Malaysia komited kepada IAI (Inisiatif Integrasi
ASEAN). Sejak 1981, bantuan teknikal yang diberikan kepada negara-negara CLMV
(Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) termasuk kursus-kursus latihan yang
dikendalikan di bawah Pelan Kerja IAI keseluruhannya berjumlah lebih daripada
RM38 juta atau AS$10 juta. Baru-baru ini Malaysia menyumbangkan sebanyak
AS$1.53 juta (RM8.89 juta) kepada Pelan Kerja IAI bagi tahun 2003-2005.
Dalam sokongan seterusnya bagi IAI, Malaysia akan menyediakan geran
tambahan sehingga AS$500,000 (RM1.9 juta) untuk menyokong Projek Sekolah Pintar
bagi CLMV. Inisiatif ini menyediakan negara-negara berkenaan dengan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pakej program pembangunan sumber
manusia. Dengan itu, komitmen Malaysia untuk 2006-2008 akan menjadi AS$2.62 juta
(RM9.96 juta). Sebagai tambahan, Malaysia sedia untuk menimbangkan bantuan
bentuk lain bagi menyokong usaha integrasi ASEAN.
Malaysia turut berkongsi keperihatinan global terhadap Avian Influenza.
Berdasarkan pengalaman Malaysia dalam menangani kemunculan wabak penyakit baru
seperti Nipah Encephalitis pada 1998-1999, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk)
pada 2003 dan Avian Influenza (selesema burung) pada 2004, Malaysia menunjukkan
keprihatinan dengan menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau bagi Influenza pada
mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Avian Influenza di
Geneva.
Negara-negara anggota telah menunjukkan
sokongan untuk menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau ini di Malaysia sejak
kewujudan beberapa pusat rujukan WHO bagi selesema manusia ditempatkan di luar
rantau ASEAN.Sebagai tambahan, dengan kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan
dalam membuat diagnostik, Malaysia juga mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan
dan Penyelidikan Avian Influenza Serantau.Dengan kedua-dua sistem kawalan bagi
haiwan dan manusia di sebuah negara, ia akan menjadi mekanisme amaran awal bagi
pengawasan serangan selesema di rantau ini. Ia merupakan sumbangan Malaysia ke
arah keselamatan kesihatan global.[3]
- Bantuan
kepada mangsa banjir
Pada 21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk
sumbangan kepada empat Negara Asean (Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina) yang
terjejas teruk akibat banjir yang melanda wilayah itu dan masing-masing
menerima US$100,000 (kira-kira RM316,000) daripada kerajaan Malaysia pada.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan cek bantuan itu bagi pihak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada Duta-Duta Kemboja,
Myanmar, Laos dan Filipina.
Ketika berucap, Anifah berkata Malaysia berbangga kerana berada dalam
budaya apabila setiap anggota Asean sentiasa saling menghulurkan bantuan pada
masa yang diperlukan.
"Menjadi tanggungjawab sosial yang sangat penting bagi kerajaan
Malaysia untuk menghulurkan pertolongan dan menawarkan bantuan lain kepada
negara berjiran dalam Asean, mengikut kemampuan dan keupayaan kami"
katanya.
Malaysia berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan bebanan
keempat-empat kerajaan berkenaan dalam usaha mereka untuk memulihkan dan
membangunkan semula kawasan di wilayah yang terjejas teruk akibat banjir. Princess
Samdech Reach Botrei Preah Anoch Norodom Arunsamy mewakili Kemboja, U Tin Lat
mewakili Myamnar, Laos oleh Khamphan Anlavan dan Filipina pula oleh Jose
Eduardo E. Malaya III.
Lebih 1,000 orang dalam wilayah terbabit
terkorban dalam banjir yang melanda baru-baru ini, dengan yang terbaru di
Filipina, manakala kerosakan jalan raya, sekolah, dan jambatan dijangka
mencecah berbilion-bilion ringgit.[4]Dengan
adanya sumbangan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu Negara yang terlibat
untuk memulihkan infrasruktur dan menghulurkan bantuan makanan serta keperluan
kepada mangsa yang terlibat.
3.1.5 Globalisasi
Ekonomi: Kebergantungan ekonomi Malaysia antara Negara serantau
Dalam sistem ekonomi
global, tiada Negara yang mempunyai ekonomi yang lengkap. Setiap Negara perlu
bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar
ekonomi lebih pantas berkembang. Dengan itu, kekurangan dalam sesebuah Negara
akan dapat ditampung oleh kelebihan Negara yang lain. Sebagaimana Malaysia,
Negara kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam membantu untuk
membekalkan bahan mentah seperti kelapa sawit, petroleum dan juga pelbagai lagi
sektor pertanian kepada Negara lain dan Asean khususnya. Walaubagaimanapun,
kita juga masih memerlukan kelebihan tenaga daripada Negara lain khususnya
dalam Negara serantau untuk menampung kekurangan di dalam Negara kita. Sebagai
contoh:
- Perkongsian
buruh dan tenaga pakar
• Kekurangan buruh & tenaga pakar
dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain.Contohnya Malaysia
bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan dan
pembinaan.
• Kemasukan buruh Indonesia membolehkan
sektor pembinaan berkembang dengan pesat manakala Indonesia memperolehi
keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit hasil gaji/upah warganya
yang bekerja dalam sektor tersebut di Malaysia.
• Selain itu perkongsian pakar juga
berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi
melalui latihan dan R&D.
- Kajian
kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara lain.
• Malaysia amat
bergantung kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan sumber makanan dari
negara-negara lain. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand untuk
mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
• Bergantung kepada Filipina untuk
bekalan gula, Indonesia untuk bekalan beras.
• Teknologi moden dari
negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dan lain-lain untuk sektor
perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit dan getah asli.
• Malaysia bergantung
kepada pasaran luar negara seperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dan
lain-lain. Contohnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat bergantung
kepada pasaran negara Timur Tengah.
• Pelaburan modal
asing juga di perlukan oleh Malaysia untuk menggerak dan memajukan sektor
ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dan lain-lain.
• Tanpa modal asing
Malaysia tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menggerak, menjana dan
memperkasakan ekonominya.
• Negara maju yang
banyak melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea, USA, England,
Jerman dan lain-lain disamping pelaburan dari negara serantau Asean seperti
Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.
Secara tidak langsung, proses
saling bergantung diantara Negara Malaysia dan juga Negara serantau khususnya
telah mewujudkan satu jalinan ekonomi yang mampu untuk mencorakkan dan
meningkatkan taraf ekonomi antara Negara terlibat. Setiap kelebihan yang
dimiliki oleh mana-mana Negara adalah merupakan satu aset yang dapat membantu
untuk menutup kelompangan yang terdapat pada Negara lain. Jalinan ekonomi ini membuka
ruang dan peluang kepada Negara-negara serantau untuk meningkatkan dan
meperluaskan pasaran ekonomi masing-masing sebagai contoh, Malaysia memerlukan
tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor pertanian dan pembangunan dan bahan
mentah seperti beras. Secara tidak langsung ianya telah membuka ruang kepada
rakyat dan pengusaha di Indonesia untuk mencari peluang pekerjaan di
Malaysia serta memberi ruang kepada para pengusaha untuk memasarkan produk
mereka di Malaysia.
Ianya sejajar dengan
matlamat penubuhan asean itu sendiri iaitu, bekerjasama yang lebih
berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan
termasuk kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki
kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan dan meninggikan lagi
taraf hidup rayat Negara-negara anggota.
***************************************************************************
4.1 Peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan
mana-mana Negara Asean.
4.1.1 Tuntutan
Filipina ke atas Sabah
Ketika awal penubuhan Asean, hubungan
diplomatik di antara Malaysia dan Filipina kurang baik disebabkan
tuntutan Filipina terhadap sabah. Filipina tidak mahu menggugurkan
tuntutannya ke atas sabah lebih-lebih lagi dalam tahun berikutnya iaitu pada
tahun 1968. Pada tahun itu, Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan
terhadap Malaysia. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas
menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengkhianatan
terhadap wilayah Malaysia itu. Boleh dikatakan, sepanjang tahun 1968 itu,
hubungan diantara Malaysia- Filipina adalah seperti “ ranjau di dalam
daging”. Walaubagaimanapun, Malaysia meneruskan usaha damainya dengan
Filipina dan tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian. Rundingan
demi rundingan telah beberapa kali diadakan di Bangkok namun semuanya gagal dan
menemui jalan buntu. Malahan Filipina telah meletakkan satu undang-undang
dengan memasukkan Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Undang-undang ini telah
dibuat melalui satu Akta Perampasan Sabah dan tindakan tersebut telah
menyebabkan terputusnya semula hubungan dilomatik antara kedua-dua buah
Negara.
- Tuntutan berlarutan
Akibat daripada persengketaan itu,
kegiatan ASEAN telah terhenti buat seketika. Sungguhpun Malaysia telah
menyambung kembali hubungan diplomatiknya dengan Filipina beberapa tahun
kemudian, namun tuntutan Filipina tehadap sabah masih tidak digugurkan.
Tuntutannya berlarutan hingga tahun 1991. Pada Ogos 1977, Presiden Marcos iaitu
presiden kepada Filipina telah berikrar akan mengugurkan tuntutan itu
ketika Sidang Ketua Kerajaan ASEAN di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ikrar itu
tidak dikotakannya. Tuntutan Filipina itu merupakan “duri dalam daging”
hubungan Malaysia- Filipina malahan dalam hubungan Negara-negara Asean
seluruhnya.[5]
Kemasukan pelarian Vietnam ke Malaysia
Pada tahun 1978,
Malaysia telah dikejutkan dengan kemasukan pelarian daripada Vietnam. Kemasukan
pelarian Vietnam ini membimbangkan kerajaan kerana kemungkinan ada dikalangan
pelarian ini yang terdiri daripada komunis. Kerajaan khuatir sekiranya mereka
menjalankan kegiatan yang subversif apabila mereka mendarat di Negara ini.
Kemungkinan besar juga berlaku kegiatan-kegiatan penyeludupan senjata api ke
Negara ini. Inilah yang membimbangkan pihak berkuasa.
Walaubagaimanapun, sejak tahun 1978
lagi, Negara kita telah mengambil pendirian tegas dalam hal ini walaupun amat
mengambil berat tentang kebajikan dan berperikemanusiaan dalam menangani isu
pelarian ini. Ini berikutan dengan ketibaan kapal kargo Hai Hong di pelabuhan klang.
Kejadian ini berlaku dalam bulan November tahun tersebut. Apa yang menjadi isu
ialah muatan kargo yang sepatutnya diisi dengan barang telah diisikan dengan
sekumpulan manusia yang merupakan rakyat yang tidak diingini oleh Vietnam.
Mereka juga tidak mahu tinggal di bawah pemerintahan komunis Negara mereka.
Sebelum peristiwa ketibaan kapal Hai
Hong ini, iaitu pada tahun 1977, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk
mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam supaya kedua-dua Negara dapat
memupuk persahabatan. Dengan adanya hubungan persahabatan yang baik, Kuala
Lumpur akan menjadi ‘pendorong’ kepada hubungan baik dengna Negara-negara Asean
yang lainnya. Bagaimanapun, niat baik kita untuk membantu Vietnam telah dibalas
dengan perbuatan yang menghampakan kita. Negara itu telah mengambil kesempatan
dengan niat baik Malaysia dengan mengeskportkan rakyatnya yang menentang
pemerintahan komunis.
Dato’ Tun Hussein Onn telah memberikan
amaran keras kepada Vietnam dan Malaysia tidak teragak-agak memutuskan hubungan
diplomatik jika Negara itu terus mengancam keselamatan Negara kita.
Walaubagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan oleh Vietnam dan Malaysia
terpaksa menarik balik semua bantuannya terhadap Vietnam. Hubungan Malaysia dan
Vietnam bertambah tegang namun Malaysia tidak memutuskan hubungan dengan Negara
itu demi untuk mengekalkan saluran hubungan. Ini kerana Negara kita masih
menaruh keyakinan ia akan menjadi saluran bagi menyelesaikan masalah
berbagai-bagai masalah terutamanya masalah yang berbangkit dari sengketa
Kampuchea.[6]
Rumusan
Sebagai konklusinya,
antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina kerjasama
serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia
dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan
perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah
masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
Secara tidak
langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan dan sumbangan yang
telah mewujudkan strategi efektif dalam melakar dan meningkatkan corak
ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh inovatif. Usaha Malaysia yang
pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi telah memberi galakan dan peluang
kepada Negara serantau untuk turut sama dalam menaik taraf ekonomi Negara
masing-masing. Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang amat mengambil
berat mengenai perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan cukup
perihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.
Bagaimanapun, terdapat
beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia
dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan didalam
tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang timbul, Malaysia
sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan
kelansungan hubungan antara Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan
keamanan sejagat.
No comments:
Post a Comment