Pengenalan:
Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya
muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan
panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara meliputi dua jenis
masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri
kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand,
Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.[1] Kerjasama serantau di antara
negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang
ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu
kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan
ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya
hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan
negeri-negeri Nusantara [2].
Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas
kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden
Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan
bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan
kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang
ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara
Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau ringkasnya SEAFET)
pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti
dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah
Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah
MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah
Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan
merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia
Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh
10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura,
Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini
kekal hingga ke hari ini.
Penulisan
ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan
kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan
cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam
menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan
ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah
menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan
yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan
dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah
seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang
tengah dalam menyelesaikan prgolakan politik yang berlaku di Kemboja. Selain
daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia
dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba
menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga
turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa
mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.
SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU
Sebagai
sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin
kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai
masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan
timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau
Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:
a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri
agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat
dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,
b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan
dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil,
masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,
c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik
tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman
sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa
besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam
era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan
perebutan kuasa Barat dengan komunis.
d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi
tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi
yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan
lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat
mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum
selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan
semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara
serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika
Syarikat, Indonesia –militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ‘ranting
Asia’ Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]
Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah
negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan
kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara
serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup
berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah
mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung
pada kuasa-kuasa luar.
Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan
dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan
sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi
kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah
lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan
ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di
arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal
menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan
keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah
penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan
kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan
mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan
dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.
Dasar Luar Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara
yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia
berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan
luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh.
Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah
negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima
setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity
sendiri.
Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar
negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian,
kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya,
walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara,
setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar
yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk
kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi,
sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan
halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara
lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di
ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan
peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya
adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua
negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di
kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat
didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara
yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu
rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama
serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik,
ekonomi dan pertahanan.
Penelitian
mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya
melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik
negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah
mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan
yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha
kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun
Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik
dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan
Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia
turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.
Era kepimpinan
Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan
serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar
Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada
1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia
Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)
Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui
perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai
Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan
beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi.
Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak,
kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama
selatan-selatan.
Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat
menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan
manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi
Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan
hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta
demokrasi.
Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat
Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon
pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada
masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan
negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static.
Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama ,
kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan.
Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin
diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.
Malaysia
merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa
pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia
Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini
dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina
pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian
Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian
Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.
KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU
DI ASIA TENGGARA
1. SEATO / SEAFET
SEATO atau Southeast
Asia Trety Organization telah ditubuhkan pada 8 September 1954 di
Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya
dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan
lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan
Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada
Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai
oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET
ini tiada kerjasama serantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan
keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap
nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap
negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina
masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan
Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang
mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA.
Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk
pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal
keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkan kerjasama
sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan
politik semasa.
Setelah
mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas
bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association
of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA
(Asociation of Southeast Asia) pda 31 Julai 1961. Hasrat
Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam
bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang
dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran,
menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar
antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan
kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan
namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing
iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS). Malangnya kerjasama
ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana
Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak
Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia
juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.
2. ASA
Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama
serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima,
Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya
kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada
31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi.
Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati
dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan
Filipina.
Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan
Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara
anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam
aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini
juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn
kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan
latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan
keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA
ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan
seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar.
Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan
social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran
maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama
di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti
seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir
ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan rombongan
dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat
setiakawan.
Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga
tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa
kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah
ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian
daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik
diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat
dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia
telah menjalankan dasar “Ganyang Malaysia” dalam konfrontasinya terhadap
Malaysia pada tahun 1963-1966.
Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak
dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai
anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai.
Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah
bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama
demi faedah bersama.
3. MAPHILINDO
Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden
Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan
perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh
menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan “Maphilindo”. Ia
adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah
“Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung”. Tujuan beliau ialah untuk
menghuraikan perbezaan-perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan
cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian
yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand
telah disekat.
Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan
konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan
penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal
dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir
Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk
melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua
kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja.
Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa
kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini
mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah
menagalami bentuk penjajahan yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari
system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar
luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah
Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada
itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain
dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.
4. ASEAN
Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali
sebagai ASEAN (Association of Southeast Asian Nationals)
yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia,
Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast
Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan
daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah
membuka lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan
negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah
bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya
peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri
luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak
Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman
dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua
negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang
social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai
ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi
tujuh matlamat iaitu:-
a) Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social
dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan
demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur
dan aman.
b) Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi
dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
c) Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas
masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan
pentadbiran.
d) Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan
kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran
e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk
memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain
mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan – kemudahan
pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat.
f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara
g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan
badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita
yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat
antara negara-negara anggota.
Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara
Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan
Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang
terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu
mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia
Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan
keselamatan serantau.
KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM
BIDANG POLITIK
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk
meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal
penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang
bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik
serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan
diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran
yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini.
Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama
kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini
telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN.
Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik
serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa
luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN
sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti
pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN
terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.
ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)
Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom &
Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan
oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November
1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom &
Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia
bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi
tersebut juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone
of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar
bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan
ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan
berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian
yang kekal di Asia Tenggara.
Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity
kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai
pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas
daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.
Aman bermaksud
situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara.
Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan
sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna
kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain
semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara
dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri
demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.
Konsep pengecualian ini telah menjadi
kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan
penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan
berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh
itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Jualai
1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali.
Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang
telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone
of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara
yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik
blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran
tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam
pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di
kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan
serantau.
Sebab kedua
ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan
dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia
Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang
ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah “regionalisme” yang
telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat
digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah
menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi
kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat
campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.
Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom
& Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa
tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan
suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan
dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana
kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam
hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China
dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di
rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa
campurtangan kuasa-kuasa luar ini.
Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah
menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh
mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat
dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia
meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam,
Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak
beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar
kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa
negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara
mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.
Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui
usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk
mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini
adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan
serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk
menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah
diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan
yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi
komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino
gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara
tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia.
Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan
dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya
keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.
Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di
rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN
mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung
masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada
negara-negara anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan
pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar
rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.
Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah
berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of
Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar
tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan
cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan
mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan
perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau
ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara
anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu
gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa
memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.
Dalam
menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang
biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah
memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat
dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga
berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam
menjalankan pentadbiran mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN
bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan
yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai
sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui
konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari
negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM),
Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan,
Rumania dan Republik Demokratik Korea.
Melalui
ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi
komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu
berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan
luaran akhirnya ASEAN berjaya juga “menjinakkan” Vietnam yang
kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.
Penubuhan ASEAN
Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada
pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan
keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai
oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada,
Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain
itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos
dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN
Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik
di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari
Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.
Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang
masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara
anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam
hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan
Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di
negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar
ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam
keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk
iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di
pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap “tunggu dan lihat”
manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit
kurang berminat untuk memberi sokongan.
Begitu
juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke
arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar
untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme
sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha
memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia
Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.
PERJANJIAN SEANWFZ
Perjanjian
SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak ASEAN di
Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara
sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini
ditandatangani oleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara
yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn
mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi
tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan
keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan
sebagainya.
Selain
itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah
pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid.
Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia
memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian
penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara agar penubuhan
SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian
SEANWFZ pada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat
daripada kemusnahan akibat senjata nuclear.
Dipetik
dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan
kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi ialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya
menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara
dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara
(Southeast Nuclear Weapon Free Zone) .
Oleh
yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN
dalam menyelesaikan isu-isu keselamtan politik di dalam perhubungan
luar negeri telah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini,
kebimbangan mengenai gerakan-gerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari
kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun
dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan
menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori
Domino serta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada
ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun
bergelut dengan beberapa masalah “peribadi” namun usaha masih tetap diteruskan
untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan
kuasa asing.
PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK
POLITIK DAN KESELAMATAN.
Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan
serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan
dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar
hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian,
kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan
setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan
penglibatannya.
Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan
luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara
masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara
aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama.
Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan
keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi.
Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan
negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah
untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak
terjejas.
Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam
kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini,
rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan
ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang
sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan,
semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan.
Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun
1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.
Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa
rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis
hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu
mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar
orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke
Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan
Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta
Perampasan Sabah.
Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di
Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih
Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968.
Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya
pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan
semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum
dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah
meminta Malaysia membayar pampas an kepada Filipina dan juga kepada
waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan
keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia
untuk berunding tanpa sebarang syarat
Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila
Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan
Moro. Hubungan ini perlu dipulihkan adalah untuk
menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh
dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian,
Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya
berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu
Filipina.
Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar
berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah
negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar
sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan
dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain. Hal ini juga
berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan
peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam
tahun 1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat
dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa
Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta
diancam oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini
dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang
Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara
komunis.
Tindakan Tanah
Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh
kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya
mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan
tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin
mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan
politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan
ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu,
perjanjian AMDA ditandatangani sebagai tulang belakang keselamtan Tanah
Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan
AMDA:
“..let us face
the facts, and the fact are that we have at our command an army of
lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single
plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have
not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never
be able to build our forces to the strength which would require for defence of
our country.”
Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun
1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan
negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang
sealiran dengannya.
Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan
perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan
antikomunis kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat
dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya
menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember
1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:
“Today with the denete the two power bloks, it is
important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the
interest of the big powers do not converge at the expence of the
medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of
major powers with appears to be under various guises and with
various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not
longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her
legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and
a number of countries remain unsatisfactory. I submit that here the
non-aligned countries have an extremely important role to
play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the
principles of the principlesof co-existence and to our basic tenets
of non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of
international relations on the basic of respect for independence and integrity
of states.” [6]
Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun
Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya
pengunduran tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan
Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya
lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang
sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak , kepentingan
dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini
menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang
bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. [7]
Contoh dasar luar yang banyak
membantu dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan
kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep
Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh
Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi
Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau
Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai
mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa
dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan
kestabilan penduduk di Asia Tenggara.
Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua
strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara
bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana
kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi
mempunyai kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik,
politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah
sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang
menghubungkan laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga
merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang
menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak
ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua
negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara
sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga
nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah
menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar
memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.[8]
Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan
menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah
Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong
dengan mana-mana kuasa.[9] Namun demikian, setelah hampir
20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan
negara-negara ASEAN yang lain tidak merasakan kepentingannya.
Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai
sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk
pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula
menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan
tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau
Asia Tenggara. Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional
masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan
walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.
Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan
diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara
tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan
negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman
Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea
digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua
kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.[10]
Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari
sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia
mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir
seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974,
Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat
hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok
komunis yang terbesar. [11]Hubungan diplomatik ini perlu untuk
mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam
urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil
daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong
usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.[12]
Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya
hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai
sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia.
Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat
terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian,
jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya
memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah
menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic
dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka mestilah
menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:
“…kita hendaklah
menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana
yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara komunis
dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang
penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua
perkara yang berbeza.”[13]
Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu
kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur.
Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau
idea masing-masing.[14]Sikap bertolak-ansur dan atas
perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat
di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei
1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang
haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai
19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh
terutamanya dari segi keselamatan.
Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk
menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua
pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di
Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu
persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia
diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana
kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR.
Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah
ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan ini adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut
kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan
tentera udara akan membuat tinjauan udara di Laut China Selatan dan
akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan
Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata
api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga
memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.
Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial
pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan
melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan
perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di
kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah
pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan.
Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang
dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala
Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan
Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit
ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social,
pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara
pelarian ini.[15]
Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan
maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah
pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN
yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International
Conference on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah
anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam
pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima
kembali orang pelariannya.[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237,
907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara ketiga sejak tahun 1975
hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai
menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini.
Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan
negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan
pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.
Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang
perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah
atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai
segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti
supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah
dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.
Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan
Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana
rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat
bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika
Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu
dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu
kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan
Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini
adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge.
Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai
dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol
pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat
kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah
terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat
peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan
makanan. Berasaskan sumber diplomatik tidak
rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan
seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat
melaporkan 1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran,
pembunuhan dan peperangan.[17]
Namun begitu
usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang
disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang
Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis
telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera
Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu
Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa
besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat
campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.
Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu
wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula
timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN
pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui
oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan
dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin
kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di
Kampuchea.
Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan
berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar
seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani
perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan
campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala
Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom
Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera
itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas
membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk
mewujudkan kestabilan di rantau ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,
“Ini adalah usaha kerajaan Malaysia…”
“Nampaknya usaha ini akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan
tempat kepada mereka untuk upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang
kemuncak mereka…”
Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini
dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka
daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk
menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar
sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia
yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan
Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah
belah dan berbagai haluan.
Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan
politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam
menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi
konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada
bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara.
Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan Pembebasan Kebangsaan
di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis
di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar
di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap
yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para
pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam
akan mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh
itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan
menanganinya dengan perdamaian.
Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman
Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan
den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun
Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang
aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi
kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan
mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah
berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam
secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN
sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan
kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti
ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992,
Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama
bersama ASEAN.
Kesimpulannya,
peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan
keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam,
Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan
lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan
serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan,
malahan beberapa isu yang lain.
Kaedah Penyelesaian Isu Tuntutan Bertindih yang
diamalkan Malaysia
Meskipun Malaysia sentiasa mendukung prinsip dasar
luar yang adil dan saksama namun ini tidak bermakna Malaysia terlepas daripada
sebarang pertikaian dan perselisihan dengan negara-negara jiran seperti
Indnesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Contohnya, hubungan Malaysia dan
Singpura telah mencapai tahap meruncing namun begitu ia masih dapat
dipertahankan atas dasar yang ikhlas dan demi semangat setiakawan yang
tinggi.dalam mengupas isu-isu ini sesunguhnya kematangan hubungan luar Malaysia
telah banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi tegang.
Berikutan
dengan perkembangan dalam negara, strategi dasar luar negara kita sedang menuju
ke arah perubahan. Perubahan-perubahan ini telah mendorong negara
kita kepada satu dasar yang lebih fleksibel dan pragmatik demi keharmonian dan
semangat setiakawan ASEAN.
Konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan
Isu ini merupakan satu isu yang telah berlanjutan
dalam tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu
ini dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya. Selain itu,
ia juga merupakan kes pertama dari Asia yang dibawa ke ICJ melalui satu
Perjanjian Khas.
Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan tindakan
Malaysia yang telah mengisytiharkan wilayah pelantar laut Malaysia. Di dalam
perisytiharan ini Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke
dalam wilayahnya. Ini telah dibantah oleh pihak Indonesia. Justeru Malaysia
telah membantah dakwaan tersebut dan mempertahankan akan kewilayahan yang
dialami sebagi hak negara ini atas dasar ia telah ditadbir sejak sekian lama
dahulu dn pengesahan itu telah diakui oleh Konvensyen Amerika Syarikat-Britain
pada tahun 1930-an.
Dalam perkara ini secara ringkasnya kita
dapat kaitkan bahwa apa yang telah berlaku merupakan hasil
ketidakjelasan perjanjian 1824 antara British dengan Belanda. Di dalam
perjanjian ini kedua belah pihak lebih sekadar memenuhi tuntutan semasa dalam
menyelesaikan maslah yang berlaku tetapi langsung tidak mengambilkira kesan
jangka panjang.
Lantaran itu dalam menangani isu tuntutan bertindih
ini pihak Malaysia telah mengutarakan hujah Konvensyen 1891 sebagi bukti hak
dan kedaulatannya. Melalui konvensyen yang telah diadakan di London pada 20
januari 1891, sempadan antara British dan Belanda termasuk Borneo telah
ditakrifkan. Sebenarnya konvensyen ini hanya menunjukkan persempadanan di darat
sahaj dan peta yang dikeluarkan pada 1919 menunjukkan dengan jelas kedudukan
sempadan antara Borneo Utara dengan Borneo Belanda yang diakui sehingga kini.
Berdasarkan hujah dan bukti tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan
Malaysia di ICJ.
Berdasarkan apa yang telah kita ketahui bahawa
sekalipun masalah atau konflik ini berpunca daripada angkara kuasa
penjajahan asing namun Malaysia dalam melaksanakan dasar luarnya sentiasa cuba
menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ini secara adil dan
saksama. Walaupun dari satu aspek memang diakui bahawa apaa yang
menjadi perkara utama iaitu pertikaian ini telah berjaya diselesaikan secara
aman, namun dalam konteks hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Konflik Pulau Batu Putih
Isu
yang sentiasa menjadi persengketaan dan masih lagi belum menemui penyelesaian
ialah tuntutan bertindih Pualau batu Putih (Pualau Pedra Branca). Jika dilihat
dari segi geografi, Pulau Batu Putih ini mempunyai keluasan 2.2 km (0.2 hektar)
persegi iaitu merupakan keluasan dasar pulau itu sendiri. Jaraknya
dari Teluk Rumania negeri Johor ialah 12.8 km manakala dari singapura ialah 64
km. Dari segi sejarahnya pulau ini pada dasrnya adalah milik Kerajaan johor di
bawah pemerintahan Sultan Hussin mauhammad Shah. Pada 2 Ogos 1824, satu
perjanjian di antara British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan
Kerajaan Johor mengenai penyerahan Pulau Singapura kepada pihak British. Di
dalam perjanjian tersebut, Singapura telah diserahkan kepada British
termasuklah persekitaran pantai sehingga 10 batu jaraknya dari pantai.
Pulau-pulau lain seperti Pulau Batu Putih tidak diserahkan kepada British[18].
Daripada isu wilayah yang telah diperkatakan di atas
dapat kita lihat dengan jelas sikap tidak
bertanggungjawab para penjajah asing terhadap negara –negara yang satu masa
dahulu pernah dianggap sebagai negeri naungannya. Selain itu juga dari aspek
ekonomi kita dapat perhatikan di sini bahawa setiap perkara yang telah
dilakukan oleh para penjajah adalah semata-mata untuk meastikan kelancaran dan
perkembangan ekonomi mereka tidak terjejas. Situasi ini telah terserlah tanpa
dapat diselindung lagi.
British
yang menganggap bahawa mereka lebih maju daripada negeri yang dinaunginya telah
mengambil pendekatan yang cukup mudah sehingga memperkecilkan pihak berkuasa
tempatan yang merupakan pemerintah sebenar ke atas wilayah Alam
Melayu. British telah mengadkan satu proses hitam putih perjanjian
denganpihak Belanda dalam menentukan kawasan-kawasan wilayah masing-masing.
Namun dalam hal Pulau Batu Putih mereka hanya menggunakan kaedah lisan
tanpa ada satu perjanjian yang jelas. Sikap yang telah British tunjukkan ini
jelas membuktikan apakah tanggapan mereka terhadap negeri Melayu pada masa itu.
Lantaran
daripada angkara yang telah mereka lakukan ini kesannya dapat kita lihat
berpanjangan dan tidak kunjung selesai sehingga meliputi lebih dua abad. Isu
Pulau Batu Putih ini telah kerap kali menimbulkan ketegangan yang cukup getir
antara kedua pihak yang bertelagah. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk
dinafikan kerana ia memperkatakan tentang kedaulatan dua wilayah yang merdeka.
Selaras dengan konsep ini sudah semestinya kedua belah pihak perlu
mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan masing-masing.
Sayang sekali isu konflik wilyah ini telah dicetuskan oleh angkara kuasa
penjajah asing. Mereka sehingga kini terus berdiam diri dan berpeluk tubuh
tanpa mengambil tindakan susulan bagi meredakan isu yang bergelora sekarang.
Pada hal apa yang berlaku pada masa ini merupakan kesan tindakan yang telah
mereka lakukan pada masa lalu.
Tindakan
terbaik bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan pihak ketiga
iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia adalah saluran yang betul demi
menjaga perpaduan dan semangat kejiranan. Oleh itu pada 6 Februari 2003,
Malaysia dan singapura telah mengambil tindakan yang bijak dengan
menandatangani perjanjian untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.[19] Dalam kes ini, ICJ menjamin bahawa
isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu akan diadili dengan cara yang baik,
menyeluruh, adil serta mengmbilkira semua factor sejarah dan realiti.ICJ juga
mengesahkan bahawa akan mengkaji secara terperinci semua dokumen perjanjian
yang dimiliki oleh bekas empayar Belanda dan British yang tersimpan di muzium
sejarah di Belanda daan London.[20]
Isu Wilayah Pattani
Selain itu juga kita dapat melihat dengan jelas
sebagai contoh bahawa isu-sisu wilayah yang kini menjadi pertikaian antara
Malaysia dan negara jirannya adalah berpunca angkara penjajahan Barat tatpi
menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia menyelesaikan dengan cara yang terbaik.
Isu Pattani yang merupakan sebauah negeri Melayu yang sekian lama menerima
ancaman daripada musuh tradisi negeri Melayu Utara iaitu Siam sehingga kini
telah ditakluki oleh kerajaan Siam dari era pemerintahan raja-raja Dinasti
Chakri sehinggalah ke zaman kerajaan Thailand.
Melalui
isu Pattani dapat kita perkatakan di sini bahawa ia juga adalah salah satu
daripada konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya Thailand.
Melalui isu ini pihak Thailand sering mencurigai Malaysia kerana dianggap
memberi bantuan kepada gerakan pemisah Pattani yang merupakan bangsa serumpun
dan seagama dengan orang Melayu di Malaysia. Malahan isu wilayah yang tertunda
melibatkan Bukit Jeli juga kadangkala turut menjadi persoalan yang belum
terjawab tentang status kedudukannya sama ada ia adalah milik Malaysia ataupun
Thailand. Peristiwa Tak Bai dan tindakan ganas tentera Thailand terhadap
penduduk Islam di Selatan Thailand telah menyebabkan Malaysia dituduh sebagai
peranan dalam memberi sokongan kepada gerakan pemisah di Selatan Thailand.
Namun, Malaysia telah cuba menggunakan saluran-saluran diplomasi untuk
menjelaskan kedudukan dan peranan Malaysia dalam menangani konflik tersebut.
Dengan
memetik kenyataan Datuk Mohamed Jawhar Hassan, Pengarah Institut Kajian
Antarabangsa dan Strategik (ISIS), beliau menyatakan bahawa kenyataan dan
spekulasi dari pelbagai pihak ini mungkin akan menjejaskan pihak berkuasa
terutama Wisma Putra untuk membuat tuntutan.[21] Kenyatan ini beliau lakukan
lantaran wujud pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu
ini di dada-dada akhbar yang boleh menyebabkan kenyataan itu disalahtafsirkan
sehingga membawa provokasi kepada pihak lain. Seterusnya tindakan kerajaan
Malaysia membawa isu ini ke ICJ dianggap bijaksana supaya ia dapat
diadili dengan saksama. Dengan ini diharapkan kedua-dua pihak akan berpuashati
dan redha akan apa juga keputusan yang dibuat oleh ICJ. Apa yang penting ialah
hubungan kedua-dua pihak yang sedia terjalin terus harmoni dan
berkekalan. Ini kerana kedua-dua negara saling bergantungan antara satu sama
lain dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, politik ataupun social.
Isu Tuntutan Filipina ke atas
Sabah
Mengenai isu wilayah Sabah yang menjadi salah satu
konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya adalah salah
satu bukti yang cukup jelas bahawa Malaysia telah cuba menyelesaikan isu tuntutan
Filipina dengan cara diplomasi. Dalam menganalisa isu ini seperkara lagi yang
ingin diutarakan mengenai sikap British yang telah membuat perjanjian tanpa
pengetahuan semua pihak yang terlibat. British misalnya telah
menandatangani perjanjian atau persetujuan dengan kuasa asing lain seperti
Belanda, Sepanyol dan Amerika tetapi telah mengabaikan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu yang merupakan pihak yang paling utama. Dalam hal ini,
kuasa-kuasa penjajah asing ini masing-masing berlagak seolah-olah wilayah
Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu itu adalah hak milik mereka. Mereka dengan
senagaja meminggirkan pihak-pihak ini dalam perjanjian yang mereka
tandatangani dengan hasrat dapat memanipulasi wilayah yang dikuasai
untuk memenuhi impian ekonomi mereka. Mereka telah memanipulasi isi kandungan
perjanjian yang telah mereka tandatangani bersama untuk kepentingan mereka
sahaja. Selain itu, mereka sengaja memperkenalkan konsep-konsep dan pelbagai
peraturan baru yang kurang sesuai untuk diimplementasi di negeri-negeri Melayu
dengan niat untuk menguasai sesuatu wilayah sahaja.
Kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak
British telah ditanggung oleh Malaysia di mana isu tuntutan Sabah oleh Filipina
masih belum dapat diselesaikan. Ini disebabkan Filipina tidak mahu mengugurkan
tuntutannya ke atas Sabah. Lebih buruk lagi apabila Filipina telah melancarkan
kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia sekitar tahun 1968. Filipina telah
menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan
melakukan pengkhianatan terhadap wilayah Malaysia di Sabah. Boleh dikatakan
sekitar tahun 1968 hubungan Malaysia-Filipina dapatlah diibaratkan seperti “Ranjau
dalam Daging”.
Bagaimanapun , Malaysia tetap meneruskan usaha untuk
berdamai dengan kerajaan Filipina. Malaysia tetap tidak berputus asa untuk
mencari jalan penyelesaian ke atas isu ini. Rundingan demi rundingan telah
diadakan beberapa kali di Bangkok tetapi semuanya menemui
kegagalan. Sebaliknya Filipina telah menjadikan satu undang-undang
dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini telah
dilakukan oleh Filipina melalui satu Akta Perampasan Sabah. Tindakan ini telah
menyebabkan terputusnya hubungan diplomatic antara kedua-dua negara.
Isu Malaysia-Singapura
Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu
Putih dengan Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang
sering menghantakan hubungan kedua buah negara seperti Isu kastam, imigresen
dan Kuarantin (CIQ), Keratapi di Tanjung Pagar[22], Isu Air[23] dan Isu Tambak Laut[24] .
Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dipaparkan di
atas, ternyata hubungan Malaysia-Singapura sentiasa “panas” kerana masalah yang
menjadi kekangan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini
kedua-dua negara saling menimbulkan provokasi di antara satu sama lain melalui media-massa.
Konflik-konflik yang timbul akan menyebabkan wujud gambaran bahawa
kedua-dua negara tidak mempunyai semangat kejiranan yang baik.
Sungguhpun dari segi kedudukan geografi kedua-dua buah negara sangat rapat dan
hampir tetapi dari segi hubungan diplomatic adalah sebaliknya.
Pertelingkahan
dan pertelagahan yang sering berlaku di antara Malaysia-Singapura boleh
dianggap sebagai satu tradisi. Ini kerana isu-isu hangat yang sering menjadi
punca pertelingkahan telah wujud sejak era pemerintahan Tunku Abdul rahman
lagi. Seterusnya satu demi satu isu lain timbul walaupun yang sedia wujud belum
dapat diselesaikan. Dalam kes ini kedua-dua buah negara sepatutnya mengambil
tindkan bijaksanan bagi menangani isu yang wujud demi kepentingan bersama.
Dalam hal ini juga kedua-dua pihak boleh menggunakan pihak ketiga iaitu ASEAN
untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang tertangguh ini.
Kesimpulan:
Sebagai
sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang
diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah
memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan
luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam
negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai
forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata
dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu
melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu
menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh
negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang
bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara.
Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan
kuasa luar sepenuhnya.
Malaysia
berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan
dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan
terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan
yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di
kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap
kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian
yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai
negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia
mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu
membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi
memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.
Malaysia
memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya.
Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing
dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman,
perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya
dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan,
pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia
amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara
jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan
hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya
adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan
tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini
justeru ke arah keamanan sejagat.
No comments:
Post a Comment