5) Huraikan peranan institusi
kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di tanah melayu dari tahun 1859 hingga tahun 1948
(255-258)
Peranan institusi kewangan dalam perkembangan ekonomi di tanah melayu
dari tahun 1859 hingga tahun 1948 ialah melicinkan urusan perdagangan seperti
pada zaman pemerintahan sultan Muzaffar Shah yang menggunakan mata wang emas ,
perak dan timah .
Selain itu , kerajaan British telah
menubuhkan sebuah pesuruh jaya yang dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang
kertas bagi negeri-negeri selat di bawah
Ordinan XIII yang menyebabkan wang kerajaan melayu semakin pupus .
Seterusnya, institusi kewangan dapat
mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan dengan menyediakan kemudahan
pinjaman kepada para pelabur .Sistem pinjaman yang telah diperkenalkan telah
memajukan dan memesatkan industri getah dan bijih timah .
Selanjutnya, penubuhan bank telah
memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan kadar faedah yang
tinggi .Contohnya , dana dari luar negara dapat disalurkan ke tanah melayu
dengan lebih mudah dan cepat .
Peranan insurans maritim adalah untuk
melindungi dagangan dan kapal pedagang .Insurans kebakaran pula penting kerana
kebakaran sering berlaku sehingga mendatangkan masalah .
Tambahan lagi , undang-undang
perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskini oleh British pada 1917 dimana
insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran .
LOVE CIKGU AIN
Harap anaknda jadikan iktibar dalam penulisan kata Nama Khas perlulah ditulis dengan baik dan teliti.
ReplyDeleteSeperkara lagi, bab ini perlu banyak bahan dibaca dan dibuat latihan supaya anda faham dan ingat
next time letak warna putih boleh? warna merah sakit mata~ be a smart blogger please
ReplyDelete