Monday, 25 May 2015

SKEMA ESEI SEJ TING 4 (no 5-7)


Bahagian B
1.    Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
(a)  Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang                                                                                                                [ 8 markah ]
F1
Pemerintahan beraja
F2
Pengganti raja ialah daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja
F3
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama
F4
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
F5
Kuasa raja adalah mandat daripada tuhan
F6
Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah dari keturunan pemerintah agama
F7
Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
F8
Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan akan dibantu oleh golongan bangsawan
F9
Golongan bangsawan tersebut akan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya
F10
Bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
F11
dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang
[ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(b)  Apakah sumbangan masyarakat Hwang Ho dalam bidang pertanian ?                                                             [ 6 markah ]
F1
Pembinaan sistem pengairan
F2
Terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir
F3
Teknologi pembajakan
F4
Penciptaan cangkul
F5
Penciptaan sabit
F6
Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman
F7
Menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]
(c)  Pada pendapat anda, bagaimanakah sumbangan masyarakat Hwang Ho dapat membangunkan sektor pertanian negara ?                                                                                                                                                                  [ 6 markah ]

F1
Keprihatinan pemimpin terhadap pembangunan pertanian
F2
Menggunakan peralatan yang moden untuk menghasilkan keluaran yang lebih banyak
F3
Pemerintah bertanggungjawab membina terusan dan saliran dan menguruskannya
F4
Membuat kajian berkaitan teknik penanaman yang berkesan untuk mengeluarkan hasil pertanian
yang bermutu
F5
Sokongan dan promosi kerajaan untuk menarik minat rakyat menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan pertanian
F6
Menanam minat di kalangan generasi muda terhadap bidang pertanian
F7
Menyediakan ruang dalam pendidikan peringkat tinggi pengkhususan dalam bidang pertanian
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah/mana-mana jawapan yang munasabah ]

2.    Pendidikan membantu dalam meningkatkan tahap intelektual yang membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang yang lain.

(a)  Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam dalam tamadun China.                                                                                  [ 6 markah ]

F1
Peperiksaan terbahagi kepada tiga peringkat
F2
Tahap pertama ( Hsiu Tai )
H2a
Peperiksaan akan diadakan di peringkat daerah
H2b
Tahap pertama sama seperti ijazah pertama

Peperiksaan diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun

Lulusan ijazah berpeluang menjadi pegawai kerajaan
F3
Tahap kedua ( chun-Jen )
H3a
Tahap kedua sama seperti sarjana
H3b
Peperiksaan akan diadakan di ibu kota daerah
H3c
Peperiksaan tahap kedua diadakan tiga tahun sekali
F4
Tahap ketiga ( Chin Shih )
H4a
Tahap ketiga sama seperti doktor falsafah
H4b
Peperiksaan diadakan di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di depan maharaja
H4c
Lulusan ijazah ketiga layak menjadi pendidik
H4d
Peperiksaan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali
F5
Perlaksanaan peperiksaan sangat ketat
F6
Sesiapa yang didapati meniru akan dikenakan hukuman bunuh
F7
Calon peperiksaan akan ditempatkandi dalam bilik, dikurung tiga hari untuk menulis jawapan
F8
Makanan disediakan
F9
Pemeriksa juga dikurung beberapa hari sebelum peperiksaan
F10
Ini untuk mengelakkan penipuan
[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

(b)  Terangkan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India.                                                                                  [ 8 markah ]

F1
Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
F2
Tumpuan pendidikan ialah kepada agama.
H2a
Segala hukum agama mesti dipelajari.
H2b
Akan dapat hidup sempurna dengan nilai murni yang diajar agama.
H2c
Pendidikan tinggi dipentingkan
F3
Kolej Brahman memberi pendidikan tinggi.
F4
Istana dan rumah juga dijadikan pusat pendidikan.
F5
Universiti agama Buddha ditubuhkan di Nalanda.
H5a
Untuk menjadi brahmin berpendidikan, ia mesti menghafal pelbagai buku yang mengandungi
Pelbagai perkara
H5b
Peraturan ritual, mantera dan lagu agama kitab veda
F6
Mempelajari karya saintifik dan falsafah
F7
Pendidikan yang bertujuan menambahkan ilmu sains
F8
Bertujuan mengatasi buta huruf
F9
Bertujuan mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
F10
Peningkatan pendidikan bermula pada zaman Vedik
F11
Mementingkan keagamaan dan agama Hindu sebagai teras.
F12
Pendidikan didominasi golongan lelaki.
F13
Wanita tidak berpeluang menerima pendidikan.
F14
Pendidikan fokus kepada pembelajaran kitab-kitab Veda
F15
Bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran
F16
Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab Veda
[ Mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]




(c)  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan bagi meningkatkan tahap intelektual di institusi pendidikan tinggi negara kita ?                                                                                                                                                       [ 6 markah ]
F1
Meningkatkan program kajian dan pembangunan ( R&D )
F2
Menghasilkan buku-buku ilmiah yang lebih banyak.
F3
Mengadakan lebih banyak diskusi/ wacana dan dialog.
F4
Memanggil tokoh-tokoh akademik/ cendekiawan dari luar untuk ceramah dan sebagainya.
F5
Mengadakan pertandingan pidato tentang isu-isu semasa antara institusi pendidikan tinggi.
F6
Mengadakan lawatan ilmiah ke universiti luar negara.
F7
Menggalakkan mahasiswa menyatakan idea melalui penulisan.
F8
Menghasilkan lebih banyak karya-karya ilmiah
F9
Mengadakan dialog antarabangsa

[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah/jawapan yang munasabah ]

3.    Jadual berikut menerangkan sistem pemerintahan dalam tamadun dunia.

TAMADUN
SISTEM PEMERINTAHAN
Yunani
Demokrasi
Rom
Republik

(a)  Jelaskan sistem demokrasi dalam Tamadun Yunani.                                                                                                 [ 8 markah ]
F1
Berbentuk penyertaan langsung
F2
Warganegara lelaki dewasa terlibat dalam membentuk kerajaan
F3
Melalui undian
F4
Semua warganegara lelaki di Athens boleh berpolitik tetapi wanita tidak mempunyai hak dalam berpolitik
F5
Berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun
F6
Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F7
Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan
F8
Setiap anggota dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
F9
Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis
F10
Mesyuarat, perbincangan dan tindakan pemerintahan diluluskan di Dewan Perhimpunan
F11
Terdapat tiga badan utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri
F12
Ahli Majlis, Majistret dan juri dilantik oleh dewan yang berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya
F13
Wujud Mahkamah Berjuri untuk membicarakan orang yang menyalahgunakan undang-undang
untuk kepentingan diri
F14
Tidak diamalkan di negara kota lain
F15
Mengamal sistem beraja berkuasa mutlak
F16
Diperkenalkan lebih kurang 3000 tahun dahulu
F17
Diwarisi hampir seluruh negara di dunia

[ mana-mana 8 x 1m = 8 markah ]

(b)  Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan republik dalam Tamadun Rom.                                                                  [ 6 markah ]
F1
Negara ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
F2
Diketuai oleh Presiden
F3
Tiada pemerintah berkuasa mutlak
F4
Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul
F5
Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa
F6
Antara dua konsul tidak ada yang lebih berkuasa
F7
Konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
F8
Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran
F9
Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
F10
Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka undang-undang
F11
Sebelummenjadi Konsul perlu menjadi praeotor/pemerintah tentera terlebih dahulu
F12
Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan
F13
Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom
F14
Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat
[ mana-mana 6 x 1m = 6 markah ]

(c)  Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin sebuah negara demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu anda amalkan ?                                                                                                                                                                    [ 6 markah ]
F1
Jujur
F2
Adil
F3
Telus
F4
Tidak mengamalkan rasuah
F5
Bijak mentadbir
F6
Mampu memajukan ekonomi negara
F7
Menjaga kebajikan rakyat
F8
Memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemimpin
F9
Berfikiran terbuka
F10
Kebebasan bersuara


[ Mana-mana 6 x 1m = 6 markah/jawapan yang munasabah ]


PERATURAN PEMARKAHAN/SKEMA SEJ TING 4


Skema jawapan ( Bahagian A )

1.          Pemerintah yang telah berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.
a)    Nyatakan dua sumbangan Alexander The Great dalam perluasan empayar Yunani
(i)     Menguasai Parsi, Mesir, Tuskistan dan Samarkand
(ii)    Menguasai seluruh kawasan Laut Merah
(iii)   Menyebarkan budaya Hellenistik
(iv) Budaya Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.                                                                                                                                                                  
  ( pilih mana-mana 2 markah )

b)    Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Empayar Yunani ?
(i)          Kematian Alexander the Great                               (ii) Kemunculan Rom                                                                (  2 markah )

c)    Senaraikan tiga faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasanya ?
(i)          Pasukan tentera yang besar                   (iii) 600 ekor gajah
(ii)                   1000 orang tentera berkuda             (iv) 10 000 orang infantri                            ( pilih mana-mana  3 markah )

d)    Apakah kaedah perluasan kuasa yang dilakukan semasa pemerintahan Asoka?
(i)          Meluaskan kuasa dengan menekankan agama Buddha                                                                    (  1 markah )

e)    Pada pendapat anda, bagaimakah Asoka berjaya memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya?
(i)          Tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk meluaskan kuasa
(ii)         Menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka
(iii)       Menekankan penyebaran agama Buddha
(iv)        Kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.                                                 ( pilih mana-mana 2 markah )

2.       Kerajaan agraria merupakan salah satu kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di  Asia Tenggara.
(a)    Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.
(i)          Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
(ii)         Terbentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur
(iii)        Juga terdapat di kawasan pedalaman
(iv)      Kawasan subur di lembah-lembah sungai                                                                  ( pilih mana-mana 3 markah )

(b)    Nyatakan tiga aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat kerajaan agraria.
(i)          Tanaman utama utama iaitu tanaman padi sawah dan padi huma
(ii)         Tanaman sampingan iaitu jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
(iii)        Menghasilkan rempah seperti cengkih dan lada hitam
(iv)      Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan buah-buahan
(v)       Mencari sarang burung
(vi)      Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
(vii)     Penternakan binatang                                                                                                    ( pilih mana-mana 3 markah )

(c)     Berikan dua faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria.
(i)          Pembinaan sistem pengairan yang baik
(ii)         Contohnya perkembangan pertanian Funan dan Angkor adalah disebabkan sistem pengairan yang bersumberkan air dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
(iii)        Raja terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
(iv)      Contohnya ialah pembinaan baray
(v)       Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan 
             ( pilih mana-mana 2  markah )

(d)    Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk memajukan sektor pertanian negara.
(i)          Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan 
(ii)         Penggunaan mesin yang berteknologi tinggi
(iii)        Menanam minat untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian sejak dari kanak-kanak
(iv)      Permintaan pasaran yang menggalakkan                     (  pilih mana-mana 2 markah/jawapan yang munasabah )

3.       Zaman Jahiliah telah berlaku lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.
(a)    Berikan satu peristiwa penting yang telah berlaku dalam jangka masa Zaman Jahiliah.                  
(i)          Empangan Maarib runtuh                        (iii) Kelahiran Nabi Muhammad SAW
(ii)         Turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW                                                                     ( pilih mana-mana 1 markah )
                                                                                                               
(b)    Nyatakan dua kedudukan wanita dalam masyarakat Arab Jahiliah.                                                 
(i)          Wanita dipandang rendah dalam masyarakat
(ii)         Tidak dapat mewarisi harta pusaka
(iii)       Bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga
(iv)        Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus.             [ pilih mana-mana 2 markah ]



(c)     Jelaskan dua kesan negatif akibat daripada pengamalan Sistem Kabilah oleh masyarakat Arab Jahiliah?
(i)          Ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing
(ii)         Muncul semangat assabiah dan kesukuan yang melampau
(iii)        Cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
(iv)      Terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah masing-masing
(v)       Keadaan hidup yang kucar-kacir dan tidak aman
(vi)      Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab yang kecil
(vii)     Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah.       [ pilih mana-mana 2 markah ]
                                                                                                                                                                                                            
(d)    Senaraikan dua bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(i)          Wathani – menyembah berhala
(ii)         Animisme –memuja alam seperti pokok
(iii)        Samawi-  kristian, yahudi
(iv)      Kepercayaan karut - menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung
                                     [ pilih mana-mana 2 markah ]
                                                                                                                                                                  
(e)     Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliah kepada masyarakat Arab yang hidup dalam kesesatan?
(i)          Perpaduan kaum luntur                           (v)  Hilang nilai kemanusiaan
(ii)         Tiada keadilan sosial                                 (vi) Keselamatan terancam
(iii)        Institusi keluarga runtuh                             (vii) Penindasan ekonomi
(iv)      Peperangan                                                                       [ pilih mana-mana 3 markah / mana-mana jawapan munasabah ]

4.       Pertemuan antara penduduk Madinah dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621 M telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah.
(a)    Namakan dua suku Arab dari Madinah yang mengadakan perjanjian dengan Nabi Muhammad s.a.w.
(i)        Suku Aus                                                        (ii) Suku Khazraj                                                                         ( 2 markah )

(b)    Nyatakan tiga kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.
(i)          Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
(ii)         Berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
(iii)        Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan                                                                                                                                                                                           ( 3 markah )
(c)     Nyatakan tiga kandungan Perjanjian Aqabah Kedua.
(i)         Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
(ii)        Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad
(iii)       Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
(iv)      Menyediakan tempat tinggal
(v)       Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam Makkah
(vi)      Bersedia mempertahankan Islam                                                                                  ( pilih mana-mana 3 markah )

(d)    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah suku Arab Madinah mengajak Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah ?
(i)         Suasana di Madinah kurang aman
(ii)        Berlaku pergeseran dalam kalangan suku Arab
(iii)       Penguasan ekonomi oleh orang Yahudi.                                                                                                                                                         

                                                                              [ pilih mana-mana 2 markah / mana-mana jawapan munasabah ]