BAB
1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
Ciri-ciri
umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia
Add caption |
· Kuasa barat
menubuhkan kerajaan pusat
· Barat melantik
Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
· Mereka melaksanakan
pentadbiran melalui biro(jabatan)
· Pegawai barat
dilantik sebagai ketua biro
· Kuasa barat
memperkenalkan undang-undang barat.
Ciri-ciri
birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :
· Sepanyol
memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
· Gabenor Jeneral
menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
· Datuk Bandar
menjadi pentadbir wilayah
· Gabenor kecil
menjadi pentadbir Bandar
· Encomiendero
menjadi pemerintah Encomienda
Maksud
Sistem Encomienda :
· Sistem pentadbiran
Sepanyol diperingkat tempatan
· pemerintahnya
diketuai encomiendero
Tugas-tugas
Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :
· menjaga keamanan
· mengutip cukai
· mengkristiankan
penduduk barangay
Sebab sistem
Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
· mengenakan cukai
yang tinggi
· mengenakan kerahan
tenaga terhadap penduduk
Perubahan
sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :
· pentadbiran
dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
· pentadbiran pusat
diketuai oleh Gabenor Jeneral
· pentadbiran
tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
· pentadbiran
tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
· Belanda menubuhkan
jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
· Belanda menubuhkan
dewan tempatan
· dewan tempatan
berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
· dewan tempatan
tiada kuasa perundangan
· Belanda menubuhkan
Volksraad
· Volksraad merupakan
majlis rakyat
Bentuk
sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :
· Burma mengamalkan
sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
· pemerintahan dan
pentadbiran diketuai oleh raja
· raja dibantu oleh
Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
· Myothugyi menjadi
ketua Bandar
· Ahmudan menjadi
pegawai diraja
· Athi merupakan
pembesar-pembesar tradisional
· raja menjadi
penaung kepada sami Buddha.
Perubahan
pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :
· menamatkan
pemerintahan Dinasti Kounbaung
· institusi raja
tersingkir
· British
menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
· British melantik
pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
· British
memperkenalkan sistem undang-undang Barat
· British
memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan
Burma
· Btitish melenyapkan
system pentadbiran tradisional Burma
· pentadbiran daerah
diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
· British
menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
· British meletakkan
undang-undang Barat sebagai penaung agama
· British
memperkenalkan majlis Perundangan
· beberapa jabatan
ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.
Bentuk
sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :
· diitadbir oleh
sebuah kerajaan pusat
· pentadbiran
diketuai oleh raja berkuasa mutlak
· raja memberi kuasa
penuh kepada pembesar tempatan
· setiap birokrasi
diketuai oleh golongan mandarin
· pentadbiran ditiru
dari pentadbiran Tanah Besar China.
· pegawai dipilih
melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China
Bentuk
sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :
· Pentadbiran
diketuai leh Gabenor Jeneral
· Gabenor Jeneral
bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
· Leftenan Gabenor
menjadi pemerintah wilayah jajahan
· Leftenan dibantu
leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
· Perancis membentuk
kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
· kerajaan tempatan
diberi kuasa autonomi
· kerajaan pusat
tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
· kerajaan tempatan
perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
Konsep
Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :
· Union Indochinoise
merupakan Persekutaun Indochina
· Persekutuan
tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
· Perekutan ini juga
turut disertai laos pada tahun 1904
· Pentabdiran Union
Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
· Rang undang-undang
Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.
3
No comments:
Post a Comment