BAB
2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Tajuk : Peristiwa
Penentangan Pemimpin Tempatan
Soalan Esei
Gerakan pemimpin tempatan
seperti Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap, Mat Saleh dan lain-lain
yang berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia merupakan reaksi spontan
masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan
dikuasai oleh orang luar.
(a) Jelaskan sebab-sebab
pemimpin tempatan menentang British.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms.30 - 31 )
Takluk - British menjalankan dasar
penaklukan untuk meluaskan jajahannya
Terikat - Kawasan
taklukan akan terikat dengan perintah dan peraturannya
Naning - Contohnya, Naning dipaksa
membayar ufti kepadanya
Ekonomi - British
berusaha mengeksploitasi ekonomi tempatan
Perjanjian - Menandatangani
perjanjian dengan pembesar tempatan
Kuasai - Saudagar Negeri-Negeri Selat
menguasai perlombongan dan perdagangan bijih timah
Pentadbiran - British memaksa
pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
Cukai - Pengenalan sistem
cukai, undang-undang dan peraturan tanah bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat.
Terengganu - Contohnya di
Terengganu, tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan
British dan dikenakan cukai tanah.
Adat - British
mencampuri adat resam tempatan.
Perak - Contohnya
di Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.
Pemimpin - Pemimpin tempatan
kehilangan kuasa dan pengaruh
Penduduk - Penduduk tempatan
tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
Sokong - Mreka
memberi sokongan kepada pembesar menentang British.
[14 x 2m = Mak. 10
markah]
(b) Pilih dua tokoh dalam
senarai di bawah dan ceritakan peristiwa penentangannya terhadap British.
- Penghulu Dol Said di Naning
- Rentap di Sarawak
- Tok Janggut di Kelantan
- Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
(i) Penghulu Dol Said di
Naning
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms.31 - 32 )
Jajahan - British mendakwa Naning
sebagai jajahan takluknya
Enggan - Penghulu Dol Said
enggan menghantar ufti kepada British di Melaka
Tentera - British menghantar
tentera untuk menakluki Naning
Bantu - Penghulu Dol Said
yang dibantu oleh Penghulu Rembau, Penghulu Remai, Dato’
Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan
tentera British
Serang - British menyerang
Naning sekali lagi
Tewas - Penghulu Daol
said tewas lalu menyerah diri dan dibawa ke Melaka
[6 x 1m = Mak. 5
markah]
(ii) Rentap di Sarawak
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms.33 - 34 )
Hapus - James Brooke
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
Serang - Rentap memimpin
orang Iban menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
Halau - Rentap berjaya
menghalau James Brooke
Bakar - James Brooke
bertindak balas membakar kampung Rentap.
Undur - Rentap dan
pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.
Kalah - Rentap terpaksa
berundur ke Ulu Sungai Entabai apabila dikalahkan oleh tentera
James Brooke.
[6 x 1m = Mak. 5
markah]
(iii) Tok Janggut di
Kelantan
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms.41 - 42 )
Bantah - Tok Janggut membantah
pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tetapi tidak ilayan.
Arah - Arahan
dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkap tetapi gagal.
Menduduki - Tok Janggut
bersama Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said,
Che Ishak dan penduduk tempatan menyerang Pasir Puteh dan
berjaya mendudukinya.
Kerajaan - Mereka membentuk
kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai
Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Serang - British menyerang
Kampung Saring dengan bantuan tentera Negeri Selat.
Terkorban - Tok Janggut
terkorban dalam serangan itu.
[6 x 1m = Mak. 5
markah]
(iv) Haji Abdul Rahman
Limbong di Terengganu
( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan
5 ms.42 - 43 )
Kecewa - Haji Abdul Rahman
Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah
yang diperkenalkan oleh British.
Telemong - Beliau mengetuai
penduduk membersih tanah di Kuala Telemong tanpa
menghiraukan peraturan tanah.
Maimunah - Beliau sekali
lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi
dapat disuraikan oleh British.
Bersenjata - Penduduk tempatan
melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di
Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.
Sultan - Dengan
menggunakan nama Sultan, British menghantar menghantar pembesar dan
berjaya menawan semula Kuala Berang.
Tangkap - Sepasukan polis
menyerang Kuala Telemong dan berjaya menangkap Haji Abdul
Rahman Limbong.
Buang - Beliau dibuang
negeri ke Makkah.
[7 x 1m = Mak. 5
markah]
Tajuk : Gerakan
Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Kejayaan British menjajah
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah tidak mematahkan semangat penduduk tempatan
sebaliknya secara perlahan mereka bergerak memberi kesedaran dalam pendidikan
dan ekonomi melalui persatuan dan media cetak.
(a) Bagaimanakah
dasar-dasar British terhadap politik, ekonomi dan sosial di negara ini telah
membangkitkan nasionalisme di kalangan penduduk tempatan
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 45 – 49)
i. Politik
Musnah - Pengenalan sistem
politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional
Cabar - Tindakan
menggantikan pembesar tempatan dengan pegawai British
mencabar amalan tradisi
Maruah - Tindakan tersebut
juga menjatuhkan maruah orang Melayu
ii. Sosial dan Pendidikan
Kampung - Orang Melayu
tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
Kemajuan - Kemajuan hanya
terdapat di bandar-bandar sahaja
Jurang - Wujudnya
jurang taraf hidup antara luar bandar dengan bandar
Mundur - Hidup orang
Melayu mundur
Intelek - Sistem
pendidikan melahirkan golongan intelek Melayu
Sedar - Mereka
memainkan peranannya untuk menyedarkan bangsa
Tolak - Mereka
menggunakan idea untuk menolak penjajahan
iii. Ekonomi
Datang - Dasar
British menggalakkan kemasukan orang asing untuk berdagang.
Imigran - Ramai
imigran datang dan menetap di Tanah Melayu
Persaingan - menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan
Kuasai - Mereka
menguasai ekonomi perlombongan, perladangan dan perdagangan
Padi - Orang
Melayu kekal dengan pertanian padi
[ 15 x 2m = Mak.
12 markah ]
(b) Nyatakan isu-isu
pendidikan yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada
tahun 1930-an.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 51 – 53 )
Tinggi - Memajukan
pendidikan tinggi orang Melayu
Perempuan - Menggalakkan
pendidikan untuk anak perempuan
Pilih - Menyeru
meninggalkan sikap memilih kerja
Tabung - Menggalakkan
orang Melayu menabung untuk pendidikan anak-anak
Tradisional - Mementingkan
kemahiran tradisional orang Melayu
Inggeris - Mementingkan
pendidikan Inggeris untuk kemajuan
Taraf - Meminta
menaikkan taraf sekolah Melayu dengan memberi nilai ekonomi
BM - Memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran
British
Islam - Menyeru
orang Melayu tidak melupakan pendidikan Islam
Nilai - Mengekalkan
nilai baik masyarakat Melayu
[ 10 x 1m = Mak. 8
markah ]
Pengaruh perubahan yang
dialami oleh masyarakat Islam di negara-negara Timur Tengah telah memberi
kesan kepada perkembangan pemikiran masyarakat Melayu hingga mewujudkan gerakan
Islah oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20.
(a) Apakah yang
dimaksudkan dengan gerakan Islah ?
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 49 )
- Gerakan yang berusaha
mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan
mereka terhadap Islam.
[ 2 markah]
(b) Sebutkan dua tokoh
yang mempelopori gerakan Islah.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 49 )
- Sheikh Tahir Jalaluddin
- Syed Sheikh al-Hadi
- Dr. Burhanuddin al-Helmy
[3 x 1m = Mak. 2
markah]
(c) Nyatakan idea-idea
yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh oleh Kaum Muda.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 50 )
- Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan
dunia
- Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan,
politik dan sosial orang Melayu
- Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam
fikiran orang Islam
- Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang
tidak berperanan memajukan orang Melayu
[4 x 1m = Mak. 3 markah]
(d) Berikan
sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri
Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 50 )
- Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman
Kaum Tua
- Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang
pengaruh Kaum Muda
- Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali
mendapat keizinan Sultan
- Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah
Kaum Muda ke negeri-negeri itu.
[4 x 1m = Mak. 3
markah]
Tajuk : Akhbar,
Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Bangsa
Soalan Struktur
Peranan yang dimainkan oleh
akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu
pada tahun 1930-an adalah amat jelas dengan memuatkan isu berkaitan sosial,
ekonomi dan politik supaya pembaca dapat menilai kesan penjajahan terhadap
kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik mereka.
(a) Senaraikan
akhbar-akhbar Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 51)
- Warta Malaya
- Lembaga Malaya
- Majlis
- Utusan Melayu
- Warta Negara
- Fajar Sarawak
[6 x 1m = Mak. 2
markah]
(b) Nyatakan isu-isu
ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 51)
- Menggalakkan syarikat kerjasama
- Meminta
British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi
tempatan
- Menggalakkan perniagaan
di kalangan orang Melayu
- Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
- Menyeru orang Melayu berjimat cermat
- Meminta British mengadakan kampung khas
Melayu di Kuala Lumpur
[6 x 1m = Mak. 3
markah]
(c) Apakah
perkara-perkara yang dibangkitkan dalam majalah Bulan Melayu ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 52)
- Menggalakkan perpaduan di kalangan guru
perempuan di Johor
- Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan
untuk kemajuan diri
- Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan
nilai-nilai Islam dan budaya Timur
- Menggalakkan wanita menjadi obor untuk
memajukan bangsa
[4 x 1m = Mak. 2
markah]
(d) Berikan
tema-tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan oleh Ishak Haji Muhammad
melalui novel-novel karangannya.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 53)
- Semangat menentang penjajah oleh anak muda
tempatan
- Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa
- Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
- Menghargai warisan bangsa sendiri
- Menolak kesenangan demi maruah bangsa
[5 x 1m = Mak. 3
markah]
Tajuk : Akhbar,
Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan
Soalan Esei
(a) Bagaimanakah
akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an memainkan peranannya sebagai agen
gerakan nasionalisme ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 51)
Isu - Membangkitkan
isu pendidikan, ekonomi dan politik
Kesedaran - Memberikan
kesedaran untuk memajukan bangsa Melayu
i. Sosial / Pendidikan
Tinggi - Menggesa
supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Perempuan - Menggalakkan
pendidikan untuk anak perempuan
Sikap - Menyeru
orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha
Kemahiran - Mementingkan
kemahiran pertukangan dan kerja tangan
BI - Mengutamakan
pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri
Sekolah - Meminta sekolah
Melayu diberikan nilai ekonomi
BM - Memartabatkan
bahasa Melayu dalam pentadbiran British
Islam - Menyeru
orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Nilai - Menyeru
supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
ii. Ekonomi
Syarikat - Menggalakkan
syarikat kerjasama
Dagang - Meminta
British mengurangkan kemasukan orang dagang
Perniagaan - Menggalakkan
perniagaan di kalangan orang Melayu
Tanah - Melarang orang
Melayu menjualkan tanah mereka
Jimat - Menyeru
orang Melayu berjimat cermat
Kampung - Meminta
British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur
iii. Politik
Raja - Mengkritik
British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Laksana - Mengkritik raja
dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat
Pilih - Menolak
dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
MAS - Menuntut diadakan
Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam
perkhidmatan kerajaan
Bersatu - Menyeru orang
Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan
Tuntutan - Menentang
tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
[23 x 1m = Mak. 12
markah]
(b) Jelaskan
isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel
Melayu pada tahun 1930-an.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 51 – 53)
Anak - Pendidikan
untuk anak perempuan
Pendidikan - Menggalakkan
wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
Kesopanan - Mendorong wanita
menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
Obor - Menggalakkan
wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
Kebebasan - Kebebasan wanita
dalam menentukan hala tuju kehidupannya
Negatif - Membuang pandangan
negatif yang boleh menghalang kemajuan
Perpaduan - Perpaduan di
kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor
[7 x 1m = Mak. 8
markah]
Tajuk : Perjuangan
Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
Soalan Struktur
Awal abad ke-20 memperlihatkan
kemunculan persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa
Melayu berkaitan isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan
pembelaan politik bangsa.
(a) Nyatakan peranan yang
dimainkan oleh Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura
(KMS)
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 54 – 55)
- Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
- Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat
- Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu
Singapura mendapat perhatian British
- Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas
bagi orang Melayu di Singapura
- Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka,
Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu
[5 x 1m = Mak. 3
markah]
(b) Apakah tujuan
penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 55)
- Menggalakkan ahli berkenal-kenal
- Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk
memajukan diri dan bangsa
- Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di
kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
[3 x 1m = Mak. 2
markah]
(c) Senaraikan
tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menunjukkan kesatuan ini
bersifat politik.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 56)
- Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau
British dari Tanah Melayu
- Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
- Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat
propoganda anti-British
- Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan
sokongan
- Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya
Assyarif
- Menubuhkan tentera semut untuk menentang
British
[6 x 1m = Mak. 3 markah]
(d) Apakah hasil daripada
kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 56 - 57)
- Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan
pendidikan dibincangkan
- Layanan pilih kasih oleh British dalam
pentadbiran kerajaan telah didedahkan
- Perjuangan kesatuan mendapat sokongan
golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
- Perpaduan orang Melayu untuk mengatasi
permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
- Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu
dapat diatasi
[5 x 1m = Mak. 2 markah]
Tajuk : Gerakan
Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun
Soalan Struktur
Tekanan semasa pendudukan
Jepun antara tahun 1941 hingga tahun 1945 telah melahirkan semangat kebangsaan
Tanah Melayu melalui gerakan bawah tanah yang berfokus kepada matlamat untuk
membebaskan diri daripada tekanan penjajahan.
(a) Nyatakan dasar
pemerintahan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms. 57 – 58)
- Menyekat kebebasan bersuara rakyat Tanah
Melayu
- Memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang
menyokongnya
- Membenarkan pertubuhan bergerak di bawah
pengawasannya
- Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan
sebelum itu
- Menukar nama akhbar tempatan kepada nama
Jepun
- Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun
sebagai bahasa pengantar
- Nilai-nilai Jepun diperkenalkan di sekolah
[7 x 1m = Mak. 3 markah]
(b) Apakah tindakan yang
dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms. 58)
- Menubuhkan Malayan
People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
- Mendapatkan sokongan dan bantuan senjata
daripada British
- Bekerjasama dengan British menentang Jepun
- Menjalankan perang gerila terhadap Jepun
- Menubuhkan Pasukan Bintang Tiga
[7 x 1m = Mak. 3 markah]
(c) Nyatakan gerakan
bawah tanah yang dilakukan oleh orang Melayu menentang Jepun.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms. 58)
- Menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah
- Bekerjasama dengan tentera British menentang
Jepun
- Bergerak secara gerila di hutan
- Bergerak aktif di Kedah, Johor dan Pahang
[4 x 1m = Mak. 2 markah]
(d) Apakah
rancangan Kesatuan Melayu Muda tentang kemerdekaan Tanah Melayu menjelang
khir pendudukan Jepun ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms. 59)
- Meminta Jepun memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia
- Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia
Raya
- Menubuhkan Kesatuan rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS) untuk melaksanakan tugas mendapatkan kemerdekaan
dengan Indonesia
- Mengadakan
kongres di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan bersama
ndonesia
[4 x 1m = Mak. 2 markah]
No comments:
Post a Comment