BAB 1 :
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta
perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat
menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 3 )
- Dasar sesebuah negara
meluaskan pengaruh dan wilayahnya
- Menjajah negara lain
untuk kepentingan tertentu
[2 x 1m = Mak. 2
markah]
(b) Senaraikan
dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan
dasar imperialismenya di rantau tersebut.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 5 )
- Kedudukannya strategik
antara China dengan India
- Dekat dengan kawasan
pasaran di India dan China
- Tanah yang subur
- Kaya dengan bahan
mentah
[4 x 1m = Mak. 2
markah]
(c) Sebutkan
kesan-kesan perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan terhadap
perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 6 )
-Penggunaan kapal wap dan
Pembukaan Terusan Suez
- Muatan lebih banyak
- Mempercepatkan
perjalanan Timur-Barat
- Memendekkan jarak
perjalanan
- Perjalanan lebih
selamat
- Menjimatkan kos
-Penciptaan Telegraf
- Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat
- Ahli perniagaan dapat
berhubung dengan wakil mereka di Timur
- Urusan perdagangan
lebih mudah
- Perdagangan
antarabangsa lebih pesat
[8 x 1m = Mak. 3
markah]
(d) Nyatakan
nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan
antara mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 6 )
- Semakin luas tanah
jajahan, semakin tinggi sanjungan
- Keluasan tanah jajahan
melambangkan kekayaan dan kekuatan
- Mereka lebih maju dan
bertamadun
- Beban Orang Putih /
Bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.
- Tugas menyebarkan
tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur
- Bertanggungjawab
menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan
[6 x 1m = Mak. 3
markah]
_______________________________________________________________________________________________
Tajuk : Perubahan
Sistem Politik
Soalan Struktur
Bagi merealisasikan cita-cita
imperialisme yang bertujuan untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak
imperialis telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara.
(a) Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
(a) Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms. 9)
- Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran
pusat dan pentadbiran tempatan
- Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor
Jeneral
- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh
pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
- Penubuhan jabatan kerajaan
- Penubuhan Dewan Tempatan
[5 x 1m = Mak. 2 markah]
(b) Nyatakan
tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia
Tenggara.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms.8 )
- Penubuhan kerajaan pusat
- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua
pentadbir
- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
(jabatan)
- Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
- Pengenalan undang-undang Barat
[5 x 1m = Mak. 3 markah]
(c) Nyatakan
tugas-tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan
oleh Sepanyol di Filipina.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 9 )
- Menjaga keamanan
- Mengutip cukai
- Mengkristiankan penduduk barangay
[3 x 1m = Mak. 2 markah]
(d) Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
(d) Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
( Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 10 - 11 )
- Berakhirnya Dinasti Konbaung
- Institusi raja tersingkir
- Jawatan pembesar tradisional di peringkat
pusat terhapus
- Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah
di Burma
- Pentadbiran tradisional lenyap
- Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
- Majlis Perundangan diperkenalkan
- Beberapa jabatan ditubuhkan
[8 x 1m = Mak.3 markah]
Tajuk : Pengenalan
Sistem Birokrasi Barat
Soalan Esei
(a) Huraikan
sistem pemerintahan di IndoChina sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke
negara tersebut.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
ms.11 – 12)
i. Sebelum Kedatangan
Perancis
Mutlak - Ditadbir oleh kerajaan pusat
berkuasa mutlak
Pembesar - Memberi kuasa
penuh kepada pembesar tempatan
Mandarin - Setiap birokrasi
diketuai oleh golongan Mandarin
China - Dipengaruhi oleh sistem
pentadbiran Tanah Besar China
Peperiksaan - Dipilih melalui
peperiksaan
ii. Selepas Kedatangan
Perancis
Gabenor - Pentadbiran diketuai
oleh Gabenor Jeneral
Terus - Gabenor Jeneral
bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan diParis
Leftenan - Gabenor Jeneral dibantu
oleh Leftenan Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah
jajahan / naungan
Residen - Gabenor Jeneral
dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
Indochinoise - Menubuhkan
kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
Undang-undang - Rang
undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
Tempatan - Pentadbiran
kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat
Bayar - Kerajaan tempatan perlu
membayar cukai dan kerahan tenaga
[13 x 2m = Mak. 12
markah]
(b) Apakah
perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 12 – 13)
i. Pembaharuan Raja
Mongkut
Penasihat - Melantik 80 orang
penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan
Britain - Penasihat dari Britain menjadi
penasihat kewangan dan pelabuhan
Amerika - Penasihat dari Amerika
untuk jabatan kastam
Perancis - Penasihat
Perancis dalam jabatan ketenteraan
ii. Pembaharuan Raja
Chulalongkorn
Majlis - Memperkenalkan
Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri
Juruaudit - Melantik
juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara
Pentadbir - Kedudukan
pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan
Raja - Sistem raja
berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
(8 x 2m = Mak. 8
markah)
Apabila kuasa-kuasa Barat
menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk
menggantikan sistem pemerintahan beraja.
(a) Huraikan
sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 8 – 9)
Pusat - Memperkenalkan
sistem pentadbiran berpusat
G/Jeneral - Gabenor
Jeneral menjadi pemerintah tertinggi
Datuk Bandar - Melantik Ketua
Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
G/Kecil - Gabenor
Kecil menjadi pentadbir Bandar
Tempatan - Pentadbiran
peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
Encomienda - Barangay-barangay
digabungkan membentuk Encomienda
Encomiendero - Encomienda
diperintah oleh Encomiendero
Tugas - Tugas
Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan
penduduk barangay
[8 x 1m = 8
markah]
(b) Jelaskan
kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di
Asia Tenggara.
(Ruj
: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 8 – 13)
Kuasa - Raja kehilangan
kuasa dalam pemerintahan
Penaung - Fungsi raja
sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh
undang- undang
Hapus - Terhapusnya
institusi raja , contohnya di Burma
Pemerintah - Gabenor Jeneral /
Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah
tertinggi
Nasihat - Raja menerima
nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran
Pengaruh - Kemerosotan
pengaruh pembesar tempatan
Pusat - Penubuhan
Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah
Bahagi - Pembahagian
pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Undang-undang - Pengenalan sistem
undang-undang Barat
[9 x 1m = mak. 8
markah]
.......................................................................................................................................................................
Tajuk : Faktor-Faktor Kemunculan
Nasionalisme
(a) Apakah
yang dimaksudkan dengan nasionalisme ?
(Ruj: Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 14)
perasaan cinta akan negara
yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air
dalam segi politik, ekonomi
dan kebudayaan asing.
[2 markah]
(b) Nyatakan
dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah hingga timbulnya
perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara. (Ruj
: Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 16)
- Sikap pilih kasih dalam
menyediakan kemudahan pendidikan
- Mengutamakan sekolah
yang berpengantar bahasa penjajah
- Memberikan pendidikan
pada tahap rendah
- Pendidikan terhad
kepada golongan elit dan penduduk bandar
- Anak Golongan bangsawan
diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan
- Lepasan sekolah
vernakular sukar mendapat pekerjaan
[6 x 1m = Mak. 3
markah]
(c) Sebutkan
akhbar-akhbar di negara-negara Asia Tenggara yang memainkan peranan menanamkan
perasaan antipenjajah. (Ruj
:Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17)
- Tribune Indigene
- Cloche Felee
- al-Ikhwan
- Saudara
- Warta Malaya
- Majlis
[6 x 1m = Mak. 3
markah]
(d) Nyatakan
kepentingan sistem perhubungan dan pengangkutan dalam kemunculan gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara. (Ruj: Buku
Teks Sejarah Tingkatan 5 ms. 17)
- Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di
kalangan nasionalis
- Jalan kereta api dan jalan raya menghubungkan
kawasan yang dulunya terpisah
- Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan
berbincang
[3 x im = Mak. 2
markah]
Tajuk : Faktor-Faktor
Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme
Soalan Esei
(a) Huraikan
faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Empat ms. 14 – 16)
i. Dasar Penjajah
Dasar - Rakyat tempatan tidak
puas hati terhadap dasar penjajah.
Birokrasi - Penduduk tempatan
tidak mempunyai peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Ekonomi - Dasar ekonomi
penjajah bersifat menindas.
Sosial - Penjajah mewujudkan
jurang sosial dalam masyarakat.
Imigran - Dasar kemasukan
imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.
ii. Pengaruh Agama
Agama - Agama menjadi
alat penyatuan rakyat.
Islah - Lahirnya gerakan
Islah oleh persatuan-persatuan agama.
Kristian - Penganut Kristian
tempatan dianggap golongan kelas kedua.
iii. Karya Kesusasteraan
Karya - Karya-karya
kesusasteraan membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
Mesej - Karya-karya
kesusasteraan menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.
iv. Pendidikan
Pendidikan - Penjajah
mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
Kemudahan - Kemudahan
disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
Rendah - Pendidikan diberi
di peringkat rendah sahaja.
Elit - Pendidikan
diberi kepada golongan elit sahaja.
Bandar - Pendidikan terhad di
bandar sahaja.
Asing - Anak-anak
bangsawan diasingkan daripada rakyat dalam memberi pendidikan.
Sekular - Pendidikan
sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.
Pekerjaan - Lepasan sekolah
vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
v. Kemunculan Golongan
Intelek
Intelek - Golongan intelek yang
terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam memimpin
gerakan nasionalisme menuntut membaiki
taraf hidup dan membebaskan negara.
vi. Pengaruh Media
Media - Media seperti akhbar
dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme.
Sebar - Menyebarkan idea
nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.
vii. Perkembangan Sistem
Pengangkutan dan Perhubungan
Bertemu - Sistem
perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Hubung - Jalan raya dan jalan
kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.
viii. Pengaruh Luar
Jepun - Kejayaan Jepun
menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
Ghandi - Perjuangan Mahatma
Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.
[26 x 1m = Mak. 12
markah]
(b) Mengapakah
gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme
negara lain di Asia Tenggara ?
(Ruj : Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)
Sifat - Nasionalisme Thailand
tidak bersifat antipenjajah.
Kerabat - Gerakan nasionalisme tahap
pertamanya disebabkan rakyat menentang penguasaan politik oleh
kerabat diraja.
Mutlak - Mereka mengadakan
penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak.
Boros - Tidak puas hati
terhadap sikap raja yang boros.
Revolusi - Revolusi
dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.
Ekonomi - Gerakan
nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati erhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Pembaharuan - Mengadakan
pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu.
Undang-undang - Menggubal
undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina
Bubar - Membubarkan akhbar dan
sekolah Cina.
[8x1m = Mak. 8
markah]
.......................................................................................................................................................................
Tajuk : Perkembangan
Nasionalisme
Soalan Esei
(a) Jelaskan
perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme
tahap kedua di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Empat ms. 18)
Sifat - Gerakan
nasionalisme tahap pertama bersifat setempat manakala gerakan
nasionalisme tahap kedua bersifat
nasional.
Organisasi - Gerakan tahap
pertama tiada organisasi tetapi gerakan tahap kedua mempunyai
organisasi yang tersusun.
Matlamat - Matlamat gerakan
nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam
bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi
manakala gerakan ntahap kedua mempunyai matlamat
menuntut kemerdekaan.
Pimpin - Gerakan tahap pertama
dipimpin oleh golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan
Timur Tengah tetapi gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan
tinggi yang berpengetahuan
Kaedah - Gerakan tahap
pertama menggunakan kaedah memberi kesedaran tetapi gerakan
kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.
Tuntut - Gerakan tahap pertama
tidak menuntut kemerdekaan segera sebaliknya gerakan tahap
kedua menuntut kemerdekaan dan membentuk
kerajaan sendiri.
[6 x 1 = Mak. 8
markah]
(b) Bagaimanakah
kuasa penjajah Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
(Ruj : Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18 - 23)
Mati - Menghukum mati pemimpin
gerakan seperti menghukum mati Andres Banifacio di Filipina,
Nguyen Thai Hoc di Vietnam.
Tangkap - Menangkap
pemimpin revolusi seperti pemerintah Amerika di Filipina menangkap
Emilio Aguinaldo,
Pemerinytha Belanda di Indonesia menangkap Soekarno.
Parti - Membenarkan
penubuhan parti bersifat sederhana. Contohnya pemerintah Amerika
membenarkan Sergio Osmena menubuhkan Parti Nasional Filipina.
Haram - Mengharamkan
parti-parti bersifat radikal.
Contohnya, Pemerintah
Indonesia mengharamkan Parti Nasional Indonesia.
Larang - Melarang raja melibatkan
diri dalam politik. Contohnya Perancis di Vietnam
melarang Maharaja Bao Dai.
Pilihan raya - Mengadakan
pilihan raya untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan
menjalankan pentadbiran.
Contohnya Amerika di Filipina
dan British di Burma.
[6 x 2m = Mak. 10
markah]
Tajuk : Perkembangan
Nasionalisme
Soalan Struktur
Perkembangan nasionalisme di
Asia Tenggara pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan
isu-isu yang diperjuangkan dan corak gerakan nasionalisme tersebut.
(a) Sebutkan
ciri-ciri nasionalisme di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku
Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 18)
Tahap Pertama
- Penentangan bersifat setempat
- Tidak berorganisasi
- Isu perjuangan ialah berkaitan kebudayaan,
agama dan dan hak peribumi
- Dipimpin oleh golongan yang mendapat
pendidikan di Barat dan Asia Barat
- Memberi penekanan terhadap kesedaran politik
- Menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf
hidup dibaiki
- Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera
[7 x 1m = Mak. 2
markah]
Tahap Kedua
- Gerakan yang lebih radikal
- berorganisasi
- Didorong oleh kegagalan nasionalisme tahap
pertama yang bersifat sederhana
- Dipimpin oleh golongan berpengetahuan luas
dalam bidang kebudayaan dan ilmu Barat
- Menuntut kemerdekaan / membentuk kerajaan
sendiri
[5 x 1m = Mak. 2 markah]
(b) Senaraikan
tuntutan-tuntutan golongan nasionalis Filipina pimpinan Jose Rizal.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Empat ms. 18 - 19)
- Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
- Bangsa Filipina diberikan hak yang sama
seperti bangsa Sepanyol
- Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara
- Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan
politik, ekonomi dan sosial
[4 x 1m = Mak. 3 markah]
(c) Apakah peranan Emilio
Aguinaldo dalam gerakan nasionalisme di Filipina ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan Empat ms. 19)
- Membantu Andres Bonifacio memulakan
penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
- Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan
revolusi bersenjata
- Menjadi Presiden Kerajaan Revolusi Filipina
pada 1897
- Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andrtes
Bonifacio
- Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir
Sepanyol
- Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi
tidak disahkan oleh Amerika.
- Meneruskan revolusi bersenjata menentang
Amerika Syarikat
[7 x 1m = Mak. 3
markah]
Tajuk : Faktor
Kemunculan Nasionalisme / Perkembangan Nasionalisme
Soalan Esei
(a) Bagaimanakah
faktor-faktor berikut mendorong kemunculan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara ?
- Dasar penjajah
- Pengaruh media massa
- Pengaruh luar
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 14 – 17)
(i) Dasar Penjajah
Birokrasi - Sistem birokrasi
tidak membuka peluang kepada rakyat tempatan
Kekal - Rakyat
tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
Tindas - Dasar-dasar
ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi
Jurang - Penjajah
mewujudkan jurang sosial
Taraf - Penjajah
menganggap mereka bertaraf tinggi
Bergaul - Mereka
begaul sesama mereka dan dengan golongan elit tempatan sahaja
Imigran - Dasar terbuka
terhadap kemasukan imigran menimbulkan tidak puas hati
Ekonomi - Golongan imigran
menguasai ekonomi tempatan
ii. Pengaruh Media Massa
Akhbar - Akhbar dan majalah
menyemarakkan semangat nasionalisme
Sebar - Menyebarkan
idea nasionalis
Anti - Menanam
perasaan anti penjajah kepada rakyat
iii. Pengaruh Luar
Jepun - Kejayaan
Jepun mengalahkan China dan Rusia membuka mata para nasionalis
Sedar - Sedar
negara kecil berupaya mengalahkan negara besar
Ghandi - Perjuangan Mahatma
Ghandi di India memberikan inspirasi
[14 x 2m = Mak. 12 markah]
(b) Bandingkan gerakan
nasionalisme yang berlaku di Thailand dengan yang berlaku di
Indonesia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 19 – 20 & ms. 22)
Penjajah - Nasionalisme di
Indonesia bersifat anti penjajah
Raja - Nasionalisme
Thailand ialah penentangan terhadap raja
Mundur - Nasionalisme
tahap pertama di Indonesia muncul kerana tidak puas hati terhadap
kemunduran rakyat
Politik - Nasionalisme Thailand
disebabkan penguasaan politik oleh kerabat diraja dan sikap
Raja Vajiravudh yang boros
Pendidikan - Nasionalis
Indonesia memberi tumpuan terhadap pendidikan wanita dan penyebaran
Islam yang sebenar.
Revolusi -
Nasionalis Thailand melancarkan revolusi menamatkan sistem raja berkuasa
mutlak.
Radikal -
Nasionalisme tahap kedua di Indonesia dipelopori oleh parti politik radikal
Pemerintah - Di Thailand,
gerakan dilaksanakan oleh pemerintah.
Merdeka -
Rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan daripada Belanda
Ekonomi -
Di Thailand, rakyat berusaha menghapuskan cengkaman ekonomi oleh
kapitalis Barat dan orang Cina
Kekerasan - Di Indonesia
perjuangan dilakukan secara kekerasan.
Pembaharuan - Gerakan nasionalisme di
Thailand dijalankan dengan melakukan pembaharuan
[12 x 1m = Mak. 8
markah]
Tajuk : Perkembangan
Nasionalisme
Soalan Esei
Tindak balas pemimpin dan
rakyat tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap penjajahan
kuasa Barat di negara-negara Asia Tenggara sehingga penjajah yang terdesak
terpaksa bertindak balas.
(a) Huraikan perkembangan
gerakan nasionalisme di Filipina.
Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 18 – 19)
Jose Rizal - Tahap pertama
gerakan nasionalisme dipimpin oleh Jose Rizal yang disokong oleh
golongan pertengahan berpendidikan Barat
Tuntut - Menuntut
supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol / persamaan hak seperti
bangsa Sepanyol / kebebasan bersuara tetapi tidak
dilayan
Desak - Mendesak
Sepanyol mengadakan pembaharuan melalui Liga Filipina
Tangkap - Jose Rizal
dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao dan dibunuh
Bonifacio - Andres Bonifacio
memulakan penentangan radikal terhadap Sepanyol.
Merdeka - Matlamat
perjuangannya ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
kemerdekaan melalui revolusi
Kalayan - Menggunakan
akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Revolusi - Melancarkan
revolusi bersenjata terhadap Sepanyol tetapi gagal
Bekerjasama - Aguinaldo
bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol pada 1898
Isytihar - Mengisytiharkan
kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan Amerika
Terus - Revolusi
diteruskan terhadap Amerika Syarikat di Filipina
Benar - Kerajaan
Amerika membenarkan penubuhan parti politik sederhana
Perlembagaan - Nasionalis
menuntut kemerdekaan dari Amerika melalui perlembagaan
[13 x 2m = Mak. 12
markah]
(b) Buat satu
rumusan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kuasa Barat dalam menangani
gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara.
(Ruj : Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 ms. 18 – 22)
Bunuh - Menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas pemimpin radikal seperti yang berlaku
terhadap Andres Bonifacio di Filipina dan
Nguyen Thai Hoc di IndoChina
Penjara - Ditangkap dan
dipenjarakan seperti yang dilakukan oleh Sepanyol terhadap Emilio
Aguinaldo di Filipina dan Soekarno di Indonesia
Parti - Membenarkan
penubuhan parti politik bersifat sederhana seperti yang dilakukan
oleh Amerika di Filipina
Haram - Mengharamkan
parti politik radikal sepertiyang dilakukan oleh Belanda terhadap
Parti Nasionalis Indonesia (PNI)
Larang - Melarang pemerintah
tempatan melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.
Contohnya Perancis menghalang Maharaja Bao Dai.
Kerajaan - Memberi
peluang ke arah berkerajaan sendiri. Contohnya Amerika melantik Sergio
Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan Filipina
Perlembagaan - Memperkenalkan
perlembagaan yang memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Contohnya, Britain memperkenalkan Perlembagaan
Burma
[7 x 2m = Mak. 8
markah]
SEBARKAN KEBAIKAN>>DEMI MENCARI KECEMERLANGAN BUAT SEMUA....
ReplyDelete