Saturday, 4 February 2017

JAWAPAN PRAKTIS 1 -Bhg kertas 3

SOALAN 1
F1-Nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa  dan Negara
F2-Membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada kuasa asing
F3-Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik
F4-Tetapi melibatkan  pembebasan daripada cengkaman ekonomi
F5-Serta pengaruh kebudayaan asing
SOALAN2
F1-Sistem pendidikan
H1a-Penjajah mengamalkan pilih kasih
H1b-dalam menyediakan kemudahan pendidikan
H1c-mengutamakan sekolah bahasa pengantar penjajah
H1d-memberi pendidikan rendah sahaja
H1e-terhad kepada golongan elit dan penduduk bandra sahaja
H1f-di Indonesia anak priyayi diberikan pendidikan tersendiri
H1g-diasingkan daripada anak orang kebanyakan
H1h-priyayi ialah golongan berkedudukan seperti pegawai tinggi Jawa
H1i-sikap pilih kasih Belanda bertujuan memecah perpaduan rakyat


H1j-Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh mengancam sekolah Buddha di Burma
H1k-Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris
F2-Kemunculan golongan intelektual
H2a-Golongan yang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat
H2b-Mereka didedahkan denga idea falsafah Barat dan Islam
H2c-pengalaman di luar Negara menyedarkan penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara mereka
H2d-Memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air
H2e-peringkat awal menuntut peningkatan taraf hidup bangsa
H2f-akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka
F3-Dasar penjajahan Barat
H3a-Timbul rasa tidak puas hati rakyat
H3b-Sistem biokrasi Barat tidak memberi peluang rakyat tempatan dalam pentadbiran moden
H3c-rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional 





JAWAPAN PRAKTIS 1 BAHAGIAN B (2)


jaWAPAN bAHAGIAN B PRAKTIS 1


jawapan praktis 1

KERTAS 1
1)D   2)A   3)A   4)A   5)A   6)C   7)C   8)D   9)A   10)B
PRAKTIS KERTAS 2
BAHAGIAN A

GERAK KERJA SEJARAH TINGKATAN 5 MINGGU 4 2017

GERAK KERJA MINGGU KE -5 (TINGKATAN 5 -)

TEMA :  10.2 B) Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

Objektif : memahami perkembangan gerakan nasionalisme sehingga PD2
Kriteria Kejayaan :

  1. Menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme
  2. Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah
  3. Menyatakan maksud dan matlamat Gerakan Islah
  4. Menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang gerakan nasionalisme
  5. Menilai wawasan Kaum Muda dalam mendaulatkan bangsa Melayu
AKTIVITI :

1. Peta i-Think :
a) Peta Dakap - Faktor pemankin
b) Peta Buih-  Ciri Gerakan Islah

2.Latihan Soalan SPM-Latihan Google Drive
a) SPM 2013   (n0.3)
b) SPM 2015 (no.9)
c) SPM 2016 (n0.3)

3.KBAT :-Latihan Preezi.com/Simplemind map 
 Huraikan bagaimana menjadi patriotik yang dicontohi


JADIKAN ISI di BAWAH sebagai Panduan atau layari laman web/blog untuk mendapatkan maklumat



Nyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme.

· Pengenalan Sistem Politik Barat
· Sistem pendidikan
· Dasar British
· Pendudukan Jepun
· Penguasaan PKM
· Kemunculan mesin cetak
· Gerakan Pan-Islamisme
· Pengaruh luar

Senaraikan tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah
· Sheikh Tahir Jallalludin,
· Syed Syeikh all-Hadi
· Dr. Burhanuddin al-Helmy

Nyatakan maksud Gerakan Islah
· gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
· Golongan ini dikenali sebagai Kaurn Muda

Nyatakan matlamat Gerakan Islah
· menyampaikan idea mereka dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
.
Huraikan perjuangan gerakan Islah.
· berusaha menyematkah sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
· mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
· telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
· menerbitkan akhbar dan majalah

Nyatakan akhbar dan majalah yang menjadi saluran  Kaum Muda.  (ANIP )
· al-Iman,
· Neracha,
· Idaran Zarnan
· Pengasuh

Nyatakan kepentingan madrasah yang didirikan oleh Kaum Muda

· menjalankan sistem pendidikan yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris.
· memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan


Mengapakah mereka menentang golongan tua?

· Kaum Tua telah menguasai masyarakat dengan fahaman mereka bahawa Islam itu adalah tentang akhirat
· mereka menekankan fardu ain sahaja
· Kaum Muda sukar mempengaruhi masyarakat Melayu.

Mengapakah Kaum Muda sukar bergerak di NNMB.
· beberapa undang-undang telah dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh Kaum Muda.
· Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan.
· Undang-undang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut.

Thursday, 12 January 2017

GERAK KERJA MINGGU 3 LATIHAN TINGKATAN 4

GERAK KERJA MINGGU 3
TINGKATAN 4
15- 19 JANUARI 2017

NAMA :......................................
TINGKATAN :............................
TARIKH :...................................

OBJEKTIF :........................................................................................................................................

KRITERIA KEJAYAAN :
Diharapkan saya dapat :.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
TAMADUN MESOPOTAMIA

1.      Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang berkembang antara tahun 7000- 5000 SM. *BT ms 11-15
( a ) Terangkan latar belakang proses pembentukan tamadun Mesopotamia  [ 6 markah ]
( b ) Jelaskan sistem tulisan tamadun Mesopotamia seperti berikut :
(i)                 Perkembangan sistem tulisan                                                [ 4 markah ]
(ii)               Fungsi tulisan                                                                               [ 4 markah ]
( c ) Apakah kepentingan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun awal dunia ?
       Berikan penjelasan anda                                                                 [ 6 markah ]


Gerak Kerja Latihan Tingkatan 5

GERAK KERJA MINGGU 3
15- 19 JANUARI 2017

NAMA :......................................
TINGKATAN :............................
TARIKH :...................................
OBJEKTIF :........................................................................................................................................
KRITERIA KEJAYAAN :
Diharapkan saya dapat :.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

SOALAN  ESEI
3. Walaupun nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara mempunyai perbezaan dari segi corak gerakan, namun pada keseluruhannya mempunyai persamaan dari segi faktor kemunculan nasionalisme tersebut.
(a) Terangkan faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara   [ 6 markah ]
(b) Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.
Jelaskan .[ 4 markah ]
( c ) (i) Pada pandangan anda, bagaimanakah untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda kita hari ini?  [ 4 markah ]
(ii) Apakah ciri-ciri seorang rakyat Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
[ 4 markah ]