Saturday, 2 April 2016

ULANGKAJI PAKAD TINGKATAN 4 TEMA 8 BAB 5

ULANGKAJI   TEMA  8 (ISLAM)
1.      Namakan suku kaum Madinah yang menandatangani Perjanjian Aqabah Pertama dan Aqabah kedua?
(i)……………………………………………………………
(ii)…………………………………………………………..
                                                   ( 2 markah )

(b) Senaraikan syarat Perjanjian Aqabah Pertama (621 M) 
(i)………………………………………………………….
(ii)…………………………………………………………
(iii)………………………………………………………….
(iv)………………………………………………………….
                                                   ( 4 markah )
© Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Aqabah kedua (622 M)
(i)………………………………………………………….
(ii)…………………………………………………………
(iii)………………………………………………………….
(iv)………………………………………………………….
                                                   ( 4 markah )
( d) Mengapakah suku Aus dan Khazraj menandatangani perjanjian tersebut ?
(i)………………………………………………………….
(ii)…………………………………………………………
(iii)………………………………………………………….
                                                     ( 3 markah)
(e) Pada pendapat anda ,apakah kesan Perjanjian Aqabah tersebut ?
(i)………………………………………………………….
(ii)…………………………………………………………
(iii)………………………………………………………….
                                                   ( 3 markah)



Soalan esei
Pernyataan berikut menunjukkan tuduhan orientalis Barat tentang hijrah umat Islam ke Madinah
 Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai suatu pelarian


(a)    (i) Berikah hujah anda untuk menyangkal dakwaan orientalis Barat tersebut
( 3 markah)
   (ii) Jelaskan peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W ke
        Madinah
                                                                       ( 3 markah )
(b)    Terangkan kepentingan hijrah terhadap perkembangan Islam
( 6 markah )
   ( c ) (i) Nyatakan konsep hijrah yang boleh anda  
         amalkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai 
         kecemerlangan diri                              ( 4 markah )

(ii ) Apakah kesan positif yang anda alami setelah 
        melakukan penghijrahan diri?            ( 4 markah )


Spm (2012 ) no.2 soalan struktur : Penyebaran Islam
* Siapkan jawapan anda..dalam bentuk word huraian bagi esei dan esei pendek atau roman bagi struktur
*Hantar ke emel cikgu sharifahainhajiali@gmail.com  atau 
SHARIFAHA@YES.MY
* sILA SIGN IN JADI FOLLOWERS  CIKGU AIN..* TQ SAYANG SEMUA

Wednesday, 17 February 2016

sambungan Nota Bab 2 Ting 5

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat
kebangsaan:
· Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman
yang lebih progresif terhadap Islam
· Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
· Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar,
Mesir telah tersebar luas
· Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan akhirat
· Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
· Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
· Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau:
· Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
· Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai
golongan intelektual
· Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah
Melayu
· Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan
dihayati oleh penduduk tempatan
· Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan
nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu





GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah:
· Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan
masyarakat Melayu terhadap Islam.
· Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
· dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor:
· Sheikh Tahir Jalaludin
· Syed Syeikh al-Hadi
· Dr. Burhanuddin al-Helmy

Matlamat / tujuan / isu:
· menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia
pada waktu itu.
· Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
· Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
· Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
· Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah:
· Al-Imam
· Neracha
· Edaran Zaman
· Pengasuh
· Saudara

Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
· Tokoh gerakan Kaum Muda.
· merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
· menulis dalam majalah al-Manar.

Syed Syeikh al-Hadi:
· tokoh gerakan Kaum Muda
· menubuhkan Jelutung Press
· menerbitkan majalah Saudara.
· mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
· mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.


Nota Bab 2 Tingkatan 5

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA

PERANG DUNIA KEDUA


a) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Kedua.
Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :
· British meletakkan seorang Residen
· Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
· Pembesar diberikan pencen
· Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
· Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem
tempatan/amalan tradisi
· Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan :
· Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
· Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
· Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan
bangsa Melayu
· Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran:
· Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
· Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
· Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
· Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah
Melayu
· Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
· Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
· Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
· British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
· Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
· Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan
pos/telefon/sekolah/hospital
· Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
· Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar
dengan imigran lain di bandar
· Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
· Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme


Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
· konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
· Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam
kalangan negara tersebut
· Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah
Melayu
· Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran
Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat
atau Timur
· Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
· Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu
menentang
· Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat
menentang penjajah:
· PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
· Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
· Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
· Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
· Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:
· Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
· Mendorong kepada penentangan terhadap British
· Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan


sambungan Nota Bab 1 Tingkatan 5

Perubahan dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem 
pentadbiran Thailand :
· melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
· penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
· Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
· Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
· Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :

· memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
· melantik juruaudit dari Britain
· pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
· memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
· pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia
Tenggara :
· Penunuhan Kerajaan Pusat
· Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
· pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
· pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
· Terhapusnya institusi raja
· Raja kehilangan kuasa
· Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
· Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
· Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
· Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
· Pengenalan sistem undang-undang Barat
· Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
· rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
· British memperkenalkan sistem kehakiman barat
· Raja menerima penasihat Barat
· Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
· Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama dan adat istiadat melayu
· pembesar tempatan hilang pengaruh
· pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.


















Nota Bab 1 Tingkatan 5

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia
Add caption
Tenggara :


· Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
· Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
· Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
· Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
· Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.



Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :
· Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
· Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
· Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
· Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
· Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

Maksud Sistem Encomienda :
· Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
· pemerintahnya diketuai encomiendero
Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :
· menjaga keamanan
· mengutip cukai
· mengkristiankan penduduk barangay
Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
· mengenakan cukai yang tinggi
· mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :
· pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
· pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
· pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
· pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
· Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
· Belanda menubuhkan dewan tempatan
· dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
· dewan tempatan tiada kuasa perundangan
· Belanda menubuhkan Volksraad
· Volksraad merupakan majlis rakyat


Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :

· Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
· pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
· raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
· Myothugyi menjadi ketua Bandar
· Ahmudan menjadi pegawai diraja
· Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
· raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :
· menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
· institusi raja tersingkir
· British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
· British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
· British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
· British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan
Burma
· Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
· pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
· British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
· British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
· British memperkenalkan majlis Perundangan
· beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :
· diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
· pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
· raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
· setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
· pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
· pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :
· Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
· Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
· Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
· Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
· Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
· kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
· kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
· kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :
· Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
· Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
· Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
· Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
· Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.



3