Wednesday, 17 February 2016

Jawapan Esei Tingkatan 4 Bab 2 (sambungan No.5)

5) (a)   Jelaskan tentang kelahiran dan sumbangan ahli-ahli falsafah dalam                 tamadun Yunani.

            Herodotus
·         menghasilkan karya, History of Persian War
·         dikenali sebagai Bapa Sejarah

Thucydides
·         Dianggap sebagai pengasas sejarah saintifik
·         Menulis karya History of the Peloponnesian War
·         Menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan

            Socrotes
·         Bapa falsafah Barat
·         Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab
·         Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia
·         Dihukum bunuh dengan cara meminum racun

            Plato
·         Karyanya Republic, membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah
·         Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates
·         Mengasaskan akademik falsafah di Athens yang kekal selama 1000.

            Aristotle
·         Mendalami bidang sains dan falsafah
·         Hasil penerbitan mengandungi ilmu logik, metafizik, etika. politik, fizik, sains
      tabii, astronomi dan geologi
·         Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia
·         Guru kepada Alexander.
[8 markah]


    ( b ) Bincangkan perkembangan seni bina dalam tamadun Rom.

·         Seni bina tamadun Rom ialah Aqueduct
·         Merupakan saluran air
·         Membawa bekalan  air dari gunung
·         Aqueduct paling panjang ialah di Marcia
·         Air disalurkan melalui saliuran dalam tanah dan saluran dalam pintu  
      gerbang (arches)
·         Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti
·         Seni bina Pantheon
·         Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia
·         Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa
·         Tempat menjalankan kerja awam
·         Seni bina Colloseum
·         Pembinaan dimulakan pada tahun 70-an Masihi
·         Selesai dibina oleh Maharaja Flavian
·         Berbentuk kubah
·         Boleh memuatkan 50000 – 80000 penonton
·         Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater

[8 markah]

    ( c ) Mengapakah kita perlu mempunyai falsafah hidup
·         Panduan untuk mencapai matlamat
·         Mendisiplinkan diri
·         Ciri-ciri hidup yang berprinsip
·         Menjadi pegangan hidup
·         Menunjukkan kematangan berfikir
·         Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain
[ 4 markah]













Jawapan Esei Tingkatan 4 Bab 2

CADANGAN JAWAPAN
1.(a)  Perkembangan sistem pendidikan India yang dikatakan berkaitan hal-hal   
         Agama

·         Bermula zaman Vedik
·         Agama Hindu menjadi terasnya
·         Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
·         Segala hukum agama harus dipelajari supaya dapat hidup sempurna dengan
·         Dengan nilai murni yang diajar oleh agama
·         Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafalpelbagai buku agama.
·         Buku Veda mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama
·         Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda
·         Pendidikan memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit.
(8 markah )

(b) Sistem pendidikan dan peperiksaan tamadun China

  • pentadbiran di China menjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran
  • tahap pertama Hsiu Tai (ijazah pertama)
  • tahap kedua Chun-Jen (sarjana)
  • tahap ketiga Chin Shih (doktor falsafah)
  • peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
  • peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
  • peperiksaan pada tahap ketiga di kota empayar atau istana hadapan maharaja
  • lulus ijazah pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
  • lulus ijazah ketiga layak menjadi pendidik
  • peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
  • peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali

                                                                                                      ( 8 markah )

( c ) Tujuan negara kita mewujudkan pendidikan seimbang dari segi jasmani,   
       emosi, rohani dan intelektual

·         Mewujudkan masyarakat berpengetahuan
·         Masyarakat berkemahiran
·         Masyarakat sihat dan cergas
·         Masyarakat bersatu
·         Masyarakat penyayang
·         Masyarakat berdaya saing
·         Masyarakat global
·         Masyarakat hidup sejahtera
                                                                                                      (4 markah )
2) (a)   Berdasarkan penyataan di atas, terangkan sumbangan tamadun-
           tamadun tersebut dalam bidang teknologi, kesusasteraan dan bahasa.

     Teknologi
·         Teknologi pembinaan
·         aqueduct / colloseum / pantheon / Tembok Besar    
·         China / Stupa / candi / pagoda
·         Sumber pelancongan
·         Sumber contoh seni bina
·         Teknologi membuat kertas dan tembikar

     Kesusasteraan
·         Hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan hingga ke hari ini 
·         seperti Illiad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana
·         Rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia
·         kisah perjalanan

     Bahasa
·         bahasa Latin dan Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan      
      dengan agama dan kesusasteraan  
·         Dipakai dalam hal keagamaan.
·         Contohnya bahasa Latin untuk agama  Kristian 
·         bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha
[ 8 markah ]

  1. Nyatakan perkembangan Sukan Olimpik di Yunani dan bezakan dengan Sukan Olimpik pada masa kini.
           
  • Sukan olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani
  • Pertandingan diadakan di Olympia
  • Pertandingan antara negara kota
  • Diadakan empat tahun sekali
  • Bertujuan menghormati Tuhan Zeus
  • Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth
  • Perbezaan dengan sukan Olimpik moden
  • Tujuan organisasi
  • Bilangan peserta bertambah berlipat ganda
[ 8 markah ]

  1.  ciri-ciri masyarakat yang dapat menyumbang kepada kegemilangan
            sesebuah tamadun

  • Berfikiran inovatif
  • Masyarakat yang kreatif
  • Mementingkan pendidikan
  • Bersifat daya saing
  • Berfikiran futuristic
  • Bersemangat patriotik
  • Berkepimpinan wibawa
  • Berani menanggung risiko
[ 4 markah ]

3( a) Kedudukan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di India

  • raja mengamalkan kuasa mutlak.
  • diperkukuh dengan upacara ritual
  • sesorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
  • golongan Brahmin sebagai penasihat
  • menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan
  • Chandragupta Maurya telah mengubah status raja kepada maharaja.
  • Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah masa pemerintahan Maharaja Asoka.
·         Asoka menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya,
·         Bindusara menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai
  • Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
·         menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha tidak lagi melalui ketenteraan.
                                                                                                  ( 8 markah )

   ( b ) Perkembangan sistem beraja di China menjadi sistem Maharaja

  • perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk feudal kepada
pemerintahan berbentuk pentadbiran berpusat.
  • perluasan kuasa telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin
  • Konsep raja telah bertukar kepada Maharaja.
  • pemerintahan oleh Maharaja membolehkan pembentukan  sebuah sistem
  • pentadbiran atau birokrasi awam.
  • pegawai dilantik oleh maharaja
  • pegawai terdiri daripada rakyat.
  • perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam
  • iaitu Hon Kao Tsu
  • perlantikan pegawai diasaskan pada pencapaian dalam peperiksaan
                                                                                                       ( 8 markah )
   ( c )  pencapaian sesebuah tamadun dapat diabadikan sebagai pencapaian
           Yang agung demi bangsa, agama dan rajanya

  • Perlu bersikap inovatif
  • Berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada
  • Membentuk keamanan negara
  • Mewujudkan sistem pemerintahan yang adil
  • Menambah ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran
  • Meneroka bidang baru untuk meningkatkan tamadun
                                                                                                       ( 4 markah )


4) Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun dan membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.
(a) Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan lapan jalan dalam agama Buddha yang menjadi pedoman manusia ke arah mencari kebenaran.
  • Kepercayaan yang betul
  • Tujuan yang betul
  • Pertuturan yang baik
  • Perbuatan yang baik
  • Hidup yang baik
  • Usaha yang baik
  • Fikiran yang baik
  • Renungan yang baik
[8 markah ]
(b)  Terangkan perkara-perkara dalam Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam.
Rukun Iman
  • Percaya kepada Allah s.w.t.
  • Percaya kepada malaikat
  • Percaya kepada kitab-kitab
  • Percaya kepada para nabi dan rasul
  • Percaya kepada hari kiamat
  • Percaya kepada qadha dan qadar
Rukun Islam
  • Pengakuan “ tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu pesuruh Allah”
  • Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  • Wajib berzakat
  • Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan
  • Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu
[  8 markah ]







(c)   Mengapakah setiap individu harus menganuti agama masing-masing

  • Sebagai panduan hidup
  • Tidak berani melakukan dosa
  • Hidup sejahtera dan aman
  • Tidak melakukan kesalahan sesuka hati
  • Mencintai sesama manusia
  • Menghargai kebebasan masing-masing

[  4 markah ]

Soalan esei Tingkatan 4 Bab 2

Bab 2 : Peningkatan Tamadun

 1. 
 (a)
Mengapakah perkembangan sistem pendidikan tamadun India dikatakan berkaitan hal-hal keagamaan.


[ 8 Markah ]


 (b)
Huraikan sistem pendidikan dan peperiksaan tamadun China.



[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pandangan anda, apakah tujuan negara kita mewujudkan pendidikan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual?



[ 4 Markah ]

 2. 
Tamadun Yunani, Rom, India dan China banyak menyumbang kepada tamadun hari ini.


 (a)
Berdasarkan penyataan di atas, terangkan sumbangan tamadun-tamadun tersebut dalam bidang teknologi, kesusasteraan dan bahasa.



[ 8 Markah ]


 (b)
Nyatakan perkembangan Sukan Olimpik di Yunani  dan bezakan dengan Sukan Olimpik pada masa  kini.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri masyarakat yang dapat menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?


[ 4 Markah ]

 3. 
 (a)
Huraikan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran tamadun India.


[ 8 Markah ]


 (b)
Jelaskan perkembangan sistem beraja di China yang akhirnya menjadi sistem Maharaja.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pendapat anda, Bagaimanakah pencapaian sesebuah tamadun dapat diabadikan sebagai pencapaian yang agung demi bangsa, agama dan rajanya?


[ 4 Markah ]






 4. 
Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun   dan membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna.


 (a)
Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan lapan jalan dalam agama Buddha yang menjadi pedoman manusia ke arah mencari kebenaran.



[ 8 Markah ]


 (b)
Terangkan perkara-perkara dalam Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pandangan anda, mengapakah setiap individu harus menganuti agama masing-masing?


[ 4 Markah ]

 5. 
 (a)
Jelaskan tentang kelahiran dan sumbangan ahli-ahli falsafah dalam          tamadun Yunani.


[ 8 Markah ]


 (b)
Bincangkan perkembangan seni bina dalam tamadun Rom.


[ 8 Markah ]


 (c)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai falsafah hidup?


[ 4 Markah ]