Wednesday, 19 December 2012

SOALAN SPM SEJARAH 2012

Soalan Struktur   2012

1. Maksud  monumen -gambar CANDI
-Nama monumen
-Mengapa kerajaan  awal  mampu  membina   monumen
-Langkah berkesan  memelihara sesebuah monumen


2. Bagaimanakah   Nabi  menyebarkan  islam
-MEngapakah berlaku penentangan
-Bagaimana mereka menentang
-Mengapakah islam diterima
-Iktibar kejayaan Nabi menyebarkan islam

3.Faktor kemunculan  nasionalismedi Asia Tenggara
-Perbezaan  gerakan nasionalisme tahap 1 dan tahap kedua
-Ciri rakyat Malaysia  mempunyai semangat nasionalisme  tinggi
-Kesan  jika  rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme tinggi

4. Konsep persekutuan
-Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
-Bidang kuasa Kerajaan Negeri
-Mengapa pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri dilakukan
-Peranan  anda  mengekalkan Malaysia   sebagai sebuah negara PErsekutuan


***Struktur  nampak MUDAH   kurang KBKK  tapiperlukan Pemahaman KONSEP
Cubalah anda  dapatkan jawapnnnya...buat Latihan

REFLEKSI SPM SEJARAH 2012

Berdasarkan pengalaman  spm 2012, banyak   iktibar  yangboleh kita pelajari. Antaranya ialah:

1.Jangann asyik meramal soalan
2. Jangan  belajar  last  minute
3.Pesanan  guru  sangat  berguna
4.Fokus  100 peratus  dalam pembelajaran
5. Jangan  sakiti  hati  guru  nanti  hilang  keberkatan ilmu
6.Buat latihan yang cikgu  beri dan jangan bertangguh
7.Sentiasa MEMBACA,MEMBACA dan MEMBACAuntuk  kukuhk  daya  ingatan
8.Nota  Ringkas  sangat berguna  di saat -saat  akhir peperiksaan
9. BUKU Teks  perlu dikhatamkan pembacaannya
10.Belajar  semua  bab  dapatkan pemahaman
11.Jangan  belajar TEBUK BAB  atau LANGKAUI bab  sangat  merbahaya
12. Sejarah  Perlukan  PEMAHAMAN  konsep bukannnya HAFALAN
13. Belajar  sejarah seprti pelajari SUBJEK SAINS
14.Jadikan Subjek SEJARAH dalam KEHIDUPAN anda
15.Ciptakan  Sejarah  MASA depan  dan Ambil IKtibar  Sejarah LALU
16.DapatkanTIPS  atau PETUApelajar yang hebat dan cemerlang  dalam pengurusan masa


OK... cukup  16 Tips  ini  dulu. PRINT  dan TAMPAL sentiasa  LIHAt Sentiasa BACA

dan SETKAN  dalam  MINDA...AKU sebenarnya  HEBAT berbanding  GURI SEJARAH
BUKTIKAN.... PASTI BOLEH

PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2013

Salam  buat  semua.
 Afuan  kerana  sudah  lama menyepi  . Bukan  menyepi sendiri  tetapi sibuk  dengan  tugasan  rasmi.
Anaknda  yang  bakal menduduki  peperiksaan SPM  2013   (tingkatan  5) diharap dapat persiapkan  diri dan  minda anda .Buat  perancangan  kerja  awal  dalam  jurnal kehidupan  anda.

Rutin  persekolahan pertama :
1. AZAM 2013   perlu  disediakan
2.Post Mortem 2012  keputusan, emosi, sikap   diri  kita sebagai  refleksi dan muhasabah diri
3.Anjakan Paradigma   atau Transformasi   diri. Sematkan  dalam minda sentiasa  positif, rasa diri  positif dan tindakan  positif.
-Rujuk  rancangan  atau  sukatan tingkatan
-Buat  nota  ringkas atau  panduan
-Rujuk soalan   SPM 2012  dan  tahun2  lepas

4. Anda  mesti sudah membeli  buku soalan2tahun lepas  dan  buat  latihan  ulangkaji   bagi tema yang sukar  dikuasai
5. Panduan untuk Tema  boleh  dilihat  dalam  sukatan atau  rancangan
6.Buat  jadual  belajar ulangkaji  lebih  awal mengikut tempoh  penggal  seperti  Januari- Mac, April hingga Jun, JUlai-Ogos, Sept-Oktober

***Hati  mesti   disematkan  dan  pupuk jiwa anda  untuk sentiasa  berkata  dalam  diri dan minda
Redha Allah yang  aku  cari...Redha Allah yang  aku tuju....Aku belajar kerana Mu  ya Allah..
Berikan  aku kekuatan  jiwa  ,berikan  aku hidayahMU   agar dipermudahkan  dalam segala urusan  kehidupan

Thursday, 1 November 2012

CABARAN SEBAGAI NEGARA MAJU


 Cabaran Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju



Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan,benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang,
yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta
dan berpandangan jauh ke hari muka,
yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini

tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang,
 sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri,
dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya
. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
 Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
 membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

Skema KERTAS 3 KBKK



BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain?


F1 Tenaga kerja 

F2 Bekalan beras 
F3 Barangan mewah 
F4 Tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India
F5 Bahan mentah/ hasil hutan 
F6 Kenderaan/ gajah 
F7 Kayu untuk membuat kapal
F8 Tukang kayu dan tukang batu
F9 untuk menjaga kebajikan rakyat jelata
F10 Keperluan perdagangan/jual beli/barter
F11 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?


F1 Ekonomi saling bergantung

F2 Taat pemerintah
F3 Struktur masyarakat teratur
F4 Taat kepada agama Hindu/Buddha
F5 Mencintai seni seperti candi
F6 Melalui karya sastera
F7 Berbahasa Sanskrit
F8 Tolong menolong
F9 Berfikiran terbuka
F10 Bersatu padu
F11 Hormat
F12 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?


F1 Kerajaan stabil

F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian – padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan 
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar 
F17 Semangat meneroka
Mana-mana jawapan munasabah

doa restu guru sentiasa mengiringimu

SalamUkhwah   buat  anaknda....

Tiupan roh ke jasad manusia membuktikan kasihsayang Allah terhadap hambanya. Tak terkecuali
selaku bergelar GURU...Bonda merasakan  pertemuan bersama anaknda menjadi suatu 
nostalgia yang sungguh bermakna. Disinilah anaknda akan mulai mengerti  nilai kasih
sayang seorang guru.
Marahnya,Tegurnya sentiasa terngiang...Pesanan dan kata azimatnya  jadikan  bekalan
sepanjang perjalananmu.
Teruskan medan perjuanganmu anaknda...Jangan  kalah sebelum berjuang
Ingat Allah sepanjang  masa dan ketika...
Niatkan dalam  diri  YA ALLAH  AKAN KU BUKTIKAN PERJUANGAN SPM
INI MENCARI KEREDHAANMU JUA ..MUDAHKANLAH  DAKU DALAM
MENCARI KEREDHAANMU  INI..DALAM  MENJAWAB KERTAS 
SOALAN.....SEJARAH SPM  2012  INI...

TARIKH 7 NOVEMBER 2012 TARIKH KERAMAT  UNTUK PERJUANGAN
SEJARAHMU... 5NOVEMBER BERMULANYA MEDANPEPERANGANMU
NIATKAN  JIHAD  NIATKAN   AKU BERTEKAD  MENDAPAT PERFECT
SCORE  DAN A+
BONDA  SAYANG KAMU SEMUA....

Thursday, 11 October 2012

PANDUAN KBKK MESTI JAWAB

1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
Mengadakan program berkembar dengan negara luar
Membawa masuk tenaga pengajar luar
Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
(mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi 
    menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
(mana-mana jawapan munasabah)

3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
Mengharumkan nama Malaysia
Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
Mengadakan kempen kesedaran
Mempromosikan keindahan Malaysia
(mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan 
    diri dalam sambutan hari kemerdekaan  negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah  setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)

6.  Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, 
    apakah bentuk bandar yang anda impikan?
Bandar berbentuk moden
Bandar yang bersih
Sistem perhubungan moden, pantas
Sistem perumahan eletronik
Selamat dan aman
Seni bina yang unik
mana-mana jawapan munasabah

7.  Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War 
     untuk menguatkan kecemerlangan diri?
Strategi menangani musuh
Taktik dalam urusan perniagaan
Menjadi seorang yg tabah dan tegas
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat juang
Memupuk daya saing
mana-mana jawapan munasabah

8.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah

9.  Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah

10.   Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan amalan kreatif
Mempunyai sifat inovatif
Menggunakan teknologi terkini
mana-mana jawapan munasabah

11.   Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing
Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah

12.  Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan 
      seharian untuk kecemerlangan diri.
Malas kepada rajin
Nakal kepada baik
Berfikiran negatif kepada positif
mana-mana jawapan munasabah

13.  Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
Menjamin keharmonian hidup
Menjadi panduan mentadbir
Perjalanan masyarakat tersusun
Menentukan hukuman kesalahan
Menjadi panduan pentadbiran
mana-mana jawapan munasabah

14.  Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
Lambang jati diri bangsa
Bukti ketinggian tamadun
Sumber pekerjaan
Warisan bangsa
Mengelakkan kepupusan
mana-mana jawapan munasabah

15.  Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah

16.  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
Perubahan dalam pemikiran
Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
Melahirkan keyakinan diri
Menggunakan keupayaan minda
Sifat inkuiri
Berani meneroka bidang baharu
Bersikap kreatif
bersikap inovatif
mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk 
      menghalang berlaku imperialisme moden?
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah

18.  Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin
Sifat kepimpinan berwibawa
Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah

19.  Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita 
      sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah

20.  Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah
21.  Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
§ Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
§ Rundingan antara kaum
§ Pakatan murni
§ Mengambil kira isu sebagai panduan
§ Memelihara kepentingan semua kaum

22.  Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh 
      dari  penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran
mana-mana jawapan munasabah

24.  Mengapakah jata negara penting kepada negara? /
      Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Kebanggaan warga negara
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat
mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip
      Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
Mengamalkan agama dan kepercayaan
Setia kepada raja dan negara
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
Menghormati undang-undang
Bersopan dan Bertatasusila
Mengamalkan nilai-nilai murni
Saling menyayangi
mana-mana jawapan munasabah

26.  Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
Bahasa yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
identiti kebangsaan
perasaan kekitaan
sikap tolak ansur
budaya yang sama
Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
semangat patriotik
Aktiviti sukan
mana-mana jawapan munasabah

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik
mana-mana jawapan munasabah

28.  Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia 
       membangunkan sektor pendidikan?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah

29.  Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara
       menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah

30.  Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
kepemimpinan yang berwibawa
mengukuhkan sumber kewangan
bertindak dalam satu suara/satu pasukan
tegas menghadapi masalah
kerjsasama antara pemimpin
mana-mana jawapan munasabah