Salam buat semua.
Afuan kerana sudah lama menyepi . Bukan menyepi sendiri tetapi sibuk dengan tugasan rasmi.
Anaknda yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2013 (tingkatan 5) diharap dapat persiapkan diri dan minda anda .Buat perancangan kerja awal dalam jurnal kehidupan anda.
Rutin persekolahan pertama :
1. AZAM 2013 perlu disediakan
2.Post Mortem 2012 keputusan, emosi, sikap diri kita sebagai refleksi dan muhasabah diri
3.Anjakan Paradigma atau Transformasi diri. Sematkan dalam minda sentiasa positif, rasa diri positif dan tindakan positif.
-Rujuk rancangan atau sukatan tingkatan
-Buat nota ringkas atau panduan
-Rujuk soalan SPM 2012 dan tahun2 lepas
4. Anda mesti sudah membeli buku soalan2tahun lepas dan buat latihan ulangkaji bagi tema yang sukar dikuasai
5. Panduan untuk Tema boleh dilihat dalam sukatan atau rancangan
6.Buat jadual belajar ulangkaji lebih awal mengikut tempoh penggal seperti Januari- Mac, April hingga Jun, JUlai-Ogos, Sept-Oktober
***Hati mesti disematkan dan pupuk jiwa anda untuk sentiasa berkata dalam diri dan minda
Redha Allah yang aku cari...Redha Allah yang aku tuju....Aku belajar kerana Mu ya Allah..
Berikan aku kekuatan jiwa ,berikan aku hidayahMU agar dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan
No comments:
Post a Comment