Friday, 15 June 2012

BAB 6 TING 5


BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA
DAN BANGSA MALAYSIA
          
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

 1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui
             gagasan Malaysia

1959 – Lee Kuan Yew mendesak British
           supaya berunding dengan
           Tunku Abd Rahman untuk
           menggabungkan Singapura dengan
           Persekutuan Tanah Melayu

1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan
            agar Persekutuan Tanah Melayu
            yang mereka dinamai Malaysia.

1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall
            mencadangkan penggabungan.

1948 – Sir Malcolm MacDonald
            mencadangkan supaya Sarawak,
            Sabah, Singapura, Brunei dan
            Persekutuan Tanah Melayu
           digabungkan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. FAKTOR POLITIK

      Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
      Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
      Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
      Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
      Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
      Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
      Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.


      Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
      Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
      British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

2. FAKTOR EKONOMI

      Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
      Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
      Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA

(A) REAKSI DLM NEGERI

1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu
      Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
      Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.
      UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura.

2. Reaksi Singapura
      Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
      Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
      Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
      Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
      Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
      Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
       
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
      Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
      Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
      Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.
      Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
      SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
      PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org Melayu.
      Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
      Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
      PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.

  1. Reaksi Sarawak


Parti
Pemimpin
Keanggotaan
SUPP
Ong Kee Hui
Majoriti org Cina dan sebilangan Melayu.
PANAS
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
Majoriti Melayu
SNAP
Stephen Kalong Ningkan
Org Iban
BERJASA
Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud
Majoriti Melayu & Melanau
PESAKA
Temenggung Jugah Anak Barieng
Org Cina
SCA
William Tan

Org Cina
      Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.
      SUPP terus menentang.
      Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA  bergabung membentuk Perikatan Sarawak.
      Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
      Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.

5. Reaksi Sabah

Parti
Pemimpin
Keanggotaan
UNKO
Donald Stephen
Majoriti Kadazan
USNO
Datu Mustapha Datu Harun
Org Islam Sabah
Pasok Momugon
G.S Sundang
Dusun/Kadazan
Parti Bersatu
Khoo Siak Chew
Org Cina
Parti Demokratik
Peter Chin
Org Cina

      UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
      Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
      Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
      Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
      Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
      Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
      Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
      Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
      Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
      Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
        Ketua Negeri
        Bahasa Kebangsaan
        Agama Islam
        Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
        Kerakyatan
        Peruntukan Kewangan
        Pelajaran.

6. Reaksi Brunei
      Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
      Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
      Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
      PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
      A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
      A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
      Melancarkan pemberontakan pada 1962.
      Dapat dipatahkan oleh tentera British.
      A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
      Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.

(B) REAKSI NEGARA LUAR

1.  Reaksi Indonesia
      Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
      Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.
      Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
      Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
      Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
      Antara tindakan Indonesia:-
        menghantar pengintip
        serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
        Menceroboh ruang udara
        Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
        Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
        Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.

      Tindakbalas Malaysia.
        mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
        Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
        Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Inonesia.
        Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.

      Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.
      Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
      Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.

2. Reaksi Filipina
      Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
      Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
      Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
      Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.
      Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
      Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
      Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
      Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.
      Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
      JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
      Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
      Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
      Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
      Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.

(b) Suruhanjaya Cobbold
      Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir  Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
      Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
      Tujuan :-
        meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
        Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
        Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.

      Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
        1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
        1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
        1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.

      Antara cadangan Suruhanjaya ini.
        perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
        Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
        Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
        Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
        Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
        Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
(JAK)
      Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
      Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
      JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
      Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

(d) MAPHILINDO
      Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
      Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
      Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
      Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

      Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
      Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
      Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
      Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
      Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
      Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.
      Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.















BAB 5 TING 5



BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN
               BANGSA YANG MERDEKA

SISTEM AHLI

      Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.


CIRI-CIRI SISTEM AHLI

      Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
      Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
      Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
      Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
      5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
      4 orang pegawai Inggeris.
      Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PAKATAN MURNI

      Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
      Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.


BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum  
    @ Communities Liaison Committee (CLC) pd  
    Januari 1949.

      Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.
      Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.

Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.

      Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
      Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
      Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

1.       Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

      Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.
      Cadangan beliau dikecam hebat.
      Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
      Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.

2.       Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).

      Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
      IMP terbuka kepada semua kaum.
      Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
      Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.

3.       Penubuhan Persidangan Kebangsaan
      Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
      Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

4.       Konvensyen Kebangsaan
      Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
      Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
      Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

SURUHANJAYA REID

  1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.

  1. Anggota Suruhanjaya Reid
      Lord Reid (Hakim British)
      Sir Ivor Jennings
      Sir William McKell
      Tuan B. Malik
      Tuan Abd. Hamid

  1. Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.

      Kerajaan Persekutuan yang kuat
      Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
      Kedudukan Raja-raja Melayu.
      Hak istimewa orang Melayu.
      Pewujuan satu bangsa persekutuan.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

Antara isi pentingnya termasuklah:

      Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
      Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
      Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
      Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
      Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
      Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
      Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
      Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
      Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
      Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
      Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.

KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

      Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
      Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
      Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
      Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat  mengikut acuan sendiri.
      Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
      Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

  1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
      Presiden UMNO
      Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.
      Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
      Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

  1. TUN ABD RAZAK
      Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
      Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956.
      Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
      Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
      Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970.

  1. TUN H.S LEE
      Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.
      MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.

  1. TAN CHENG LOCK
      Presiden MCA
      Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

  1. TUN V. T SAMBANTHAN
      Presiden MIC
      Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
      Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
      Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.



Thursday, 7 June 2012

PESANAN     DARI BONDA  BUAT  ANAKNDA SEMUA


1.Naik   sekolah  ini  pastikan  buat  post mortem/analisa  peperiksaan


2.Bersedia   dengan Tajuk  /Topik  Baru Bagi  Tingkatan 5  bersedia dengan  Bab 5 :  PakatanMurni- Perjanjian PTM 1957  manakala  Tingkatan 4  bersedia  Bab5  dan Penerangan Kertas  3 1249/3


3.Kerjarumah  Terancang   bawa pada hari  pertama sekolahan   atau minggu pertama


4.Sesiapa  ada  bahan bersejarah   bolehlah disumbangkan   utk  Galeri Sejarah   sekolah.




TK  anaknda   atas  perkongsian .
Kerja Rumah  Terancang Pertengahan Tahun pastikan   semua dijalankan   dan  disiapkan   oleh   anaknda   sepanjang  cuti  2 minggu  ini  yang akan berakhir   9Jun  ini.
Rujukan   Bankatau  Kerja  Rumah  Terancang  layarilah blog  sekolah smkdpb-kluster.blogspot.com.

Rajin-rajinlah  menjejaki maklumat   terkini.

Buku  Rekod Nilam  dan Pinjam  Buku(ProgramMembacaBestari) pastikan  anaknda  telah sempurnakan   dengan   jayanya.

Doa  restu daripada bonda   selaku guru...moga   anaknda  beroleh  keberkatan ilmu.Sesungguhnya tidak  sia-sia  jika mendengar   kata dan nasihat daripada guru/mualim/mualimah.

Wassalam.