PANDUAN
PENGGUNAAN PETA GRAFIK
(Peta Grafik dibuat berdasarkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4)
1) Edarkan peta grafik
mengikut bab kepada pelajar 1 minggu sebelum kelas tentang bab itu bermula. Maklumkan
kepada pelajar topik yang yang wajib dilengkapkan dalam peta grafik tersebut.
2) Pelajar akan menggunakan Buku Teks Tingkatan 4 KBSM
sepenuhnya sebagai panduan untuk melengkapkan peta grafik tersebut. Pelajar
pintar biasanya dapat menyelesaikan pembelajaran 1 bab tersebut dalam masa 1
minggu. (Mastery Learning)
3) Pelajar akan lebih berdikari membaca Buku Teks Sejarah sambil membuat catatan
ringkas dalam peta grafik tersebut.
4) Semasa kelas Sejarah, guru perlu memastikan peta grafik
telah dilengkapkan sebelum memberi latihan soalan struktur atau esei untuk
dibincangkan bersama pelajar. Pelajar lemah, yang tidak dapat menyelesaikan
tugasan akan diberi lebih perhatian.
5) Semasa sesi pembelajaran di kelas, pengajaran adalah
berpusatkan pelajar, guru bertindak sebagai fasilitator
6) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas: Guru
boleh tumpukan kepada teknik menjawab soalan struktur atau esei (Sejarah Kertas
2 SPM), berdasarkan topik peta grafik yang telah disiapkan oleh pelajar
sebelumnya.
7) Guru akan lebih mudah menjelaskan istilah, konsep dan
fakta Sejarah jika pelajar telahpun menyelesaikan tugasan peta grafik.
8) Guru dapat memberi
perhatian kepada pelajar lemah.
No comments:
Post a Comment