Pengenalan
Jelaskan latar belakang hubungan
serantau yang dijalankan oleh Malaysia
a Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas
pengubalan dasar
luar Malaysia.
(15 markah)
b. Jelaskan perkembangan hubungan serantau
yang dijalankan oleh Melaysia
melalui pertubuhan berikut;
:
(a)
Persatuan
Negara Asia Tenggara 10 markah
ASA
Tunku Abdul Rahman telahmencadangkan
penubuhan ASA. Cadangan ini dibuat berikutan ancaman komunis. PKM telah
diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkanmereka melancarkan gerakan gerila
bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku di negara jiran terutamanya Thailand yang
bersempadan dengan Malaysia. Thailand dijadikan sebagai pangkalan gerakan
gerila . Ini menyukarkan kedua-dua negara melemahkan dan menghapuskan gerakan
komunis..Dalam masa yang sama Filipina turut diancam komunis.. Malaysia
imengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi membendung ancaman ini.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat didakan di Bangkok antara Malaysia,Thailand
dan Filipina,hasilnya ASAtelah ditubuhkan. Pertubuhan ini diharapkan dapat
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga
menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Matlamt penubuhan ASA termasuklah menjalin kerjasama dalam bidang
ekonomi, sains dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Akhir sekali mengekalkan serta
menjamin keselamatan dan kestabilan politik negra anggota.
Malangnya ASA tidak bertahan
lama kerana tercetus pertelngkahan Malaysia denga Filipina berkaitan isu
penubuhan persekutuan Malaaysia pada tahun 1963.
(b)
Malaysia, Filipina dan Indonesia
(MAPHILINDO) 5/10 Markah
Pertubuhan ini
dianggotai Malaysia,Filipina dan Indoneesia. MAPHILINDO merupakan cantuman
nama ketiga-tiga negara tersebut. Tujuan penubuhannya adalah untuk
meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan negra
anggota tersebut.. Ini berlaku berikutan cadangan penubuhan persekutuan Malaysia.
Indonesia tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana Sukarno menganggap ia
sebagai satu bentuk penjajahan baru. Filipina pula menentang kerana menuntut
Sabah adalah sebahagian daripada mereka.
Ketiga-tiga negara tersebut telah
mengadakan runding bagi menyelesaikan pertelinkahan tersebut. Yang akhirnya
membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Pertubuhan ini sepakat memohon bantuan
PBB untuk mendapaatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan
penubuhan persekutuan Malaaysia.PBB telah menghantarLawrence V Michael More
untuk meninjau pandangan rakyat.Hasilnya majoriti rakyat kedua-dua negeri
berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.Walau bagaimanapun
Indonesia dan Filipina tidak puas hati dan terus menentang pembentukan
Malaysia. Akhirnya pertubuhan ini gagal berfungsi.
(c)
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN) 15 markah)
ASEAN
Pertubuhan ini diwujudkan hasil termeterainya Deklarasi
Bangkok pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini dikenali Persatuan Negara-Negara
Asia Tenggara atau ASEAN. Maatlamatnya termasuklah mengekalkan kestabilan
politik di rantau Asia Tenggara,membantu antara satu sama lain dalam bidang
ekonomi, sosial dan kebudayaan. Ia
juga untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melali kerjasama dalambidang
pertanian,perdagangan dan perindustrian. Ia juga membantu dalam bentuk
latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan
persatuaan atau pertubuhan serantau dan antarabanagsa.
Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah
negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.Jumlah
anggota bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara Asia Tenggara
nenjadi anggota. Negara-negara tersebut ialah Vietnam, Myanmar. Brunei,
Laos,Kampuchea. Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana
negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di zon Asia
Tenggara.
Logo ASEAN terdiri daripada sepuluh
tangkai padi mempamerkan impian pengasasana ASEAN iaitu sepuluh buah negara
di asia Tenggara. yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan.
Bulatan pula membayangkan semangat bersatu padudalam ASEAN. Moto ASEAN adalah
keamanan, ketabilan, Kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran.
Terdapat pelbagai tugasan ASEAN termasuk mengadakan persidangan
Menteri-Menteri Luar ASEAN setahun sekali. Mereka mengadakan mesyuarat
Menteri-Menterri Ekonomi ASEAN dua tahun sekali. Sidang kemuncak ASEAN akan
diadakan mengikut keperluan. Sekretariat ASEAN berada di Jakarta. ASEAN
mempunyai dua jawatankuasa tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial dan
Jawatankuasa Tetap Ekonomi. Jawatankuasa Tetap Sosial terdiri daripada JK
Kebudayaan dan Penerangan,JK Sains dan Teknologi dan JK Pembangunan dan
Sosial.
JK Tetap
Ekonomi terdiri daripada JK Keangan daan Urusan Bank,JK Perindustrian,Galian
dan Tenaga serta JK Perhubungan dan
Pengangkutan. Ia juga terdiri daripada JK Makanan,Pertanian dan
Perhutanan. Asean juga telah menubuhan ZOPFAN padathun 1984.ZOPFAN bermaksud
Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mungkin a dan b atau b
sahaja
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan serantau sejak menyertainya
Sumbangan tersebut adalah menjamin kestabilan politik serta menjalin
kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah
mewujudkan pusat latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi contohnya pembinaan Pusat
Serantau untuk sains dan matematik(RECSAM) di pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan
pertelingkahan tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
Negara
kita juga telah memberikan sumbangan terhadap
masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi
serta taraf hidup penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar pandangan
melalui mesyauarat dan persidangan
yangdisertai. Kita juga menghadiri serta menyertai
mesyuarat CHOGM atau ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan
Malaysia juga dengan menjadi tuan
rumah mesyuaratCHOGM di Kuala Lumpur Negara kita juga terlibat dalam
pembentukan ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan November 1971.
Kita juga akur dengan ketetapanDeklarasi Langkawi. Sumbangan berikutnya
adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping menyertai sukan tersebut. Kita telah membantu
membentuk kerajaan DemokratikCampuran Kampuchea dan dipersetujui oleh
Vietnam.
Malaysia telah membina projek
perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu. Kita juga telah
menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA diSidang Kemuncak ASEAN di
Singapura. Tambahan pula kita talah mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang
melibatkan China.idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan
dinamakan EAEC.Negara kita turut
menyubangkaan idea dalam pendidikan iaitu dengan penubuhan Pertubuhan
Menterri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan Malaysia dalam bidang kebudayaan
dibuktikan dengan mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mengaplikasi : Terangkan bagaimana
Malaysia memainkan peranan dalam memacu
perjuangan pertubuhan ASEAN
Kita
dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan
kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat
pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia
menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi
social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi
tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi
bantuan teknikal dan pendidikan kepada
negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di
Kampuchea.Usaha-usaha yang
dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menilai
Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di
Asia Tenggara telah menjadi
pemangkin kepada kejayaan
negara . Jelaskan kejayaan
tersebut?
Keamanan negara terjamin
Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Malaysia terkenal
dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan serantau . Apakah cadangan anda untuk mengekalkan keamanan serantau?
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara
luar
Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua
bidang/politik/ekonomi /sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai
keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah
Menganjurkan program RIMUP
|
terima kasih cikgu...sgt berguna utk sy buat rujukan...
ReplyDelete