8.1 PEMBANGUNAN EKONOMI
1a. Nyatakan matlamat Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan.
[5 markah]
b.i Huraikan usaha-usaha kerajaan untuk mencapai pembangunan di kawasan luar Bandar melalui Rancangan Malaya Pertama. [10 markah]
b.ii “ Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama….. “.
Buktikan pernyataan tersebut. [10 markah]
c. Apakah peranan MARA dalam usaha meningkatkan ekonomi bumiputera?
[5 markah]
2a. Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun
pertama di bawah DEB.Huraikan matlamatnya dalam memenuhi aspirasi
DEB. [8 markah]
b. Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat
DEB. [6 markah]
c.i. Sejauh manakah DEB berjaya mencapai matlamatnya? [6 markah]
c.ii Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan daripada Rancangan Malaysia kedua.Buktikan. [6 markah]
ciii. Huraikan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan sektor perindustrian melalui Rancangan Malaysia Keempat dan Kelima. [6 markah]
3.a Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam Dasar Pertanian Negara? [5 markah]
b. Apakah strategi yang digunakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara? [6 markah]
c. Huraikan tentang Dasar Pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan di bawah dasar pembangunan ekonomi negara. [8 markah]
4a.
Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mac 1983.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan perlaksanaan dasar tersebut. [10 markah]
b. Apakah yang anda faham dengan Dasar hala Tuju Cara Baru? [5 markah]
c.i Berdasarkan pemahaman anda, terangkan secara ringkas tentang Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara .
[5 markah]
c.ii Apakah rasionalnya Dasar Kependudukan Negara diperkenalkan? [5markah]
No comments:
Post a Comment