Pengenalan Kertas 3 1249/3 pada tahun ini bagi tahun ini akan dirasai oleh pelajar tingkatan 4 akhir tahun ini. Sejauhmanakah keberkesanannya? Kita akan dapat uji apabila para pelajar diberikan pendedahan yang luas dan bengkel yang berkesan. Terdapat banyak juga isu dan persoalan yang timbul. Antaranya ialah dalam membantu para pelajar benar-benar menggunakan masa 3 jam dalam peperiksaan dengan berkesan. Pelajar perlu dibimbing agihan masa yang tepat dengan peruntukan markah yangdiberi. Ramaipelajar yang bertanya kepada saya, bahawa soalan KBKK kadangkala membuatkan pelajar buntu untuk berfikir. Hal ini menjadi suatu cabaran kepada guru sejarah khususnya dalam memahamkan pelajar bahawa sejarah juga perlu dikaitkan dengan konteks peristiwa atau isu yang berlaku di negara kita pada hari ini.Para pelajar kita kurang membaca bahan ilmiah apatah lagi isu semasa. Berbeza dengan isu artis , rancangan ,laguhits terkini ..semua dalam benak pelajar kita.
Apa komen anda? Jika anda seorang guru atau jika anda seorang pelajar? Realitinya. Sejarah Wajib Lulus pada tahun 2013 ini.
No comments:
Post a Comment