Saturday, 6 October 2012

TUDINGAN J/P

TEMA
TEMA
SUBTAJUK DAN SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
TAHUN
TUDINGAN 2012

7
1
MaknaTamadun , Ciri-ciri Tamadun,  Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Kepentingan Sungai
Tamadun Indus
2006
2008
2010
2011
Tamadun Hwang Ho
2
TamadunYunani ( Pemerintahan, PendidikandanSenibina )
Tamadun Rom ( Sumbangan ) , Peperiksaan Awam China
Yunani ( Prinsip Demokrasi )
2004
2005
2008
Sumbangan Tamadun India dan China
-          Ekonomi
-          Sains Dan Teknologi
3
Kerajaan Maritim
Kerajaan Agraria, Kerajaan Maritim dan Saling Bergantung
2007
2010
Kerajaan Maritim ( Kedah Tua dan Kedah Tua ) dan Pengaruh Hindu Buddha


8
4
Dakwah / Penyebaran Islam di Makkah
Masyarakat Jahilliah
Riwayat Hidup / Keperibadian Rasullulah
2005
2008
2010
Tiada Tudingan
5
Piagam Madinah ( Kandungan Dan Kepentingan )
Hijrah ( Konsep, Tujuan Dan Kepentingan )
Perjanjian Hudaibiyah ( Peristiwa dan Kepentingan )
2004
2005
2008
Perjanjian Aqabah , Hijrah
Piagam Madinah,  Perang Dalam Islam
Pembukaan semula Kota Makkah
6
Sistem Khalifah ( Konsep)
Khalifah Umar al Khattab dan Pertembungan Tamadun Islam
Khulafa al Rasyidin  (syarat dan cara pemilihan, Tugas), K. Abu Bakar
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Kerajaan Bani Umaiyah
2004
2005
2007
2009
2011
Kerajaan Nabi Abbasiyah (sumbangan)
Khalifah Uthman dan Khalifah Ali
PertembunganTamadun
7
Pengaruh  Islam di Asia Tenggara (Bahasa, Budaya dan Seni )
Pengaruh Islam di Asia Tenggara ( Pemerintahan dan Pendidikan )
Penyebaran Islam di Asia Tenggara ( carapenyebaran )
TeoriKedatangan Islam ke Asia Tenggara
2006
2007
2007
2010
Tiada Tudingan
8
KesanKedatangan Islam di Malaysia ( Kesenian)
KesanKedatangan Islam di Malaysia (Bahasa, kesenian, gayahidup )
KesanKedatangan Islam di Malaysia (Politik, Pentadbiran, Ekonomi)
KesanKedatangan Islam di Malaysia ( Perundangan)
KesanKedatangan Islam di Malaysia ( Pendidikan )
2005
2006
2007
2009
2011
Kesan Kedatangan Islam di Malaysia Ekonomi
-          Matawang
-          Perdagangan
-          Percukaian
9
9
Imperialisme Barat di Asia ( factor danKesan )
Revolusi pertanian dan Perindustrian
Zaman Renaissance
Penjelajahan dan Penerokaan
2005
2007
2009
2010
Zaman Gelap dan Zaman Reformation
10
Perusahaan getah
Tanaman Komersial
Ekonomi Tradisional ( Sara diri )
Perlombongan Bijih Timah
Penanaman getah dan Kedatangan Imigran
2004
2005
2006
2008
2011
Dasar British terhadap Pertanian
-          Undang2 Tanah / Akta tanah
Institusi kewangan dan Insurans
Kesan-kesan Dasar Ekonomi

RUMUSAN SUBTAJUK / SOALAN SPM TAHUN-TAHUN LEPAS
TEMA
TEMA
SUBTAJUK DAN SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
TAHUN
TUDINGAN 2012

10
1
Imperialisme Barat dan Sistem Birokrasi Barat
NasionalismeTahap 1
Imperialisme ( Definisi dan Faktor )
Faktor Nasionalisme
2004
2005
2007
2009
Sistem Birokrasi Barat
NasionalismeTahap 1 dan 2
-          Thailand, Indonesia, Filipina
Kemerdekaan Thailand
2
Penentangan Pemimpin Tempatan ( Sarawak )
Penentangan di Naning dan Sabah ( Dol Said dan Mat Salleh )
Penentangan di Pahang dan Perak (Dato Bahaman & Dato Maharaja Lela )
Penentangan Pemimpin Tempatan ( sebab )
2005
2008
2010

2011
Penentangan di Kelantan dan Terengganu ( Tok Janggut dan HARL )
Gerakan Nasionalisme sehingga  PD2
-          Faktor Pemangkin Nasionalisme, GerakanIslah, Peranan Akhbar, Majalah, Persatuan Melayu dan Nasionalisme semasa Pend. Jepun )


11
3
Ciri-ciri Negara Bangsa Eropah
Undang2  Tubuh Kerajaan  Johor , Undang2  Bertulis dan Tidak Bertulis
Ciri-ciri Negara dan Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
2007
2009
2010
Kelantan – Sistem Jemaah Menteri
Negeri Sembilan – SistemDemokrasi
4
Malayan Union ( Sebab, cirri dan reaksi )
Pergerakan Politik di Sarawak
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union ( Reaksi dan cara bantahan )
2006
2008
2009
2011
Tokoh-tokoh Penggerak  PTM 1948
5
Sistem Ahli
Pakatan Murni
2006
2009
Suruhanjaya Reid
Perjanjian Persekutuan TM 1957
6
Reaksi Penubuhan Malaysia
Faktor Pembentukan Malaysia dan Langkah Pembentukan Malaysia
2005
2007
Idea dan factor Pembentukan Malaysia
Akta Malaysia  dan Intipati Perjanjian
7
Sistem Pilihanraya
Perlembagaan Malaysia ( Demokrasi )
Raja Berpelembagaan ( Yang Dipertuan Agong )
Lambang-lambang Negara ( Lagu Negaraku )
2004
2007
2010
2011
Kuasa Pemerintahan
Negara Persekutuan
-          Kerajaan Persekutuan
-          KerajaanNegeri
8
DEB ( Rancangan Malaysia ke 2 – ke 5 )
Dasar Pembangunan Ekonomi ( Dasar Pertanian, Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan )
Rancangan Malaya Pertama
2006
2008

2010
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Akta Bahasa Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sukan , Wawasan 2020 ( perpaduan )
12
9
Faktor Penggubalan Dasar Luar Malaysia dan ASA
Blok-Blok Kuasa Dunia
Perang Dunia Pertama dan Kedua , K - ekonomi
Asean Dan Dasar Luar Malaysia
Persatuan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB )
Dasar Luar Malaysia
Globalisasi, ICT dan Koridor Raya Multimedia
Malaysia denganKomanwel, PBB, NAM, OIC dan Negara Selatan
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
Perang Dunia 1 dan 2
Perang Dingin
Malaysia dalam pertubuhan Serantau
( ASEAN, ASA DAN MAPHILINDO )

Friday, 5 October 2012

RASA CINTA PADAMU YA RASULULLAH


Sudahkah Air mata kita menangis kerana mengingat Nabi Muhammad
Sudahkah air mata kita menangis keranamerindui Nabi Muhammad
Siapakah IKON kita?
Hadirkanlah rasa cinta kita ,HAdirkanlah rasa kasih kita ,Hadirkan rasa rindu kita
kepada Nabi kita ,Nabi Muhammad..
Kerna Kita Umat Yang Mulia...Umat yang sangat merindui Nabi Muhammad , walau kita tidak pernah melihat Nabi Muhammad, Tapi Hati kita begitu dekat dengan Nabi Muhammad
Titisan air mata Nabi Muhammad itu menunjukkan RINDUNYA baginda kepada Kita selaku UMAT MUHAMMAD

HALAQAH SENTUHAN KALBU -AKHLAK NABI MUHAMMAD S.a.w

Malam ini mendengar dan menghayati  sentuhan kalbu 5 minit oleh Firdaus Djamaris
memberikan impak yang cukup besar dan bermakna tentang NABI MUHAMMAD.

Penceritaan tentang sejarah Nabi Muhammad akhlak belaiu adalah Akhlak AL-QURAN
yang sukar ditandingi oleh sesiapapun di muka bumi ini.
Kasih beliau pada umatnya di titipkan berdasarkan Hadis Rasulullah s a.w
dimana Allah akan memuliakan dan  meninggikan darjat hambanya..
sekiranya kita mampu melakukan beberapa perkara :
1.Bersabar ketika orang membencimu
2.Memaafkan ketika orang menzalimimu
3.Memberi ktika orang memusuhimu
4.Menyambungkan ktika orang memutuskan silaturahim

  Tontonilah sentuhan KALBU tv9 Jumaat malam sabtu
  mulai 16 Nov 2012 jam 10.30 malam

KENALI TOKOH ISLAM AL-RAZI


Al-Razi – Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yan mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.
Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.
Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.
Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M). Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.

KENALI TOKOH ULAMA INI


AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL HAMID
A. 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. 

PANDUAN KBKK -BIDANG MARITIM


Intisari atau isi penting :  SERTAI KURSUS  MARITIM

Bagaimana  kita memanfaatkan kedudukan yang strategik  di Nusantara demi kemajuan Negara
Kejayaan Negara dalam bidang maritime .Buktinya :
Ø  Kursus Kemahiran Penangkapan Perikanan
Ø  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mengikuti kursus selama enam hari yang meliputi asas keselamatan di laut, berenang, memadam kebakaran dan pertolongan kecemasan
Ø  kursus keselamatan dan tanggungjawab ketika berada di laut.
Ø  membolehkan mereka untuk bekerja di syarikat perkapalan
Ø  melahirkan hampir 4,000 pelaut yang berkemahiran dan berkualiti.
Ø  ramai di antara bekas pelatih dari akademi berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat perkapalan di seluruh Negara
Ø  akademi ini berazam untuk meningkatkan jumlah pelaut yang berkualiti dengan mengambil lebih ramai pelatih untuk menjalani latihan ‘Marine Rating’ dengan harapan industri maritim negara akan lebih banyak diisi oleh anak-anak tempatan
Ø  menyediakan kursus pegawai dek dan enjin serta khidmat perundingan marin untuk industri maritim selaras dengan keperluan Standard Of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) 1995 di bawah Pertubuhan International Maritime Organisation (IMO).

PANDUAN KBKK PERANAN PENDIDIKAN


Ø  . PERANAN PENDIDIKAN 
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak danmenyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkanmenjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.


2.1 Peranan Pendidikan Terhadap Individu

i.  Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu 
Pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk kesedaran :
·        kekeluargaan
·        komuniti dan masyarakat
·        kebangsaan
·        kejiranan
·        organisasi
·        serantau dan antarabangsa
ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu

Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.

iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang

Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga hendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan.

iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi

Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran.



2.2 Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat

i. Sumber Kemahiran dan Ketrampilan

Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan berketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.


ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu

Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah. Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.

  
iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikanjawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat mereka. Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi petunjuk dan panduan yang benar.


iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan

Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat maka lebih banyak jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusiapelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.

v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak

Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa terpaksa  menumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula terdapat ibu dan bapa terpaksa bekerja. Dengan ini sekolah akan memainkan peranan yang tersirat iaitu sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia.
Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat yang selesa, mengembirakan dan  dapat memenuhi naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.