Friday, 24 January 2014

TAMADUN HWANG HO

Rounded Rectangle: NOTA RUMUSAN ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SEMALAYSIA 2013 TINGKATAN EMPAT  DAN LIMA

SUMBANGAN  TAMADUN




BAB 1 : TAMADUN AWAL MANUSIA
TAMADUN HUANG HO
a.        Dinasti Tamadun Hwang Ho
·         Dinasti Hsia
·         Dinasti Shang
·         Dinasti Chou
·         Dinasti Ching
·         Dinasti Chin

b.       Susun lapis masyarakat
·         Raja menduduki lapisan teratas
·         Golongan bangsawan
·         golongan pembesar.
·         Pegawai kerajaan
·         Golongan petani
·         Golongan artisan
·         Pedagang

c.        Agama dan kepercayaan .
·         kepercayaan anismisme
·         politisme.
·         penyembahan roh nenek moyang.
·         Mereka juga sembah tuhan syurga  (Shang Ti)
·         sembah Tuhan Bunyi ( Tu).
·         Sembah  bukit,  sungai dan gunung.
·         Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur saling melengkapi
·         Konsep Yin – kuasa pasif Yang – Kuasa aktif
·         Upacara sembah libatkan permainan muzik, tarian
·         upacara korban diketuai oleh bomoh.
·         Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

a.       Dalam pemerintahan Dinasti Shang
·         Pemerintahan monarki
·         Gelaran raja / raja berkuasa mutlak
·         Anak lelaki raja pengganti raja
·         Putaran dinasti
·         Raja dapat mandat Tuhan
·         Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
·         Pentadbiran pusat dan daerah

b.       Pemerintahan Dinasti Chou  
·         Sistem feudal
·         Wilayah ditadbir oleh pembesar
·         Pembesar diikat oleh raja
·         Pembesar ikrar taat setia
·         memberi hadiah, bantuan ketenteraan kepada raja

c.        Kemajuan dalam pertanian
·         Pengairan
·         Teknologi pembajakan
·         Batas untuk penanaman
·          cipta cangkul
·         Cipta sabit
·         Alat pertanian dari besi

d.       Dalam kepercayaan
·         Politeisme
·         Konsep Yin dan Yang
·         Feng Hsui
·         Sistem kalendar
·         Pemujaan roh dan nenek moyang
·         Sistem tulisan ideogram
·         Penggunaan tulang oracle untuk membuat ramalan
e.       Memperkenalkan konsep  mandat               
·         Raja dapat mandat jikan memerintah adil
·         Rakyat menikmati kemakmuran
·         Pemerintah direstui Tuhan
·         Hilang mandap jika memerintah dengan zalim
·         Malapetaka, bencana alam petanda raja yang mandat

f.        Sistem kalendar
·         1 tahun 360 hari
·         1 Bulan 30 hari
·         Dalam aktiviti perkahwinan
·         Dalam pengkebumian
·         Untuk pemburuan
g.         Sistem kemajuan teknologi                                             
·         Membuat gangsa
·         Pertanian besi
·         Membuat tembikar
·         Membuat tembaga
·         Teknologi pembajakan

h.       Dalam falsafah
·         Perkenalkan falsafah perang Sun Tzu
·         Nama pengarang: sun Tzu nama karya
·         Nama karya: The Art of War
·         Bicarakan selok belok perang

·         Cara menangani musuh
·         Diguna dalam perniagaan
·         Strategi untuk capai kemajuan

i.         Dalam sistem tulisan
·         Tulisan ideogram
·         Terhasil daripada penilikan tulang oracle
·         Diguna dalam penulisan
·         Diguna dalam percetakan

·         Diguna oleh orang Jepun dan Korea

Contoh Aras APLIKASI KBAT dalam peperiksaan SPM

Tajuk : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaSub topik : Reaksi Terhadap Pembentukan MalaysiaAktiviti : Perbincangan kumpulanKata Kunci : MeramalContoh strategiberdasarkan Gambar
Rujuk muka surat   147 Buku Teks Tingkatan 5

Pada pendapat anda
apakah yang  akan terjadi
sekiranya rundingan 
Pemulihan Indonesia- Malaysia 
gagal?

Apakah Jawapan anda ?
Contoh Jawapan
1.Berlaku permusuhan antara Malaysia
dan Indonesia
2.Tiada kerjasama ekonomi  dan politik kedua-dua negara
3.Berlaku huru-hara
4. Banyak nyawa terkorban
5.Pelabur tidak berminat melabur 
di dalam negara
6.Industri pembinaan di negara 
tidak maju
7.Kekurangan buruh binaan
8. Sabah dan Sarawak juga 
tidak akan merdeka

Sunday, 19 January 2014

Contoh soalan KBKK spm

SPM 2005
1. Berikan pendapat anda tentang kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara. (4m)
2. Apakah sikap perjuangan pemimpin tempatan tersebut yang boleh dijadikan iktibar? (2m)

SPM 2006
1. Bagaimanakah anda boleh merealisasikan kejayaan k-ekonomi? (3m)
2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang akan berlaku
        sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? (8m)
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara
       dapat mengelakkan berlakunya peperangan? (6m)

SPM 2007
1. Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini
       daripada masyarakat kerajaan maritim. (3m)
2. Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah
       anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda?                (3m)
3. Slogan “ Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda
        atas alasan untuk memimpin masyarakat Timur ke arah kesejahteraan.
Adakah anda bersetuju dengan alasan tersebut? Berikan pandangan anda. (3m)
4. Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia memberi
         kebaikan kepada rakyat negara kita sehingga kini.
5. Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan di atas. (2m)

SPM 2008
1. Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang
      mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan
       yang akan anda amalkan? (2m)
2. Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan
        demokrasi kepada sesebuah negara?       (2m)
3. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah
        demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.      (3m)
4. Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawab
         sebagai badan pengaman dunia?       (2m)
5. Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang
      menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia?      (8m)
6. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia
          kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang?    (6m)
7. Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah
        menghalang pembentukan masyarakat bermoral? (6m)
8. Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya
          mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan
           kedaulatan negara.  (4m)
9. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar
         Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan mereka terhadap
          perusahaan perlombongan bijih timah?
                                        (8m)
10. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu
        untuk memastikan mereka terus menguasai perusahaan perlombongan
          bijih timah pada masa itu? (8m)
11. Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara. (4m)

SPM 2009

1. Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang
        dalam kehidupan manusia? (2m)
2. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh
         daripada Zaman Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia? (2m)
3. Andaikan anda seorang pengerusi persatuan sejarah di sekolah.
Cadangkan dua aktiviti persatuan yang boleh memperkukuh semangat
     nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan warga sekolah anda.         (2m)
4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan
        perlembagaan kepada negara kita? (3m)
5. Berdasarkan pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan agraria
       dan maritim, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk
        mencapai kejayaan negara dan bangsa Malaysia. (4m)
6. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan
       Turki Uthmaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia. (5m)
7. Semangat kerjasama dan toleransi dalam pakatan murni
       perlu dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.
(i) Pada pendapat anda, mengapakah semangat tersebut perlu
         dihayati dan diamalkan?      (4m)
(ii) Cadangkan empat cara untuk mengekalkan penghayatan dan
        pengamalan semangat tersebut oleh warga Malaysia. (4m)