Sunday, 19 January 2014

Latihan Topikal Tingkatan 5 bab 1

SOALAN-SOALAN TAHUN LEPAS
TINGKATAN 5
BAB 1 IMPERIALISME & NASIONALISME DI ASIA TENGGARA



Faktor Imperialisme

Tokoh A  : Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.
Tokoh B  : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya
  dalam negara.
Tokoh C  : Apakah tindakan kita, tuan?
 
 







1.     Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.
Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?
A.     Mencari pasaran
B.     Mencipta kapal wap
C.     Mendirikan lebih banyak kilang
D.     Mengadakan hubungan diplomatik    (2007/20)

2.     Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
A     Bahan mentah banyak
B     Tenaga mahir ramai
C     Tanah subur
D     Pasaran luas                                         (2012/23)

·          Beban orang putih
·          Tugas mentamadunkan manusia

3.     Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas
A.     Melaksanakan dasar imperialisme
B.     Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C.     Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D.     Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat (2004/22)

Slogan
Kuasa
Beban Orang Putih
British

X

Perancis

4.     Rajah di atas adalah slogan penjajah Barat di Timur.
X ialah
A.     Asia untuk orang Asia
B.     Asia tanggungjawab Barat
C.     Tugas menyebarkan tamadun
D.     Agama tanggungjawab bersama        (2005/21)







Perubahan Politik di Asia Tenggara

5.     Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia Tenggara?
I      Kedudukan pemimpin setempat dikekalkan
II     Pemimpin setempat berkuasa memungut cukai
III    Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
IV    Undang-undang Barat digunakan secara meluas
A.     I, II dan III             C.    I, III dan IV
B.     I, II dan IV             D.   II, III dan IV    (2004/23)

Sistem Encomienda telah diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

6.     Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di atas?
I      Mengutip cukai
II     Menjaga keamanan
III    Menasihati pemerintah
IV    Mengkristiankan penduduk
A.     I, II dan III             C.   I, III dan IV
B.     I, II dan IV             D.   II, III dan IV    (2005/22)

Tahun
Perkara
1887
1889
Akta Kampung Ulu Burma
Akta Perkampungan Burma

7.     Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?
A.     Pengaruh golongan agama meningkat
B.     Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C.     Kedudukan nstitusi beraja diperkukuh
D.     Pendapatan penduduk tempatan merosot (2006/23)

8.     Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma?
·          Akta Kampung Ulu Burma (1887)
·          Akta Perkampungan Burma (1889)
A.            Peningkatan taraf hidup
B.            Penindasan golongan petani
C.            Pengukuhan golongan agama
D.           Penghapusan pentadbiran tradisional      (2010/22)

Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di Vietnam dengan sistem pentadbiran Tanah Besar China.
9.     Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan
A.     pungutan suara rakyat
B.     pencapaian dalam peperiksaan
C.     pelantikan oleh Gabenor Jeneral
D.     pencalonan oleh pembesar tempatan               (2005/23)

10.   Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui
A.     peperiksaan
B.     pemilihan rakyat
C.     pelantikan maharaja
D.     persetujuan golongan bangsawan     (2006/24)

11.   Jadual berikut menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19.
Tokoh
Perubahan Yang Dibuat
Raja Mongkut
Melantik 80 orang penasihat British
Raja Chulalongkorn
Memperkenalkan Majlis Penasihat British
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
A.     Memperkukuh sistem pemerintahan beraja
B.     Memantapkan pentadbiran kerajaan
C.     Memelihara kedaulatan negara
D.     Memenuhi tuntutan rakyat                   (2009/21)

12.   Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?
A.     Persaingan kuasa Barat
B.     Pemantapan kuasa raja
C.     Pengekalan kemerdekaan
D.     Penguasaan ekonomi oleh pembesar                (2006/27)
Faktor Kemunculan Nasionalisme

13.   Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
A     Meningkatkan ekonomi
B     Mewujudkan jurang sosial
C     Menghapuskan cukai pertanian
D     Menyediakan peluang pekerjaan        (2012/22)

Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19
Bandar
Anak golongan priyayi
Kampung
Anak orang kebanyakan
14.   Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?             (2006/25)
A.     Mengelakkan masalah pemberian bantuan
B.     Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
C.     Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
D.     Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan

15.   Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia?
A.     Menghalang perkembangan sekolah agama
B.     Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
C.     Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
D.     Memecahbelahkan perpaduan rakyat                (2008/21)

16.   Jadual berikut merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.
Novel
Penulis
Noli Me Tangere
Jose Rizal
Kerikil-Kerikil Tajam
Chairil Anwar
Putera Gunung Tahan
Pak Sako
Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut?
A.     Nasib kaum wanita
B.     Penindasan oleh penjajah
C.     Peningkatan status sosial
D.     Tuntutan kemerdekaan                        (2008/22)

17.   Mengapakah Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?
A.     Menjejaskan eksport negara
B.     Mengundang kehadiran pekerja asing
C.     Mengehadkan jenis tanaman komersial
D.     Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan (2008/23)
 
18.   Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.
Tahun
Kejayaan
1895
Menewaskan China
1905
Menewaskan Rusia
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara?
A.     Pengukuhan sistem pertahanan
B.     Perluasan kawasan pemerintahan
C.     Kemunculan semangat nasionalisme
D.     Kemantapan kuasa pemerintah tempatan    (2011/21)

Nasionalisme di Asia Tenggara 

19.   Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara?
I      Perjuangan secara militan
II     Membentuk organisasi politik
III    Mengutamakan isu kebudayaan
IV    Golongan intelek menjadi pemimpin
A.     I dan II                  
B.     II dan III                               
C.     III dan IV
D.     I dan IV                                                 (2004/24)

20.   Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?
A.     Sekatan pengaruh luar
B.     Perjuangan tidak berkesan
C.     Kekurangan sumber kewangan
D.     Sokongan pemerintah tempatan        (2006/26)

21.   Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?
I      Memajukan kegiatan ekonomi
II     Menimbulkan kesedaran politik
III    Menyebarkan ilmu pengetahuan
IV    Membebaskan diri daripada penjajah
A.     I dan II                  
B.     II dan III                               
C.     III dan IV
D.     I dan IV                                                 (2004/25)

22.   Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya?
A.     Menubuhkan Katipunan
B.     Membentuk Liga Filipina
C.     Melancarkan revolusi bersenjata
D.     Menyebar fahaman melalui akhbar     (2005/24)


23.   Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?
A.     Hak mengundi
B.     Hak kebebasan bersuara
C.     Pengembalian kuasa raja
D.     Pemerintahan kerajaan sendiri                           (2007/21)

Tokoh
Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini
·          Habis Gelap Terbitlah Terang
·          Penulisan Seorang Puteri Jawa

24.   Karya di atas mendedahkan tentang
A.     kemunduran rakyat
B.     kemerosotan ekonomi
C.     ketidakadilan undang-undang
D.     kelemahan sistem pemerintahan        (2007/22)

25.   Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
A.     Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B.     Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C.     Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D.     Menghindari ancaman sekularisme    (2009/22)

26.   X dalam rajah berikut adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma.
Ditubuhkan pada tahun 1906
 Menggunakan isu kasut





Apakah X ?
A     Liga Antipemisahan
B     Persatuan Belia Buddha
C     Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis
D     Parti Dobama Asiayone                       (2011/22)





Latihan Topikal Tingkatan 4



SOALAN-SOALAN TAHUN LEPAS
TINGKATAN 4
BAB 1 TAMADUN AWAL MANUSIA



Zaman  Prasejarah

Konsep Tamadun                                                            

1.     Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?
A.     Kebebasan beragama
B.     Kesejahteraan hidup
C.     Kemajuan ekonomi
D.     Ketinggian moral                                                                                (2009/1)

Tamadun Mesopotamia

2.     Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang pelbagai bentuk.
Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun tersebut?
A     Lambang kekayaan
B     Panduan laluan kapal
C     Sempadan empayar
D     Simbol keagamaan                                                                                             (2011/1)

3.     Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia?                 
A.     Penguasaan Parsi
B.     Perluasan tamadun Indus
C.     Rampasan kuasa golongan pendeta
D.     Kemusnahan Taman Tergantung Babylon         (2004/1)

4.     Mengapakah kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia?
A.     Menggalakkan mobiliti sosial
B.     Merekodkan urusan pentadbiran
C.     Mengukuhkan organisasi masyarakat
D.     Mencatatkan harta golongan bangsawan                         (2004/3)

5.     Gambar 1 berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Gambar 1
                Apakah prinsip undang-undang tersebut?                        (2012/1)
                A             Mengutamakan kondep permuafakatan
                B             Berasaskan sistem kepercayaan tempatan
                C             Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
                D             Hukuman yang sama untuk semua golongan



Tamadun Mesir

Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas.
6.     Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
A.     Upacara pemujaan semangat
B.     Konsep kehidupan selepas mati
C.     Percaya kepada kelahiran semula
D.     Amalan penyembahan nenek moyang                               (2006/1)

7.     Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir Purba?
A     Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
B     Memajukan teknologi bidang pertanian
C     Menggubal undang-undang
D     Mencipta sistem tulisan                                                                      (2011/2)

8.     Antara yang berikut, yang manakah  sumbangan tamadun Mesir Purba?
I      Kolar kuda                                             II             Pedati beroda
III    Sistem kalendar                    IV            Tulisan hieroglif

A.     I dan II                                  C. III dan IV
B.     II dan III                                               D. I dan IV                                            (2007/1)

9.     Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.
Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Apakah sistem tulisan tersebut?
A.     Hieroglif                                               C.            Cuneiform
B.     Ideogram                                              D.            Piktograf                               (2010/1)

Tamadun Indus

Mesopotamia                à            Indus      ß            Mesir Purba

10.   Rajah di atas menunjukkan pertembungan tamadun awal.
Apakah kesan pertembungan tersebut kepada tamadun Indus?
A.     Pembinaan bandar terancang            
B.     Peningkatan teknologi pertanian      
C.     Perluasan kawasan pemerintahan
D.     Perkembangan hasil kesusasteraan                                   (2006/3)

11.   Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitar tahun 2000 S.M. dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?
A.     Kemahiran ilmu geometri
B.     Kejayaan kegiatan penerokaan
C.     Keluasan kawasan pemerintahan
D.     Kegiatan keagamaan                                                                          (2009/2) 

Masyarakat Indus telah menjalankan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia.
12.   Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?
A.     Cap mohor                                           C.            Tembikar tanah    
B.     Batu bersurat                                       D.            Gendang gangsa (2006/2)

13.   Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
A.     Perluasan pengaruh                            
B.     Pertukaran teknologi          
C.     Penyebaran agama Hindu
D.     Perkembangan bidang penulisan                                      (2010/2)









Tamadun Hwang Ho

Tulang oracle
14.   Yang manakah berkaitan dengan gambar di atas?
A.     Pengenalan sistem tulisan
B.     Senjata untuk berperang
C.     Alat upacara pengebumian
D.     Lambang status masyarakat                                              (2006/4)

Tamadun Awal
Raja
Sumeria
Tuhan atau wakil tuhan
Mesir
Jelmaan tuhan, anak Tuhan Matahari
Hwang Ho
Mandat daripada tuhan
15.   Apakah yang dapat dirumuskan daripada maklumat di atas?
I      Raja penentu bencana alam                
II     Raja memiliki kuasa mutlak                
III    Raja berkuasa atas kehendak tuhan  
IV    Raja perlu mendapat sokongan bangsawan
A.     I dan II                                  C. III dan IV                          
B.     II dan III                                               D. I dan IV                             (2004/2)

16.   Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China. Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?
I      Melindungi raja
II     Menyerahkan ufti
III    Melafazkan taat setia
IV    Memberi bantuan ketenteraan
A.     I, II dan III                            C.  I, III dan IV
B.     I, II dan IV                             D.  II, III dan IV     (2007/2)

17.   Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War  yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?
A.     Menerangkan sistem pemerintahan
B.     Mengatur strategi perniagaan
C.     Menentukan bentuk hubungan luar
D.     Membantu pelaksanaan peperiksaan awam (2008/2)