Monday, 1 July 2013

PANDUAN HSP SEJARAH TINGKATAN 5

Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Aras 1
·         Mentakrif Demokrasi Berparlimen
·         Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
·         Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan
·         Menyenaraikan kuasa Yang Di Pertuan Agong
·         Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya
·         Menyatakan proses pilihanraya
·         Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
·         Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963



Aras 2
·         Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
·         Menjelaskan kepentingan perlembagaan
·         Menjelaskan proses pindaan perlembagaan
·         Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah
·         Menghuraikan proses pilihanraya
·         Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963

Aras 3
·         Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan
·         Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
·         Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Aras 1
·     Menyatakan kerajaan persekutuan
·     Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri
·     Menyatakan bidang kuasa senarai bersama

Aras 2
·     Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama 

Aras 3
·     Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
·     Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara

Aras 1
·         Menyenaraikan lambang-lambang negara
·         Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara

Aras 2
·         Mentafsir lirik lagu kebangsaan
·         Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Aras 3
·         Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang-lambang negara
·         Menganalisis peranan lambang-lambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia



Panduan HSP Sejarah Tingkatan 4


Memahami kepentingan Piagam Madinah

Aras 1
·       Menyatakan prinsip-prinsip umum kandungan Piagam Madinah
·       Menyatakan kepentingan Piagam Madinah
·       Menerangkan usaha penyebaran Islam di Madinah

Aras 2
·       Menghuraikan prinsip-prinsip umum kandungan Piagam Madinah
·       Menjelaskan kepentingan Piagam Madinah
·       Menghuraikan penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w


Aras 3
·         Merasionalkan Piagam Madinah dalam konteks menjamin perpaduan kaum
·         Merasionalkan penyebaran Islam bukan melalui mata pedang
·         Membandingkan keadaan masyarakat Arab sebelum dan       selepas kedatangan Islam


Memahami kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula kota Makkah

Aras 1
·         Menyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
·         Menyatakan proses pembukaan semula kota Makkah
Aras 2
·         Menghubungkaitkan Perjanjian Hudaibiyah dengan pembukaan semula kota Makkah
Aras 3
· Menjana idea kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada perkembangan Islam
·        

 
**Diharapkan Anaknda mempelajari sesuatu berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran ini

NOTA RINGKAS SEJARAH TING 5 BAB 7


PERLEMBAGAAN
·         Undang-Undang Tertinggi Malaysia
·         Dokumen Rasmi

Keluhuran Perlembagaan
·         Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Jemaah menteri dan Mahkamah
·         Bercanggah dianggap batal

Kepentingan Perlembagaan
·         Menjamin kestabilan Negara
·         Menjamin kecekapan pentadbiran
·         Menjamin taat setia rakyat
·         Panduan pemerintahan
·         Menjamin hak asasi
·         Jaminan Hak istimewa orang Melayu
·         Rujukan utama undang-undang
·         Senarai kuasa kerajaan Pusat dan negeri

Pindaan Perlembagaan
·         Bertujuan melindungi kepentingan rakyat
·         Melicinkan urusan pentadbiransupaya relevan dan sesuai
·         Menjadikan undang-undang yang munasabah
·         Dipatuhi oleh rakyat
·         4 cara pindaan perlembagaan 

Bidang Kuasa Yang Dipertuan Agong
·         Ketua Negara
·         Tiga unsur Parlimen
·         Ketua angkatan bersenjata
·         Kuasa mengampun
·         Tangguhkan sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh mahkamah tentera
·         Menjaga hal istimewa orang Melayu
·         Menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu Mengadakan mesyuarat
·         Ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja
·         Kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
·         Melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalan menteri
·         Mengisytiharkan undang-undang darurat
·         Melantik Pengerusi dan 3 ahli Suruhanjaya Pilihanraya
·         Melantik peguam Negara
       Mentauliahkan duta-duta negara


KUASA PEMERINTAHAN

Badan Perundangan ( Legislatif )
·         Bertanggunjawab menggubal undang-undang
·         Terdapat Dewan Negara yang merupakan Dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang ahli tanpa perlu memenangi Pilihanraya.Ahlinya digelar Senator.
·         Terdapat Dewan Rakyat yang ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya.
·         Ia mempunyai tugas menggubal dan meluluskan undang pada peringkat Dewan Rakyat

Badan Pelaksana
·         Badan Pelaksana ialah Jemaah Menteri atau Kabinet yang melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
·         Ketua Jemaah Menteri ialah Perdana Menteri
·         Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua pekara

Badan Kehakiman
·         Badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan pekara sivil danjenayah
·         Menentukan kesahihan Undang-undangyang dibuat oleh Badan Perundangan dan Badan Pelaksana
·         Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
·         Mengisytiharkan undang Kerajaan Pusat






NOTA RINGKAS SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5


INTIPATI PIAGAM MADINAH

·        Berpandukan wahyu Allah
·         Melahirkan sebuah Negara islam
·         Peraturan dan tanggungjawab berasaskan persetujuan orang Islam, Yahudi dan Arab.
·         Mengandungi 47 Fasal
·         23 Fasal berkaitan hubungan dan tanggungjawab orang Islam
·         24 Fasal menyentuh KaumYahudi dan bukan Islam

·         Ia merupakan sebuah model kerajaan Islam yang unggul

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

·         Di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan penduduk Makkah pada 6 Hijrah
·         Isi Perjanjian Gencatan Senjata selama 10 tahun, bebas memihak kepada mana-mana kabilah,  Orang Makkah yang memihak tanpa penjaganya harus di pulangkan, Umrah boleh dilakukan pada tahun berikutnya
·         Kepentingannya telah membolehkan agama islam berkembang dengan pesat 


PENYEBARAN ISLAM
·         Menyebarkan Islam selama 23  tahun iaitu 10 tahun di Makkah dan 13 tahun di Madinah
·         Menghantar surat ke Rom, Mesir, Parsi, Habsyah dan seluruh Tanah Arab
·         Mempertahankan maruah dan hak menerusi peperangan iaitu Badar, Uhud, Khandak dan menakluki Makkah
·         Islam lebih mengutamakan perdamaian 

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
·         Berlaku pada 8 Hijrah tanpa pertumpahan darah
·         Ia berlaku kerana Perjanjian Gencatan Senjata selama 10 tahun telah dicabuli oleh orang Quraisy Makkah.
·         Emapt orang Panglima iaitu Khalid bin Al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubai al-Awam



Ulangkaji Latihan Bab 4 -Bab 6 Tingkatan 5 (OBJEKTIF)

1 Apakah tujuan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?
I Didesak oleh pelabur Eropah
II Melicinkan pentadbiran
III Membentuk bangsa Malayan Union
IV Menghapuskan kuasa politik Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


2 Mengapakah golongan radikal Melayu menyokong Malayan Union?
I Dasar sama rata
II Dasar penyatuan negeri Melayu
III Yakin dengan kebolehan British
IV Ingin menubuhkan Melayu Raya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


   
3 Rakyat British yang dimaksudkan di atas
A dilahirkan di England
B dilahirkan dan menetap di Melaka dan Pulau Pinang
C tinggal di British
D tinggal di Tanah Melayu


         
4 Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas?
A Dato’ Mahmod Mat
B Dato’ Onn bin Ja’afar
C Dato’ Nik Ahmed Kamil
D Tengku Abdul Rahman


5 Apakah taraf Sabah dan Sarawak selepas SBUB dan James Brooke menyerahkan kuasa pentadbiran di negeri tersebut?
A Diberi kemerdekaan
B Ditadbir oleh orang tempatan
C Tanah jajahan mahkota British
D Digabungkan dalam Persekutuan


6 Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
I Muflis
II Tua dan uzur
III Tiada pengganti yang layak
IV Desakan penduduk tempatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


     
7 Mengapakah Kerajaan British di Tanah Melayu ingin merombak sistem pemerintahan di atas?
I Peningkatan kos
II Pembangunan tidak seimbang
III Pertukaran kerajaan di Britain
IV Gagal untuk mengawal orang Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


          

8 Mengapakah British berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union di Tanah Melayu?
A Menjajah negara ini
B Menguasai ekonomi sepenuhnya
C Memastikan sumber tenaga berterusan
D Menghapuskan kuasa politik orang Melayu


9 Mengapakah Singapura diasingkan daripada perjanjian Malayan Union 1946?
A Tanah jajahan mahkota British
B Kebimbangan masalah perkauman
C Tarafnya sebagai pelabuhan bebas
D Ingin menjajah terus Singapura


 
10 Berdasarkan sistem pentadbiran di atas, siapakah yang mengetuai pentadbiran peringkat negeri?
A Residen
B Pesuruhjaya
C Gabenor General
D Majlis Undangan


11 Kerajaan Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 adalah untuk menggantikan
A MPAJA
B Pentadbiran Tentera British
C Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
D Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


                       
12 Mengapakah sultan-sultan di atas menandatangani Perjanjian Malayan Union?
I Semangat setiakawan
II Ugutan diturunkan takhta
III Tiada masa untuk rundingan
IV Ditipu oleh Sir Herold MacMichael
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


13 Golongan manakah yang telah menyokong Malayan Union?
I Orang dagang
II Melayu radikal
III Bangsawan Melayu
IV Orang Melayu berpendidikan Barat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


14 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan golongan radikal Melayu?
I Bangsawan Melayu
II Berasal dari Indonesia
III Ingin menubuhkan Melayu Raya
IV Golongan berpendidikan Barat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


             
15 Antara yang berikut, yang manakah model negara yang telah dicadangkan oleh tokoh di atas?
I Kenya
II British
III Korea Selatan
IV Rhodesia Utara
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV



16 Di manakah tempat pengisytiharan tersebut diadakan?
A Dataran Merdeka
B Bandar Hilir Melaka
C Padang Kelab Selangor
D Bandar Alor Star, Kedah


17 Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu?
A Mengurangkan pengaruh komunis
B Menjamin penerusan kuasa British
C Mengelakkan penentangan orang Melayu
D Mengurangkan kuasa politik orang Melayu


    
18 Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pentadbiran di atas?
A Sistem Ahli
B Pakatan Murni
C Malayan Union
D Dekolonisasi British


19 Apakah portfolio yang dipegang oleh Dato’ Onn bin Ja’afar dalam Sistem Ahli?
A Ahli Ekonomi
B Ahli Pelajaran
C Ahli Luar Negeri
D Ahli Dalam Negeri


20 Setiap satu portfolio dalam Sistem Ahli adalah terdiri daripada beberapa
A Agensi
B Jabatan
C Kementerian
D Perbadanan awam


21 Mengapakah Independence Malaya Party (IMP) yang telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar gagal mendapat sokongan penduduk di Tanah Melayu?
A Perpaduan terlalu asing
B Penentangan orang Melayu
C Kuasa orang Melayu dikurangkan
D Dato’ Onn Ja’afar mengkhianati orang Melayu


         
22 Satu kerjasama telah dibentuk untuk menghadapi pilihan raya tersebut. Kerjasama tersebut adalah gabungan
A UMNO - PAS
B UMNO - MCA
C UMNO - MCA - MIC
D UMNO - Parti Perikatan


             
23 Suruhanjaya X di atas ialah
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Diraja
C Suruhanjaya Bebas
D Suruhanjaya Cobbold


   
24 Penubuhan badan di atas adalah hasil daripada rundingan antara
A UMNO - PAS
B UMNO - MCA
C UMNO - CLC
D Parti Perikatan


     
25 Apakah faktor yang menyebabkan Tunku Abdul Rahman menolak idea tersebut?
A Ketidakseimbangan penduduk
B Tidak berminat untuk bergabung
C Bimbang Tanah Melayu akan dijajah lagi
D Ia sebagai satu helah politik Lee Kuan Yew


    
26 Antara yang berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan tindakan di atas?
I Menghantar pengintip
II Mengutuk Malaysia di PBB
III Memboikot barangan Malaysia
IV Menyerang kapal-kapal nelayan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


        

27 Tuntutan tersebut dibuat berasaskan
A hak milik Kesultanan Sulu
B penentangan rakyat Sabah
C Kesultanan Sulu menolak gagasan
D penyerahan Sabah oleh SBUB tidak sah


    
28 Apakah tujuan Jawatankuasa JAK di atas?
A Pakatan Murni
B Usaha perpaduan kaum
C Menerangkan gagasan Malaysia
D Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak


29 Pembentukan Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963.
Apakah undang-undang yang mengesahkan perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963?
A Akta Parlimen British
B Akta Malaysia
C Akta Pembentukan Malaysia
D Akta Sabah dan Sarawak


30 Negeri Sabah dan Sarawak telah mendapat hak pembahagian kuasa yang berbeza dengan negeri-negeri Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
Mengapakah hak tersebut diberikan kepada Sabah dan Sarawak?
A Memujuk rakyat Sabah dan Sarawak
B Memberi hak wilayah yang berasingan
C Melindungi hak rakyat Sabah dan Sarawak
D Membezakan antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak


    
31 Apakah usul yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut?
A Kemerdekaan Tanah Jajahan
B Tidak menggalakkan penjajahan baru
C Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
D Melaksanakan dekolonisasi British di Tanah Jajahan


32 Mengapakah Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?
A Kekalahan partinya
B Ancaman komunis
C Keseimbangan penduduk
D Desakan rakyat Singapura


33 Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia dengan harapan supaya
I membentuk kedudukan politik yang lebih kukuh
II disegani oleh negara-negara Barat
III dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial
IV disegani di rantau Asia Tenggara
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV


34 Mengikut gagasan awal penubuhan Malaysia, negeri yang manakah akan memperoleh kemerdekaan lebih awal apabila menyertai Malaysia?
I Sabah
II Brunei
III Indonesia
IV Singapura
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV


    
35 Apakah cadangan parti di atas tentang idea pembentukan Malaysia?
A Mengadakan pungutan suara di Tanah Melayu
B Merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
C Membuat rundingan dengan penduduk Tanah Melayu
D Meninjau pendapat rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura


36 Mengapakah Barisan Sosialis Singapura menentang idea pembentukan Malaysia?
A Pengaruh PAP
B Penjajahan bentuk baru
C Ketidakseimbangan penduduk
D Akan kehilangan sokongan rakyat


37 Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi beberapa perkara sebagai syarat menyertai Malaysia.
Antara yang berikut, yang manakah syarat-syarat tersebut?
I Kerakyatan
II Kuasa autonomi
III Giliran ketua menteri
IV Bahasa kebangsaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


38 Mengapakah Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah A. M. Azahari menentang pembentukan Malaysia?
A Penolakan rakyat Brunei
B Mempunyai kepentingan politik
C Mahu menubuhkan Persekutuan Borneo
D Tidak dirunding dengan PRB dahulu