Friday, 5 October 2012

HALAQAH SENTUHAN KALBU -AKHLAK NABI MUHAMMAD S.a.w

Malam ini mendengar dan menghayati  sentuhan kalbu 5 minit oleh Firdaus Djamaris
memberikan impak yang cukup besar dan bermakna tentang NABI MUHAMMAD.

Penceritaan tentang sejarah Nabi Muhammad akhlak belaiu adalah Akhlak AL-QURAN
yang sukar ditandingi oleh sesiapapun di muka bumi ini.
Kasih beliau pada umatnya di titipkan berdasarkan Hadis Rasulullah s a.w
dimana Allah akan memuliakan dan  meninggikan darjat hambanya..
sekiranya kita mampu melakukan beberapa perkara :
1.Bersabar ketika orang membencimu
2.Memaafkan ketika orang menzalimimu
3.Memberi ktika orang memusuhimu
4.Menyambungkan ktika orang memutuskan silaturahim

  Tontonilah sentuhan KALBU tv9 Jumaat malam sabtu
  mulai 16 Nov 2012 jam 10.30 malam

KENALI TOKOH ISLAM AL-RAZI


Al-Razi – Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yan mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.
Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.
Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.
Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M). Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.

KENALI TOKOH ULAMA INI


AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL HAMID
A. 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. 

PANDUAN KBKK -BIDANG MARITIM


Intisari atau isi penting :  SERTAI KURSUS  MARITIM

Bagaimana  kita memanfaatkan kedudukan yang strategik  di Nusantara demi kemajuan Negara
Kejayaan Negara dalam bidang maritime .Buktinya :
Ø  Kursus Kemahiran Penangkapan Perikanan
Ø  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mengikuti kursus selama enam hari yang meliputi asas keselamatan di laut, berenang, memadam kebakaran dan pertolongan kecemasan
Ø  kursus keselamatan dan tanggungjawab ketika berada di laut.
Ø  membolehkan mereka untuk bekerja di syarikat perkapalan
Ø  melahirkan hampir 4,000 pelaut yang berkemahiran dan berkualiti.
Ø  ramai di antara bekas pelatih dari akademi berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat perkapalan di seluruh Negara
Ø  akademi ini berazam untuk meningkatkan jumlah pelaut yang berkualiti dengan mengambil lebih ramai pelatih untuk menjalani latihan ‘Marine Rating’ dengan harapan industri maritim negara akan lebih banyak diisi oleh anak-anak tempatan
Ø  menyediakan kursus pegawai dek dan enjin serta khidmat perundingan marin untuk industri maritim selaras dengan keperluan Standard Of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) 1995 di bawah Pertubuhan International Maritime Organisation (IMO).

PANDUAN KBKK PERANAN PENDIDIKAN


Ø  . PERANAN PENDIDIKAN 
Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak danmenyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkanmenjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.


2.1 Peranan Pendidikan Terhadap Individu

i.  Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu 
Pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk kesedaran :
·        kekeluargaan
·        komuniti dan masyarakat
·        kebangsaan
·        kejiranan
·        organisasi
·        serantau dan antarabangsa
ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu

Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.

iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang

Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga hendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan.

iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi

Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran.



2.2 Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat

i. Sumber Kemahiran dan Ketrampilan

Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan berketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.


ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu

Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah. Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.

  
iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikanjawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat mereka. Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi petunjuk dan panduan yang benar.


iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan

Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat maka lebih banyak jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusiapelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.

v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak

Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa terpaksa  menumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula terdapat ibu dan bapa terpaksa bekerja. Dengan ini sekolah akan memainkan peranan yang tersirat iaitu sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia.
Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat yang selesa, mengembirakan dan  dapat memenuhi naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.




PANDUAN KBKK


SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA ABAD KE 21

Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing danberdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikanMalaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.
Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu mengembeling fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.

i. Sains dan Teknologi 
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagainegara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkandan dipasarkan peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.

ii. Teknologi Maklumat 
Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi palinghebat apabila high performance communication digabungkan dengan high performancecomputing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat.

iii. Pasaran dan Industri 
Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidangperniagaan, perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk pasaransecara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan memang satu keperluan yang sangat penting
bagi mencapai produktiviti negara.

iv. Modenisasi 
Proses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistem nilai,‘world view’, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia akan menjadibertambah kompleks dan menghadapi pelbagai masalah sosial. Keganasan, penganiayaan,jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah penyelewangan agama dan ketaatsetiaannegara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikir dalam bidang agama untukmembantu mengatasi masalah soasial dalam negara maju.


Thursday, 4 October 2012

CUBA UJI MINDA ANDA 5 SAAT


1 Maklumat berikut berkaitan dengan Zaman Prasejarah.







Zaman Prasejarah    ..........  Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik,
                                          Zaman Neolitik dan Zaman Logam



Apakah  ciri-ciri masyarakat Zaman Neolitik ?                                                       (m/s 3)

A Mencipta peralatan batu 
B Hidup nomad
C Menungut hasil hutan
D Wujud pengkhususan kerja





2
Pernyataan berikut berkaitan kegiatan ekonomi dalam Tamadun Indus.


Penemuan cop mohor buatan masyarakat  Indus di Mesopotamia
 



Penemuan ini membuktikan                                                                                                          

A
terdapat petempatan masyarakat Indus

B
wujud perdagangan antarabangsa

C
ketinggian nilai kesenian

D
berlakunyan penjajahan