Tuesday, 2 October 2012

sambungan Bab 10 : Kesan Perbandaran


Kedatangan imigran telah memberi kesan terhadap kemunculan bandar yang dikuasai oleh kaum Cina,
 masyarakat berbilang kaum yang terpisah-pisah dan sistem pendidikan yang berasingan.

(a)            Apakah faktor-faktor kemunculan bandar di Tanah Melayu ketika pemerintahan British?
F1            Kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah
F2            Kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
F3            Penduduk yang kian bertambah kerana peluang ekonomi
F4            Menjadi pusat mengumpul hasil lombong
F5            Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian
F6            Menjadi pusat pentadbiran
F7            Pusat perbankan seperti Kuala Lumpur
F8            Bandar Miri berkembang kerana adanya petroleum.
F9            Bandar baru muncul berfungsi sebagai pusat perniagaan
F10          Kemudahan pengangkutan jalan raya, keretapi
F11          Menjadi pusat kesihatan
F12          Menjadi pusat institusi kewangan
F13          Kemudahan awam seperti sekolah, air, elektrik
F14          Bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang

(b)           Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum berkembang di negara kita ketika zaman penjajah?
                F1            Kedatangan imigran China dan India dari negara masing-masing
                F2            Keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan
                F3            Mendapat sokongan British
                F4            Petempatan mengikut kaum, Melayu di luar bandar, Cina di bandar dan 
                                 kawasan lombong, India di ladang
                F5            Kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani, Cina berniaga dan melombong,
                                 India menoreh getah
                F6            Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing
                F7            Pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum

(c)            Bagaimanakah sistem pendidikan vernakular berkembang di Tanah Melayu ketika pemerintahan British?
F1            Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
F2            Tidak memupuk perpaduan kaum
F3            Pendidikan Melayu tradisional – mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama, 
                 membaca, menulis dan
                mengira di surau, masjid dan sekolah  pondok
F4            Sekolah Melayu – contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala Kangsar yang 
                 dijalankan di peringkat  rendah sekadar menjadikan mereka 
                  petani yang lebih baik daripada bapanya
F5            Maktab Perguruan Sultan Idris – melatih guru Sekolah Melayu
F6            Kolej Melayu Kuala Kangsar – sekolah untuk golongan elit Melayu.
F7            Sekolah Tamil – disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang 
                 membiayai sekolah di ladang
F8            Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan
                   menggunakan bahasa Tamil
F9            Sekolah Cina – dibiayai saudagar dari China
F10          Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China)
F11          Menggunakan dialek Cina masing-masing
F12          Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah Cina
F13          Sekolah Inggeris – peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela
F14          Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya dikalangan orang atasan
F15          Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England
F16          Universiti Malaya – diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat

(d)           Pada pandangan anda,  apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan bandar-bandar lama di negara kita?                                                                                    
                F1            Menjadikan bandar tersebut sebagai pusat pelancongan
                F2            Menubuhkan Muzium Perlombongan
                F3            Menyediakan kemudahan seperti pengangkutan jalan raya dan 
                                keretaapi yang melalui bandar itu
                F4            Menyediakan penginapan di bandar tersebut agar boleh dijadikan tempat persinggahan
                F5            Menyediakan sumber pendapatan baru bagi penduduk tempatan 
                                seperti kraftangan/industri kecil dan
                                sederhana/ perkilangan
                F6            Menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan sekitarnya untuk 
                                pertanian komersial
                F7            Menubuhkan institusi pendidikan/kewangan/kemudahan kesihatan agar 
                                menjadi tempat tumpuan orang ramai
                F8            Mewujudkan petempatan baru di sekitar bandar itu
                F9            Menggalakan kemasukan pelabur asing
                                (Mana-mana jawapan munasabah)

Bab 10 : Kedatangan Buruh Luar


FOKUS BAB 10: T4
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
17(a )      Nyatakan faktor-faktor yang menggalakkan kedatangan tenaga buruh luar semasa pemerintahan British.                                             

F1            Kepesatan  pembangunan sektor pertanian/perlombongan
F2            Banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran
F3            Masalah kekurangan tenaga buruh tempatan
F4            Galakan  kerajaan kolonial British agar mereka berhijrah
F5            Tidak mendapat tentangan dalam kalangan orang Melayu
F6            Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
F7            Kestabilan  politik di Tanah Melayu
F8            Kemiskinan di tempat asal
F9            Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu
F10          Kemakmuran Tanah Melayu yang pesat membangun

(b)           Jelaskan cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu

F1            Sistem Tiket Kredit
F2            Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua) di kampung imigran (negara China)
F3            Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang             dibawa ke Tanah Melayu
F4            Imigran (sin kheh) diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal atau 
                agensi buruh yang telah mendapat bayaran daripada bakal majikan imigran
F5            Sin kheh membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang
                  mereka secara bekerja dengan majikan dalam satu tempoh tertentu
F6            Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
F7            Mereka diserahkan kepada pemborong buruh(orang tengah) yang akan mendapatkan 
                 majikan untuk mereka
F8            Sistem Pengambilan Kakitangan
F9            Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh
F10          Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
F11          Pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh tersebut 
                hingga sampai ke tempat majikan
F12          Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
F13          Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang 
                 dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
F14          Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai  di rumah kongsi
F15          Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang 
                dipersetujui kepada tuan punya rumah kongsi bagi setiap buruh yang dibawa






(c)            Jelaskan cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu
F1            Sistem  Buruh Bebas
F2            Buruh datang sendiri dengan biaya masing-masing
F3            Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
F4            Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki
F5            Sistem Kontrak
F6            Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
F7            sebagai balasan buruh akan bekerja dengan majikan untuk 
                 jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun)
dengan bayaran minimum antara 9-  13 sen sehari
F8            Cara ini boleh menyebabkan berlakunya pemerasan dan penindasan terhadap buruh
F9            Sistem Kangani
F10          Kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar  pulang ke India
                  untuk mencari buruh.
F11          Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
F12          Sistem ini menjadikan kangani seperti pengurus agensi 
                  membawa masuk pekerja asing
F13          Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani
                                                                                                                               
(d)           Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan sosial akibat  kemunculan masyarakat 
                berbilang kaum diTanah Melayu?                                                                                       
F1            Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
F2            Peningkatan jumlah kedatangan buruh Cina dan India
F3            Pertempatan berbeza mengikut kaum
F4            Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum
F5            Bahasa pertuturan
F6            Perbezaan budaya dan cara hidup
F7            Jurang sosial antara kaum
F8            Perpaduan sukar dicapai
F9            Tidak terdapat interaksi antara kaum
F10          Taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
F11          Wujud sistem pendidikan vernakular
F12          Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
                                (Mana-mana jawapan munasabah)

Bab 7 Ting 4 : Teori Kedatangan Islam dan Pengaruh Islam di asia Tenggara


FOKUS BAB 7: T4
------------------------
13(a)       Jelaskan pandangan John Crawford tentang bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.

F1            Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang Arab di China
F2            Orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton/Amoy
                F3            Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China
                F4            berdagang secara berterusan terutama setelah kemunculan Islam di Makkah
F5            Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara/
                  pelabuhan di Selat Melaka
                F6            Asia Tenggara strategik/di tengah laluan perdagangan/pelabuhan menjadi tempat
                                         menunggu perubahan   angin monsun untuk ke China
                F7            Pedagang Arab telah menetap selama beberapa bulan di Asia Tenggara
                F8            Pembinaan perkampungan Arab di Asia Tenggara
                F9            Perkampungan amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang/ mengumpul barang
                                jualan/membeli barang-barang mewah dari China dan India
                F10          Orang Arab di perkampungan itu berkahwin dengan wanita tempatan
                F11          Wujudnya tapak/perkampungan yang kukuh bagi pedagang Arab menjalankan perdagangan dengan
                                pelabuhan lain di     Asia Tenggara
                F12          Perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara menunjukkan Islam bertapak di Asia 
                                Tenggara sejak abad  ke-7
F13          Semasa menunggu perubahan angin monsun pedagang Arab berbincang dan berinteraksi 
                 dengan pedagang  tempatan dan Asia Tenggara
                F14          mereka berbincang tentang kepercayaan dan agama
                F15          kehidupan/nilai Islam yang murni diperlihatkan oleh pendakwah/pedagang Islam
                F16          kejujuran dalam perniagaan/mementingkan kebersihan/ berhemah tinggi menarik minat orang tempatan
                                kepada Islam

(b)           Jelaskan pandangan Profesor Syed Naquib al-Attas tentang bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara 
                dari Semenanjung Tanah Arab.
                F1            Persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab
                F2            perkataan Arab pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
                F3            Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab
                F4            amalan menghormati tetamu
                F5            muzik Melayu / dabus / tarian zapin
                F6            Penceritaan karya tempatan mengenai pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan 
                                 oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.
                F7            Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan mubaligh/pendakwah yang pertama tiba
                                 di Pasai ialah sufi  berketurunan Arab bernama SyeikhIsmail
                F8            berjaya mengislamkan Raja Pasai/Merah Silu bergelar Malik al-Salih
                F9            Raja Pattani Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said

(c)            Apakah bukti yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi bahawa Islam 
                 dibawa masuk dari Asia Tenggara melalui China?
F1            Pada mulanya peniaga Arab mengunjungi Khan Fo/Canton/ Guang Zhou sebagai pusat perniagaan
F2            Kemudiannya, jalinan hubungan ini membolehkan Islam berkembang dalam kalangan 
                 pedagang China di negara China
F3            Selepas itu, peniaga Cina berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia
                Tenggara
F4            Buktinya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara
F5            Penemuan batu bersurat Terengganu di  Kuala Sungai Tersat , Kuala Berang
F6            Penemuan sepasang batu nisan ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun,
                                Pekan, Pahang
F7            Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan, 
                                 ke Phang Rang di Indo China  dan ke Pekan Pahang
F8            Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina pada masjid 
                               di Nusantara/ Kelantan / Melaka / Pulau Jawa
F10          Di Melaka unsur seni bina China pada bentuk bumbung masjid mempunyai persamaan 
                            dengan bumbung Rumah ibadat China / pagoda .
F11          Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu 
                             dan tingkap masjid
F12          Pengaruh China pada jubin lantai, dinding, tangga, kolam air di masjid
F13          Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China melalui Champa

(c)            Apakah bukti yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje bahawa Islam dibawa masuk dari ke 
                  Asia Tenggara melalui  India?
F1            Islam datang dari wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel
F2            Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dan Asia Tenggara
F3            Pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara
F4            Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India
F5            Penemuan batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, 
                Jawa ada ciri buatan India
F7            Batu nisan Malik al- Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India
F8            Budaya masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan rapat dengan unsur  
                 Hindu sejak dahulu lagi

(d)           Berdasarkan pengetahuan anda, apakah unsur-unsur Islam yang boleh membawa kepada  
                kemajuan ekonomi  masyarakat Asia Tenggara?
F1            Perbuatan jujur/ dalam perbuatan/perkataan
F2            Rajin berusaha/bekerja
F3            Mengharamkan riba
F4            Menggunakan sistem timbang/sukat yang betul
F5            Mengamalkan sedekah/derma/zakat
F6            Menghindar diri mengemis/meminta sedekah
F7            Mencari rezeki yang halal/bersih
F8            Berjimat cermat/tidak boros
F9            Berusaha bersungguh-sungguh
F10          Menghindari penipuan dan penindasan
                (Mana-mana jawapan munasabah)

Bab 3 Pengaruh Hindu Buddha


FOKUS BAB 3: T4

8(a)         Apakah yang anda faham dengan maksud monumen?
                F1            Binaan/bangunan yang dibuat daripada batu
                F2            Tujuan dibina untuk mengingati orang ternama/peristiwa penting
                F3            Boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

(b)           Mengapakah pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina candi?
                F1            Sebagai monumen keagamaan bagi agama Hindu/Buddha
                F2            Rumah ibadat agama Hindu-Buddha
                F3            Menyimpan abu jenazah raja/keluarganya
                F2            Menyimpan patung dewa utama
                F3            Melambangkan keagungan pemerintah
                F4            Melambangkan kesenian
                F5            Melambangkan orde kosmos

(c)            Apakah kepentingan bahasa Sanskrit?
                F1            Meningkatkan bidang intelek masyarakat
                F2            Mengandungi maklumat agama/pemerintahan/raja
                F3            Digunakan dalam kitab keagamaan
                F4            Digunakan dalam kitab bahasa
                F5            Disesuaikan ke bahasa Melayu contoh dukkha (duka)
                F6            Digunakan dalam kitab Hindu/Buddha/Tamil
                F7            Sebagai bahasa ilmu
                F8            Sebagai bahasa komunikasi

(d)           Jelaskan pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan Asia Tenggara.
F1            Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana/Mahabharata
F2            Pengaruh dalam Puranas (sastera klasik Asia Tenggara)
F3            Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma
F4            Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit
F5            Karya Mahabharata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, 
                  Hikayat Pendawa Jaya
F6            Karya Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama


****TUMPUKAN  JUGA  DALAM  ASPEK  PEMERINTAHAN

persediaan Bab 2 Ting 4 AKHIR TAHUN


Pelbagai aktiviti ekonomi berkembang dan memajukan tamadun India, China dan Yunani.

(a)            Mengapakah aktiviti perdagangan amat penting dan berkembang pesat dalam tamadun India pada masa itu?
                F1            Banyak barang dagang seperti senjata/Gading gajah/Emas/Berlian/Mutiara
                F2            Hubungan perdagangan dengan Macedonia/Sri Langka/Rantau Asia Tengah
                                    /Asia Tenggara/Rom/China
F3            Terdapat pelabuhan penting seperti Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach / Chaul 
                 / Kalyan / Cambay
F4            Terdapat  persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin
F5            Terdapat  persatuan tukang kayu / tukang logam/ tukang kulit
                F6            Terdapat persatuan mengawal harga barangan
                F7            Terdapat persatuan mengawal kualiti barangan
                F8            Terdapat persatuan mengawal gaji pekerja
F9            Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
F10          Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
F11          Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
F12          Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
F13          Terdapat sektor perusahaan tekstil / kain kapas / sutera
F14          Terdapat perusahaan barang kemas / emas/ batu permata / mutiara
F15          Pelbagai jenis cukai dikenakan seperti hasil pertanian dan buah-buahan
F16          Rempah diperoleh dari alam Melayu
F17          Tembikar diperoleh dari negeri China

(b)           Bagaimanakah bidang pertanian boleh berkembang maju dalam Tamadun China?
F1            Kemajuan pertanian telah menambah hasil petani
F2            Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
F3            Kolar kuda untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong dan menyisir tanah
F4            Sistem tanaman bergilir untuk menyuburkan tanah
F5            Sistem teres bukit
F6            Sistem pengairan dengan membina terusan
F7            Untuk mengawal sumber air pertanian
F8            Untuk mengawal banjir

(c)            Apakah kegiatan perusahaan dan perniagaan yang berkembang dalam Tamadun China?
F1            Perusahaan tembikar
F2            dan logam ketika zaman Dinasti Han
F3            Hasil itu didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
F4            Mula-mula hasil dibawa melalui Jalan Sutera (darat)
F5            Kemudiannya Jalan Laut (mulai zaman Dinasti Tang)
F6            Hasil juga didagangkan dalam negara China
F7            Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan
F8            Perkembangan perusahaan memajukan pengangkutan seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda 
                dan lembu

(d)           Mengapakah kegiatan perdagangan lebih penting daripada pertanian di negara kota Yunani 
                kecuali kota Sparta?
F1            Bumi bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian
F2            Perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar boleh dijalankan
F3            Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
F4            Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian
F5            Mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam
F6            Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur
F7            Walaubagaimanapun cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang,
F8            Kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Graeco-Rom