1 Cadangan penubuhan Malaysia telah
disuarakan sejak awal abad ke-19 lagi.
(a) Apakah
cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald?
[2
markah]
(b) Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dinamai Malaysia?
[2
markah]
(c) Mengapakah pada mulanya Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju
dengan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?
[2 markah]
(d) Namakan negeri-negeri yang bergabung dalam
gagasan Malaysia pada tahun 1963.
[4
markah]
2 PEMBENTUKAN MALAYSIA- Politik- Ekonomi DAN Sosial
(a) Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Sir Malcolm MacDonald
tentang pembentukan Malaysia?
[2 markah]
(b) Nyatakan dua aspek penting dalam faktor politik pembentukan Malaysia.
[2
markah]
(c) Jelaskan perkembangan yang berlaku di
Singapura yang mendesak Lee Kuan Yew menyokong pembentukan Malaysia.
[3
markah]
(d) Jelaskan secara ringkas faktor penubuhan
Malaysia dari aspek ekonomi.
[2
markah]
(e) Apakah sebab idea penggabungan Singapura
oleh Lee Kuan Yew pada awalnya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
[1
markah]
3 (a) Senaraikan tiga buah parti politik di Singapura yang tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia.
[3
markah]
(b) Mengapakah Parti Tindakan Rakyat di
Singapura menyokong pembentukan Malaysia?
[2
markah]
(c) Senaraikan tiga buah parti di Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.
[3
markah]
(d) Mengapakah ramai pemimpin dan rakyat
Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia menjelang akhir tahun 1961?
[2
markah]
4 Idea
penubuhan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-18 lagi.
(a) Nyatakan dua orang tokoh di Tanah Melayu yang mengemukakan cadangan
penubuhan tersebut.
[2
markah]
(b) Apakah cadangan dan alasan Dato’ Onn Ja’afar tentang penubuhan
Malaysia?
[2
markah]
(c) Siapakah tokoh British di Singapura yang turut mencadangkan
penubuhan Malaysia?
[1
markah]
(d) Apakah cadangan Lee Kuan Yew dalam isu penubuhan Malaysia?
[2
markah]
(e) Mengapakah cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul
Rahman?
[1 markah]
(f) Nyatakan dua impian Tunku Abdul Rahman tentang penubuhan Malaysia.
(ii) Penggabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama ekonomi
dan
sosial
[2 markah]
5
Perjanjian Malaysia Ditandtangani 9 Julai 1963
Pernyataan di
atas merujuk kepada Perjanjian Malaysia.
(a) Di manakah Perjanjian Malaysia
ditandatangani?
[1
markah]
(b) Apakah maksud Akta Malaysia?
[2
markah]
(c) Senaraikan badan yang terlibat dalam
memperkenankan Perjanjian Malaysia?
[3 markah]
(d) Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia.
[4
markah]
6 Rakyat
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah memberi reaksi segera selepas
cadangan pembentukan Malaysia diumumkan.
(a) Nyatakan reaksi parti politik Persekutuan
Tanah Melayu terhadap pembentukan Malaysia.
[2
markah]
(b) Mengapakah pada mulanya Sabah dan Sarawak
menolak cadangan pembentukan Malaysia?
[2
markah]
(c) Apakah perkara penting dalam tuntutan Sabah
dan Sarawak dalam penggabungan Malaysia?
[4
markah]
(d) Mengapakah menjelang akhir tahun 1961 rakyat Sarawak dan Sabah
menyokong Malaysia?
[2 markah]
7
(a) Berikan dua faktor
politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia.
[4
markah]
(b) Bagaimanakah faktor ekonomi mendorong kepada pembentukan
Malaysia?
[2
markah]
(c) Bagaimanakah kemasukan Sarawak, Sabah, dan
Brunei dapat mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum?
[2
markah]
(d) Pada 27 Mei 1961, pengumuman tentang
cadangan gagasan Malaysia telah dibuat. Siapakah yang membuat pengumuman
tersebut?
[2
markah]